Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Pentadbiran
5. Kerjasama dengan agensi lain
Feedback & supportDalam menjalankan kuasa penyiasatannya, mana-mana agensi penguatkuasaan boleh bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan lain dan mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau orang lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh agensi penguatkuasaan itu.
Agensi penguatkuasaan boleh berunding dengan dan menyebarkan risikan dan maklumat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan lain dan mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh agensi penguatkuasaan itu.
Jika agensi penguatkuasaan menyebarkan risikan atau maklumat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan atau orang lain di bawah subseksyen (2), agensi penguatkuasaan atau orang itu adalah tertakluk pada seksyen 8.
Undang-Undang Malaysia 10
Apabila apa-apa permintaan dibuat oleh agensi penguatkuasaan untuk kerjasama bagi maksud melaksanakan Akta ini, mana-mana orang yang kepadanya permintaan itu dibuat hendaklah memberikan segala bantuan yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh agensi penguatkuasaan itu.