Seksyen 1
(3)
Dalam Akta ini "Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberi kepadanya di dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan meliputi Wilayah Persekutuan.
/akn/my/act/act/1952/258
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) 1952 is Malaysia Act, cited as Act 258 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
Opening note
Dalam Akta ini "Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberi kepadanya di dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan meliputi Wilayah Persekutuan.
Jika Menteri, setelah memberi perhatian pada takat, jenis dan tujuan serta keadaan-keadaan lain kumpulan atau persatuan orang-orang itu, berpendapat bahawa pemerbadanan itu bermanfaat, dia boleh memberi perakuan itu dengan sewajarnya, tertakluk kepada apa-apa syarat atau arahan secara am yang difikirkannya patut dimasukkan ke dalam perakuan itu, dan khususnya yang berhubungan dengan kelayakan dan bilangan pemegang-pemegang amanah, tempoh dan perlucutan jawatan, cara perlantikan pemegang amanah baru, penyimpanan dan penggunaan meteri am, amaun tanah yang boleh dipegang oleh pemegang amanah itu, dan maksud-maksud tanah itu akan digunakan.
Pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah itu hendaklah sesudah itu menjadi suatu pertubuhan perbadanan mengikut nama yang diperihalkan dalam perakuan tersebut, dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri am dan kuasa untuk mendakwa dan didakwa atas nama perbadanan itu, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang terkandung di dalam perakuan itu mempunyai kuasa memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih dan dengan surat cara di bawah meteri am itu menjual, memindah hak, menyerah hak, menyerah dan memulang, menggadaijanji, menggadai, mendemais, menyerah hak semula, memindah atau secara lain melupus harta alih dan harta tak alih yang kini atau kemudian daripada ini dipunyai oleh, atau dipegang bagi faedah, kumpulan atau persatuan orang-orang sedemikian, mengikut apa-apa cara dan dengan cara yang serupa, dan tertakluk kepada apa-apa sekatan dan peruntukan, seperti pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah itu boleh membuat, tanpa pemerbadanan sedemikian, bagi maksud-maksud kumpulan atau persatuan orang-orang tersebut.
Perakuan pemerbadanan itu hendaklah meletak hak pada pertubuhan perbadanan itu kesemua harta, alih atau tak alih dari apa jua jenis, yang dipunyai atau di pegang oleh mana-mana orang atas amanah bagi kumpulan atau persatuan orang-orang sedemikian, dan sesudah itu mana-mana orang atau orang-orang yang di atas namanya atau nama-nama mereka apa-apa stok, wang atau sekuriti dipegang atas amanah bagi kumpulan atau persatuan orang-orang tersebut, hendaklah memindahkannya ke atas nama pertubuhan perbadanan itu, dan semua waad dan syarat yang berhubungan dengan mana-mana harta tak alih itu yang boleh dikuatkuasakan oleh atau terhadap pemegang-pemegang amanahnya sebelum mereka diperbadankan boleh dikuatkuasakan dengan takat yang sama dan mengikut cara yang sama oleh atau terhadap pemegang-pemegang amanah itu selepas pemerbadanannya.
Menteri boleh menghendaki suatu akuan berkanun atau keterangan lain bagi mengesahkan pernyataan dan butir-butir dalam permohonan itu, dan apa-apa butir, maklumat dan keterangan lain, jika ada, sebagaimana difikirkannya perlu atau patut.
Dalam masa satu bulan setelah tamatnya sesuatu tempoh lima tahun selepas pemberian sesuatu perakuan pemerbadanan itu, atau, pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Menteri, suatu penyata hendaklah dikemukakan kepada Menteri oleh pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah pada masa itu memberikan nama, tempat bermastautin dan perihal pemegang-pemegang amanah pada masa tamatnya tiap-tiap satu tempoh sedemikian.
Setelah perakuan pemerbadanan diberi di bawah Akta ini semua pemegang amanah bagi kumpulan atau persatuan orang-orang itu, walaupun mereka diperbadankan, hendaklah menjadi bertanggungan mengenai apa-apa harta yang ada di dalam tangannya dan hendaklah bertanggung menjawab dan bertanggung menerangkan mengenai perbuatan, penerimaan, keabaian dan keingkaran, dan mengenai pentadbiran wajar kumpulan atau persatuan orangorang itu serta hartanya, mengikut cara yang sama dan dengan takat yang sama seolah-olah pemerbadanan itu tidak diwujudkan, dan tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh mengurangkan atau mencacatkan apa-apa kawalan atau kuasa yang boleh dijalankan oleh Peguam Negara di bawah seksyen 9 Ordinan Prosiding Kerajaan 1956 ke atas pemegang-pemegang amanah yang diperbadankan demikian tetapi mereka hendaklah tetap tertakluk bersesama dan berasingan kepada apa-apa kawalan dan kuasa sedemikian seolah-olah mereka tidak diperbadankan.
Suatu perakuan pemerbadanan yang diberi demikian hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa segala rekuisisi permulaan yang terkandung dan dikehendaki di dalam Akta ini berkenaan dengan pemerbadanan sedemikian telah dipatuhi, dan tarikh pemerbadanan yang disebut dalam perakuan itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh pemerbadanan itu telah dilakukan.
Menteri hendaklah, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, mengarahkan supaya disimpan suatu rekod mengenai semua permohonan bagi mendapatkan perakuan pemerbadanan serta rekod mengenai perakuan tersebut, dan hendaklah dengan cara yang sama mengarahkan supaya semua dokumen yang dihantar kepadanya di bawah Akta ini dipelihara, dan mana-mana orang boleh menghendaki supaya salinan atau cabutan sesuatu dokumen sedemikian diperakui di bawah tandatangan mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri bagi maksud itu, dan apa-apa fee sebagaimana ditetapkan oleh Menteri hendaklah dibayar bagi mendapatkan salinan atau cabutan diperakui itu.
Semua syarat dan arahan yang dimasukkan di dalam sesuatu perakuan pemerbadanan itu hendaklah mengikat dan dilaksanakan atau dipatuhi oleh pemegang-pemegang amanah sebagai amanah kumpulan atau persatuan orang-orang itu, dan boleh juga dikuatkuasakan oleh Peguam Negara atau orangorang lain yang berkepentingan di bawah seksyen 9 Ordinan Prosiding Kerajaan 1956.
Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan suatu perakuan pemerbadanan di bawah Akta ini, dan tiaptiap perakuan sedemikian, hendaklah dikenakan duti setem sebanyak sepuluh ringgit, dan setem yang menandakan pembayaran duti itu hendaklah dicap atau dilekatkan pada permohonan atau perakuan itu.
10
Selepas pemerbadanan pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah bagi mana-mana kumpulan atau persatuan orang-orang menurut Akta ini, tiap-tiap derma, pemberian dan pelupusan tanah, atau apa-apa kepentingan mengenainya, yang dibuat dengan sahnya (tetapi yang masih belum berkuatkuasa sebenarnya) atau yang dibuat dengan sahnya kemudian daripada ini melalui suratcara, surat wasiat atau selainnya bagi atau bagi faedah kumpulan orang-orang sedemikian, atau pemegang-pemegang amanahnya, atau selain daripada maksud-maksud tersebut, hendaklah berkuatkuasa seolah-olah derma, pemberian dan pelupusan itu telah dibuat bagi, atau bagi faedah, pertubuhan perbadanan itu atau selainnya bagi maksud-maksud yang serupa.
Sesuatu suratcara yang telah dicap dengan meteri am pertubuhan perbadanan itu, yang pada zahirnya mematuhi syarat-syarat atau arahan-arahan bagi penggunaan meteri am yang tersebut dalam seksyen 2, hendaklah mengikat pertubuhan perbadanan itu, walaupun terdapat apa-apa kecacatan atau hal yang menjejaskan penyempurnaan suratcara itu.
Tiap-tiap kontrak yang dibuat atau diikat oleh pemegang-pemegang amanah bagi kumpulan atau persatuan orang-orang yang sepatutnya adalah sah dan mengikat menurut perlembagaan, penyelesaian atau kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan kumpulan atau persatuan orang-orang itu jika pemerbadanan itu tidak dilakukan sebagaimana tersebut dulu, adalah sah dan mengikat walaupun kontrak itu telah tidak dibuat atau diikat di bawah meteri am pemegang-pemegang amanah itu.
Mana-mana orang yang membuat atau membenarkan dibuat apa-apa pemindahan atau pembayaran bona fide, dengan berdasarkan pada suratcara yang telah dicap dengan meteri am manamana pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah Akta ini, hendaklah ditanggung rugi dan dilindungi mengenai apa-apa pemindahan atau pembayaran itu, walaupun terdapat sesuatu kecacatan atau hal yang menjejaskan penyempurnaan suratcara itu.
Pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tersebut hendaklah, pada atau sebelum 25 haribulan Mac dalam tiap-tiap tahun, atau pada bilabila hari lain yang ditetapkan bagi maksud ini oleh Peguam Negara, menyedia dan membuat akaun-akaun berikut berhubungan dengan kumpulan atau persatuan tersebut—
akaun mengenai pendapatan kasar yang diperolehi daripada apa-apa endowmen atau yang sepatutnya diperolehi daripadanya sepanjang tahun yang berakhir pada 31 haribulan Disember sebelum sahaja tahun itu, atau pada bila-bila hari lain yang ditetapkan bagi maksud ini oleh Peguam Negara;
akaun mengenai kesemua baki dalam tangan pada permulaan tahun dan mengenai kesemua wang yang diterima sepanjang tahun yang sama atas akaun persatuan atau kumpulan itu;
akaun mengenai kesemua wang yang masih belum dibayar kepada atau belum dibayar oleh kumpulan atau persatuan tersebut, setakat mana yang sesuai.
Akaun-akaun yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) hendaklah diperakui di bawah tandatangan seorang atau beberapa orang daripada pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tersebut dan hendaklah diaudit oleh juruaudit kumpulan atau persatuan itu, jika ada, dan pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tersebut hendaklah dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh yang ditetapkan bagi penyediaan akaun itu menyerahkan atau menghantar satu salinan akaun itu kepada Peguam Negara dan tiap-tiap salinan sedemikian hendaklah terbuka untuk pemeriksaan semua orang pada bila-bila masa yang berpatutan, tertakluk kepada apa-apa peraturan sebagaimana difikirkan oleh Peguam Negara patut dibuat, dan mana-mana orang boleh mendapatkan satu salinan bagi tiap-tiap akaun itu, atau mana-mana bahagiannya, dengan membayar apa-apa fee yang ditetapkan oleh Peguam Negara.
Pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tersebut hendaklah, pada waktu yang sama dengan akaun yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) diserahkan atau dihantar kepada Peguam Negara mengikut subseksyen (3) pada kali yang pertama selepas pemberian perakuan pemerbadanan menurut Akta ini, menghantar kepada Peguam Negara suatu akaun mengenai apa-apa endowmen yang pada masa itu dipunyai oleh kumpulan atau persatuan itu, dengan menunjukkan mengenai harta tak alih yang tidak ada dalam tangan cara bagaimana harta itu disewa atau diduduki dan mengenai harta alih pelaburan atau penggunaan yang ada mengenainya dan nama atas mana pelaburan itu dibuat, dan kemudiannya pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tersebut hendaklah, pada tiap-tiap kali akaun itu diserahkan atau dihantar sebagaimana tersebut dulu kepada Peguam Negara selepas pemerolehan sesuatu endowmen yang tidak termasuk ke dalam akaun yang terdahulu, atau selepas pemberian milik, gadaian atau pemindahan mana-mana harta alih atau harta tak alih kepunyaan kumpulan atau persatuan itu, menghantar kepada Peguam Negara akaun yang serupa mengenai endowmen yang kemudian disebut itu dan keterangan mengenai pemberian milik, gadaian atau pemindahan sedemikian, mengikut mana yang berkenaan.
Notis perbicaraan itu hendaklah diberi kepada mana-mana orang dan mengikut apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah, dan apa-apa pendapat yang diberi oleh Mahkamah atas permohonan di bawah seksyen ini hendaklah mengikat orang yang mengenainya soalan itu ditimbulkan dan semua angggota pertubuhan perbadanan itu dan manamana orang yang telah diberi notis perbicaraan itu menurut mana-mana arahan Mahkamah.
JADUAL
(Seksyen 4)
BUTIR-BUTIR YANG PASTI DIMASUKKAN KE DALAM PERMOHONAN BAGI PEMERBADANAN
1. Tujuan-tujuan kumpulan atau persatuan orang-orang itu, dan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturannya, bersesama dengan tarikh, dan pihak-pihak bagi tiap-tiap suratikatan, surat wasiat atau suratcara lain, jika ada, yang mewujudkan, menubuhkan atau yang mengawal kumpulan atau persatuan itu.
2. Suatu penyata atau perihal ringkas mengenai tanah, atau kepentingan pada tanah, yang pada tarikh permohonan itu dimiliki atau dipunyai oleh, atau dipegang bagi pihak kumpulan atau persatuan orang-orang itu.
3. Nama, tempat bermastautin dan perihal pemegang-pemegang amanah bagi kumpulan atau persatuan orang-orang sedemikian.
4. Titel yang dicadangkan bagi pertubuhan perbadanan itu, yang mana perkataan-perkataan 'pemegang amanah' dan 'berdaftar' hendaklah menjadi sebahagian daripadanya.
5. Rekabentuk yang dicadangkan bagi meteri am.
6. Peraturan-peraturan mengenai penyimpanan dan penggunaan meteri am.
Akta 258
AKTA PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) 1952
(Disemak—1981)
Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuatkuasa yang meminda dari
P. U. 332/1958 Perintah Perlembagaan 13-11-1958 Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Pengisytiharan) 1958
Ord. 58/1956 ... Ordinan Prosiding Kerajaan 1-4-1958 1956
Akta 160 ... Akta Mata Wang Malaysia 29-8-1975 (Ringgit) 1975
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No.
Tajuk
Ord. P.T.M. 73 Ordinan Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 Tahun 1952 1952