Seksyen 16
of Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
Seksyen 16
Jika apa-apa soalan timbul mengenai sama ada seseorang itu adalah anggota sesuatu pertubuhan perbadanan yang tersebut dulu, mana-mana orang yang berkepentingan pada soalan sedemikian boleh memohon dengan cara petisyen kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan pendapat Mahkamah itu mengenai soalan tersebut.
(2)
Notis perbicaraan itu hendaklah diberi kepada mana-mana orang dan mengikut apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah, dan apa-apa pendapat yang diberi oleh Mahkamah atas permohonan di bawah seksyen ini hendaklah mengikat orang yang mengenainya soalan itu ditimbulkan dan semua angggota pertubuhan perbadanan itu dan manamana orang yang telah diberi notis perbicaraan itu menurut mana-mana arahan Mahkamah.