Skip to content

Seksyen 5

of Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952

ActIn forceProvision 5 of 16

Seksyen 5

(1)

Sebelum sesuatu perakuan pemerbadanan boleh diberi, pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tersebut hendaklah telah dengan sahnya dilantik hingga memuaskan Menteri, dan jika suatu perakuan pemerbadanan telah diberi, maka kekosongan pada bilangan pemegang-pemegang amanah itu hendaklah, dari semasa ke semasa, diisi setakat yang dikehendaki oleh perlembagaan atau penyelesaian kumpulan atau persatuan orang-orang tersebut, atau mengikut apa-apa syarat atau arahan sebagaimana tersebut dulu, mengikut apa-apa cara undang-undang yang sepatutnya ada mengenai perlantikan pemegang-pemegang amanah baru bagi kumpulan atau persatuan orang-orang tersebut jika perakuan pemerbadanan itu tidak diberi, atau selainnya sebagaimana dikehendaki oleh apa-apa syarat atau arahan yang tersebut dulu, dan perlantikan tiap-tiap pemegang amanah baru itu hendaklah diperakui oleh, atau dengan arahan, pemegang-pemegang amanah kepada Menteri apabila selesainya perlantikan itu.

(2)

Dalam masa satu bulan setelah tamatnya sesuatu tempoh lima tahun selepas pemberian sesuatu perakuan pemerbadanan itu, atau, pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Menteri, suatu penyata hendaklah dikemukakan kepada Menteri oleh pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah pada masa itu memberikan nama, tempat bermastautin dan perihal pemegang-pemegang amanah pada masa tamatnya tiap-tiap satu tempoh sedemikian.