Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

3. Kuasa am agensi penguatkuasaan

Feedback & support
(1)

Agensi penguatkuasaan hendaklah mempunyai arahan am, kawalan dan penyeliaan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan perlindungan pemberi maklumat.

(2)

Bagi maksud Akta ini, kuasa am agensi penguatkuasaan adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk menerima pendedahan kelakuan tidak wajar;

Perlindungan Pemberi Maklumat 9

(b)

untuk menguatkuasakan perlindungan pemberi maklumat;

(c)

untuk menguruskan pendedahan kelakuan tidak wajar;

(d)

untuk menerima aduan tindakan yang memudaratkan;

(e)

untuk menguruskan aduan tindakan yang memudaratkan;

dan

(f)

untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

(3)

Agensi penguatkuasaan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, penjalanan kuasa amnya di bawah subseksyen (2).

Report

Bahagian III

Perlindungan Pemberi Maklumat

Bahagian IV

Pengurusan Pendedahan Kelakuan Tidak Wajar

Bahagian V

Aduan Tindakan yang Memudaratkan dan Remedi

Bahagian VI

Penguatkuasaan, Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII