Seksyen 7
of Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962
Seksyen 7
Tertakluk kepada Akta ini adalah sah di sisi undang-undang bagi Lembaga, anggota, pegawai dan pengkhidmatnya, walau apa pun peruntukan manamana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, memegang, menganjur, mengelola dan mentadbirkan apa-apa loteri awam yang Lembaga dibenarkan menganjur di bawah subseksyen (2) dan menulis, mencetak, menyiar, mengiklan, menjual atau mengedarkan tiket-tiket atau judi nasib pada manamana loteri itu dan melakukan segala perkara lain yang bersampingan dengan atau yang perlu bagi penganjuran atau pentadbirannya.
(2)
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah membenarkan Lembaga menganjurkan sesuatu loteri awam.
(3)
Menteri boleh, tertakluk kepada Akta ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, melalui sesuatu perintah mengenakan apa-apa syarat dan batasan kepada Lembaga berkenaan. dengan penganjuran dan pentadbiran sesuatu loteri yang dibenarkan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4)
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik selepas ianya dibuat.
(5)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatal atau meminda sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
(6)
Kuasa yang diberi kepada Menteri di bawah subseksyen (3) dan (5) untuk mengenakan syaratsyarat dan batasan-batasan kepada Lembaga berkenaan dengan penganjuran dan pentadbiran sesuatu loteri di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Menteri dengan persetujuan Perbendaharaan. [Akta 21/62, s. 4.]