12. Section 12
Feedback & support(1)
Meteri am pertubuhan perbadanan itu hendaklah mempunyai apa-apa rekabentuk yang diluluskan oleh Menteri, dan sehingga meteri am itu diadakan Menteri boleh membenarkan penggunaan meteri mana-mana orang sebagai meteri am pertubuhan perbadanan itu.
(2)
Sesuatu suratcara yang telah dicap dengan meteri am pertubuhan perbadanan itu, yang pada zahirnya mematuhi syarat-syarat atau arahan-arahan bagi penggunaan meteri am yang tersebut dalam seksyen 2, hendaklah mengikat pertubuhan perbadanan itu, walaupun terdapat apa-apa kecacatan atau hal yang menjejaskan penyempurnaan suratcara itu.