Seksyen 3
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10
of Akta Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026
seksyen yang berikut:
“Perjanjian 10a. (1) Seseorang saksi yang telah dimasukkan sebagai peserta ke dalam Program oleh Peguam Negara hendaklah menandatangani suatu perjanjian menurut seksyen ini.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
jika peserta itu adalah di bawah umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaga peserta itu hendaklah menandatangani perjanjian itu; atau
(b)
jika peserta tersebut tiada keupayaan di sisi undang-undang untuk menandatangani perjanjian, ibu atau bapa atau penjaga peserta itu hendaklah menandatangani perjanjian itu.
(3)
Bentuk perjanjian berhubung dengan peserta hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan boleh mengandungi—
(a)
terma dan syarat berkenaan perlindungan dan bantuan yang akan diberikan kepada peserta;
(b)
suatu persetujuan oleh atau bagi pihak peserta untuk tidak menjejaskan secara langsung atau tidak langsung keselamatan atau mana-mana aspek perlindungan atau bantuan yang diberikan kepada peserta; dan
(c)
suatu persetujuan oleh atau bagi pihak peserta bahawa peserta hendaklah mematuhi segala arahan munasabah yang diberikan oleh Ketua Pengarah berhubung dengan perlindungan dan bantuan yang diberikan kepada peserta.
(4)
Suatu perjanjian hendaklah ditandatangani oleh, atau bagi pihak peserta di hadapan seseorang yang memegang atau menyandang suatu jawatan yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Perlindungan Saksi (Pindaan)
5
Kecualian bagi perjanjian sedia ada 10b. Tiap-tiap perjanjian yang dibuat secara sah antara peserta dengan Kerajaan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah jika masih mengikat pihak-pihak secara sah, terus berkuat kuasa bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu dan pihak-pihak hendaklah tertakluk dan berhak kepada faedah di bawah Akta ini.”.
Pindaan subseksyen 13(2)