Skip to content

Seksyen 3

of Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962

ActRepealedProvision 3 of 20

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud-maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga bernama "Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan" yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.

(2)

Bagi maksud mengadakan premisnya sendiri, Lembaga boleh, daripada kumpulan wang bangunan yang ditubuhkan di bawah seksyen 14, dan dengan kelulusan Menteri Kewangan dan tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Menteri Kewangan, membuat kontrak, memperolehi dan memegang harta alih atau harta tak alih dan melupuskannya atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenainya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Lembaga daripada membina atau membeli atau selainnya memperolehi premis berlebihan daripada keperluannya dan menyewakan mana-mana bahagian premis yang berlebihan itu mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.