Skip to content

Seksyen 6

of Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962

ActRepealedProvision 6 of 20

Seksyen 6

(1)

Lembaga boleh melantik mana-mana pegawai dan pengkhidmat yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan wajar tugas dan fungsi Lembaga.

MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN

(2)

Pegawai dan pengkhidmat Lembaga boleh menerima, daripada wang yang diperolehi oleh Lembaga, apa-apa saraan dan elaun yang diluluskan oleh Menteri.

(3)

Tiap-tiap anggota, pegawai atau pengkhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

(4)

Lembaga boleh, daripada kumpulan wang pinjaman yang ditubuhkan di bawah seksyen 14, memberi pinjaman kepada pegawai dan pengkhidmatnya bagi maksud membantu mereka memiliki, membina, membeli atau selainnya memperolehi rumah bagi tempat kediaman mereka atau tempat kediaman keluarga mereka; dan Lembaga boleh dapat jaminan atas pinjaman itu dengan mengenakan apa-apa terma dan syarat, termasuk menggadaijanjikan harta yang diperolehi itu kepada Lembaga, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan; dan sekiranya pegawai dan pengkhidmat itu tidak dapat membayar balik pinjaman itu, Lembaga boleh tertakluk kepada budi bicara Menteri Kewangan, menghasilkan atau selainnya melupuskan gadaijanji itu.