Amendment Act · As enacted
Akta Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026
Feedback & supportAmends the Witness Protection Act 2009Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Saksi
(Pindaan) 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 7
Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 7(3) dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah umur lapan belas tahun”
perkataan “atau tiada keupayaan di sisi undang-undang”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PERLINDUNGAN SAKSI (PINDAAN) 2026
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Seksyen baharu 10a dan 10b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10
seksyen yang berikut:
“Perjanjian 10a. (1) Seseorang saksi yang telah dimasukkan sebagai peserta ke dalam Program oleh Peguam Negara hendaklah menandatangani suatu perjanjian menurut seksyen ini.
Bagi maksud subseksyen (1)—
jika peserta itu adalah di bawah umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaga peserta itu hendaklah menandatangani perjanjian itu; atau
jika peserta tersebut tiada keupayaan di sisi undang-undang untuk menandatangani perjanjian, ibu atau bapa atau penjaga peserta itu hendaklah menandatangani perjanjian itu.
Bentuk perjanjian berhubung dengan peserta hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan boleh mengandungi—
terma dan syarat berkenaan perlindungan dan bantuan yang akan diberikan kepada peserta;
suatu persetujuan oleh atau bagi pihak peserta untuk tidak menjejaskan secara langsung atau tidak langsung keselamatan atau mana-mana aspek perlindungan atau bantuan yang diberikan kepada peserta; dan
suatu persetujuan oleh atau bagi pihak peserta bahawa peserta hendaklah mematuhi segala arahan munasabah yang diberikan oleh Ketua Pengarah berhubung dengan perlindungan dan bantuan yang diberikan kepada peserta.
Suatu perjanjian hendaklah ditandatangani oleh, atau bagi pihak peserta di hadapan seseorang yang memegang atau menyandang suatu jawatan yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Perlindungan Saksi (Pindaan)
5
Kecualian bagi perjanjian sedia ada 10b. Tiap-tiap perjanjian yang dibuat secara sah antara peserta dengan Kerajaan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah jika masih mengikat pihak-pihak secara sah, terus berkuat kuasa bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu dan pihak-pihak hendaklah tertakluk dan berhak kepada faedah di bawah Akta ini.”.
s 4Pindaan subseksyen 13(2)
Subseksyen 13(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (i), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu;
dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:
“(ia) memberikan bantuan psikologi, termasuk kaunseling kepada peserta; dan”.
s 5Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dengan memasukkan selepas perenggan (c)
perenggan yang berikut:
“(ca) peserta itu dengan sengaja melanggar mana-mana terma atau syarat perjanjian itu; atau”;
Undang-Undang Malaysia 6
dengan memasukkan selepas subseksyen 16(11) subseksyen yang berikut:
“(12) Selepas pemberitahuan penamatan Program kepada peserta di bawah perenggan 11(a), Ketua
Pengarah boleh terus memberikan perlindungan dan bantuan itu kepada peserta itu sebagaimana yang difikirkannya perlu dan munasabah bagi tujuan memudahkan peralihan selamat peserta itu ke suatu kehidupan baharu.
Perlindungan dan bantuan itu yang diberikan kepada peserta boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penempatan semula ke tempat yang selamat, bantuan kewangan, bantuan psikologi dan bantuan penempatan pekerjaan.”.
s 6Seksyen baharu 29a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29
seksyen yang berikut:
“Perintah Tetap 29a. (1) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan Perintah
Tetap, yang tidak bercanggah dengan peruntukan Akta ini, berkenaan pentadbiran, pengurusan, kawalan, latihan, tugas dan tanggungjawab pegawai dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi pentadbiran dan pelaksanaan
Program.
Apa-apa arahan atau perintah pentadbiran yang dibuat oleh Ketua Pengarah dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa seksyen 29a hendaklah, setakat yang tidak bercanggah dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan oleh Ketua Pengarah.”.