Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jualan Dadah 1952.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Jualan Dadah 1952 is Malaysia Act, cited as Act 368 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 368
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Sale of Drugs Act 1952
[Act 368]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat
… … … 1952 (Ord. No. 28 tahun 1952)
Disemak
… … … 1989 (Akta 368 m.b.p.
1 Julai 1989)
3
Akta 368
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jualan Dadah 1952.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“juruanalisis” ertinya juruanalisis yang dilantik di bawah Akta ini;
“peranti” termasuklah keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa perkakas, jentera, alat, radas, atau barang yang digunakan, atau yang dimaksudkan untuk digunakan, dalam atau bagi pembuatan, penyimpanan, penyediaan, atau pembekalan apa-apa dadah;
“dadah” termasuklah apa-apa bahan, hasil atau barang yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang berupaya, atau yang berupa atau yang didakwa berupaya digunakan pada manusia atau mana-mana haiwan, sama ada secara dalaman atau luaran, bagi maksud perubatan;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
“pengimport” termasuklah mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemunya, penerima konsain, ejen atau broker, ada dalam milikan, atau dalam mana-mana keadaan berhak kepada jagaan, atau kawalan, barang yang diimport itu;
“inspektor” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi inspektor di bawah seksyen 3 Akta ini;
“maksud perubatan” ertinya mana-mana maksud yang berikut:
melegakan, merawat, menyembuhkan atau mencegah sesuatu penyakit atau sesuatu keadaan patologi atau simptom suatu penyakit;
mendiagnosis suatu penyakit atau mengenal pasti kewujudan, darjah atau takat keadaan fisiologi atau patologi;
mengekalkan, mengubah, mencegah, memulihkan, atau mengganggu, perjalanan biasa sesuatu fungsi fisiologi;
mengekalkan secara am atau mempromosikan kesihatan atau kesejahteraan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan;
“pegawai” ertinya mana-mana Pegawai Perubatan Kesihatan bagi Jabatan Perubatan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri atau Jabatan Kesihatan mana-mana Perbandaran, dan termasuklah Ketua Pengarah Kimia, Malaysia, semua
Ahli Kimia Kanan dan Ahli Kimia bagi Jabatan Kimia dan mana-mana orang yang dilantik sebagai pegawai di bawah seksyen 3 Akta ini;
Jualan Dadah 7
“bungkusan” termasuklah tiap-tiap cara yang dengannya barang-barang bagi pengangkutan atau bagi jualan dikotakkan, ditutupkan, dimasukkan, diisikan, atau dibungkuskan;
“jualan” atau “menjual” termasuklah tukar barang dan pertukaran dan juga termasuk menawarkan atau cuba untuk menjual atau menyebabkan atau membenarkan dijual atau mendedahkan untuk jualan atau menerima atau menghantar atau menghantar serah untuk jualan atau ada dalam milikan untuk dijual atau memiliki apa-apa dadah dengan mengetahui bahawa ia mungkin akan dijual atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan.
PELANTIKAN JURUANALISIS, PEGAWAI DAN INSPEKTOR
DAN KUASA DAN KEWAJIPAN MEREKA
Pelantikan juruanalisis, pegawai dan inspektor
(1)
Yang di-Pertuan Agong boleh melantik apa-apa bilangan juruanalisis yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
Ketua Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan inspektor di dalam suatu Negeri sebagaimana yang perlu bagi maksud
Akta ini.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan kewajipan juruanalisis, pegawai dan inspektor di bawah Akta ini.
Juruanalisis, pegawai dan inspektor yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa pegawai dan inspektor untuk masuk, dsb.
(1)
Mana-mana pegawai atau inspektor boleh—
pada setiap masa yang munasabah memasuki dan memeriksa mana-mana tempat jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat apa-apa dadah yang dimaksudkan untuk jualan;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
menandakan, mengelak, atau selainnya menyimpan dengan selamat, menimbang, mengira atau menyukat apa-apa dadah, yang penjualan, penyediaan, atau pembuatannya adalah atau didapati berlawanan dengan
Akta ini;
memeriksa apa-apa dadah, di mana-mana jua dijumpai, yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dimaksudkan untuk jualan.
Mana-mana pegawai boleh—
menyita mana-mana dadah, di mana-mana jua dijumpai, yang, adalah atau didapati, tidak sihat atau merosakkan kesihatan;
Mana-mana orang yang menuntut apa-apa jua yang disita di bawah seksyen ini boleh dalam masa empat puluh lapan jam selepas penyitaan itu membuat aduan mengenainya kepada Mahkamah
Majistret dan aduan itu boleh didengar dan ditentukan oleh mahkamah itu yang boleh, sama ada mengesahkan atau tidak membenarkan penyitaan itu secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan boleh memerintahkan barang yang disita itu dikembalikan.
Jika dalam masa empat puluh lapan jam selepas penyitaan itu tiada aduan telah dibuat atau jika penyitaan itu disahkan, barang yang disita itu hendaklah menjadi harta Kerajaan dan hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagai menghalang ia digunakan bagi pengambilan oleh manusia.
Tempoh empat puluh lapan jam yang ditetapkan oleh subseksyen (3) dan (4) boleh dilanjutkan oleh Menteri melalui peraturan yang terpakai bagi mana-mana daerah atau tempat yang dinyatakan dalam peraturan itu.
Jika penyitaan apa-apa dadah dibuat di mana-mana tempat yang tidak dihuni oleh pemunya benda yang disita itu, pegawai yang
Jualan Dadah 9
membuat penyitaan itu hendaklah dengan serta-merta memberikan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada pemunya atau kepada pemberi konsain atau penerima konsain atau kepada ejen bagi pemunya benda yang disita itu, jika nama dan alamatnya dilekatkan padanya atau selainnya diketahui oleh pegawai itu dan alamat itu adalah di dalam Malaysia.
Kuasa untuk meminta, memilih, dan mengambil sampel
Apabila dibayar atau diserahkan kepada mana-mana orang yang menjual atau membuat apa-apa dadah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, nilai pasaran semasa bagi sampel yang disebut dalam seksyen ini, mana-mana pegawai atau inspektor boleh di mana-mana tempat meminta dan memilih dan mengambil atau memperoleh sampel dadah tersebut bagi maksud analisis.
Mana-mana pegawai atau inspektor boleh menghendaki orang tersebut atau ejen atau pekhidmatnya menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan bungkusan yang dalamnya dadah itu disimpan pada masa itu dan mengambil daripadanya sampel yang diminta.
Jika apa-apa dadah disimpan untuk jualan runcit dalam suatu bungkusan yang tidak dibuka, tiada seorang pun boleh dikehendaki oleh mana-mana pegawai atau inspektor untuk menjual kurang daripada keseluruhan kandungan bungkusan itu.
Mana-mana orang yang enggan atau abai untuk mematuhi apa-apa permintaan atau rekuisisi yang dibuat oleh pegawai atau inspektor menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang boleh mendapatkan sampel yang dianalisis
Mana-mana orang, selain penjual, boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan bersama-sama dengan kos sampel itu, menghendaki mana-mana pegawai atau inspektor membeli sampel mana-mana dadah dan mengemukakannya untuk dianalisis.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
Bagaimana sampel diambil
(1)
Jika dimaksudkan untuk mengemukakan apa-apa sampel untuk analisis, pegawai atau inspektor yang membeli atau selainnya memperoleh sampel itu hendaklah, sebelum atau dengan serta-merta selepas memperolehnya, memberitahu penjual itu atau ejennya yang menjual barang itu bahawa dia bermaksud untuk mendapatkan barang itu dianalisis oleh seorang juruanalisis.
Pegawai dan inspektor itu hendaklah sesudah itu membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian dan hendaklah menandakan dan mengelak atau mengikat, mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh sifatnya, setiap bahagian itu dan hendaklah menawarkan satu daripada bahagian itu kepada penjual itu atau ejennya atau orang yang bertanggungjawab bagi barang itu.
Pegawai dan inspektor itu hendaklah kemudiannya menghantar, sama ada dengan sendiri atau melalui surat berdaftar, suatu bahagian lain kepada juruanalisis, dan hendaklah menyimpan bahagian ketiga daripada bahagian itu.
Perakuan juruanalisis
(1)
Perakuan juruanalisis hendaklah dalam borang yang ditetapkan.
Jika apa-apa kaedah analisis (kimia atau fizikal) telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi analisis apa-apa dadah, mana-mana juruanalisis sama ada bagi pihak pendakwaan atau pembelaan hendaklah mengikuti, dan hendaklah dalam perakuan analisisnya mengakui bahawa dia telah mengikuti, kaedah yang ditetapkan itu dalam analisisnya.
Suatu salinan keputusan apa-apa analisis bagi mana-mana dadah yang diperoleh oleh seorang pegawai atau inspektor boleh didapatkan daripada juruanalisis oleh orang yang daripadanya barang yang dianalisis itu telah dibeli atau didapatkan apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Jualan Dadah 11
Tiada salinan bagi apa-apa analisis dan juga pengeluaran semulanya boleh dipamerkan atau digunakan sebagai suatu iklan dan jika mana-mana orang yang mempamerkan atau menggunakannya, dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Kuasa untuk meminta maklumat
(1)
Jika pada pendapat mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa mana-mana orang memiliki apa-apa dadah atau bahan lain bagi maksud jualan atau pengilangan atau penyediaannya untuk jualan yang melanggar Akta ini, dia boleh menghendaki orang itu supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku atau dokumen yang memperkatakan penerimaan, pemilikan, pembelian, penjualan atau penghantaran apa-apa dadah atau bahan lain.
Mana-mana pegawai yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh membuat atau menyebabkan supaya dibuat salinan atau cabutan daripada mana-mana buku atau dokumen, dan salinan atau cabutan yang diperakukan sedemikian oleh pegawai itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai salinan atau cabutan yang benar dan betul.
Mana-mana orang yang enggan atau abai untuk mematuhi mana-mana rekuisisi yang dibuat menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana pegawai yang tidak mengekalkan kerahsiaan semua perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam pelaksanaan tugas rasminya di bawah seksyen ini atau yang menyampaikan mana-mana perkara itu kepada mana-mana orang jua pun kecuali bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda satu ribu ringgit.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
KESALAHAN DAN PENALTI
Kesalahan dan penalti
(1)
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan yang menjual—
apa-apa dadah yang diadukkan tanpa memaklumkan sepenuhnya kepada pembeli semasa jualan mengenai sifat pengadukan itu;
apa-apa dadah di dalam apa-apa bungkusan yang mempunyai atau yang dilekatkan padanya apa-apa pernyataan, perkataan, jenama, label atau tanda yang palsu atau mengelirukan untuk menunjukkan sifat, kualiti, kekuatan, ketulenan, komposisi, berat, punca, umur atau kadar barang yang terkandung di dalam bungkusan itu atau apa-apa bahannya;
apa-apa dadah yang mengandungi kadar yang berlebihan bagi apa-apa bahan daripada yang dibenarkan;
apa-apa dadah bagi kegunaan dalaman yang mengandungi metil alkohol, isopropil alkohol atau alkohol ternyahasli; atau
hingga memudaratkan pembeli apa-apa dadah yang bukan daripada jenis atau bahan atau kualiti dadah yang diminta oleh pembeli.
Jika peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mengandungi peruntukan yang menetapkan komposisi, atau yang melarang atau menyekat penambahan apa-apa bahan pada, apa-apa dadah, seseorang pembeli dadah itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan bagi maksud seksyen ini telah meminta dadah yang mematuhi peruntukan peraturan-peraturan itu.
Jualan Dadah 13
Dalam prosiding di bawah seksyen ini bukanlah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa pembeli itu membeli bagi analisis atau pemeriksaan dan oleh itu tidak dimudaratkan.
Gangguan terhadap penandaan rasmi
Mana-mana orang yang tanpa kuasa membuka, mengubah, memecahkan, membuang, atau memadamkan apa-apa tanda, ikatan, atau lak yang diletakkan oleh mana-mana pegawai atau inspektor menurut Akta ini pada apa-apa dadah atau pada apa-apa bungkusan, tempat, pintu atau bukaan yang mengandungi atau yang membolehkan akses kepada apa-apa dadah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda lima ratus ringgit.
Penalti am
Tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
Pelucuthakan dadah atas sabitan
Dalam hal mana-mana sabitan di bawah Akta ini mahkamah hendaklah memerintahkan supaya apa-apa dadah yang berkaitan dengan sabitan dan apa-apa dadah yang seumpamanya yang dijumpai di premis defendan atau dalam milikannya pada masa kesalahan itu dilakukan, bersama dengan semua bungkusan atau vesel yang mengandungi dadah, hendaklah dilucuthakkan dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Menteri.
Pemberitahuan sabitan dalam akhbar
Pemberitahuan nama dan pekerjaan mana-mana orang yang telah disabitkan atas mana-mana kesalahan terhadap Akta ini bersama dengan tempat atau tempat-tempat perniagaannya, jenis kesalahan dan denda, pelucuthakan atau penalti lain yang dikenakan hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh mahkamah, disiarkan dalam mana-mana akhbar yang diedarkan di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya, dan kos penyiaran itu boleh didapatkan daripada orang itu sebagai hutang sivil.
ANGGAPAN UNDANG-UNDANG
Pengadukan
Bagi maksud Akta ini apa-apa dadah hendaklah disifatkan teraduk jika—
ia mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa bahan yang menyusutkan dengan apa-apa jua cara kandungan bermanfaatnya berbanding dengan barang tersebut dalam keadaan tulen dan biasa dan dalam keadaan yang tidak merosot dan baik atau dalam apa-apa jua cara yang mendatangkan atau boleh mendatangkan kemudaratan atau kerugian kepada pembeli atau pengguna;
Jualan Dadah 15
apa-apa bahan atau ramuan yang dikeluarkan atau yang ditinggalkan daripadanya dan disebabkan oleh pengeluaran atau peninggalan kandungan bermanfaat barang itu sebagaimana dijual telah kurang berbanding dengan barang itu dalam keadaannya yang tulen dan biasa atau memudaratkan atau boleh memudaratkan pembeli atau pengguna dalam apa-apa cara;
ia mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa bahan yang mempunyai nilai komersial yang lebih rendah berbanding dengan barang dalam keadaan tulen dan biasa dan dalam keadaan yang tidak merosot dan baik;
jika ia mengandungi apa-apa bahan yang menjadikan dadah itu berbahaya kepada kesihatan; atau
ia tidak mematuhi standard yang telah diperuntukkan oleh mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Jualan oleh ejen atau pekhidmat
Bagi maksud Akta ini tiap-tiap orang hendaklah disifatkan menjual apa-apa dadah dan menjual dadah itu sama ada atas kehendaknya sendiri atau sebagai ejen atau pekhidmat mana-mana orang lain.
Dalam hal mana-mana jualan oleh ejen atau pekhidmat, prinsipal atau majikannya hendaklah mempunyai liabiliti yang sama seolah-olah dia sendiri yang membuat jualan itu.
Anggapan tentang jualan bagi pengambilan atau kegunaan manusia atau haiwan
Apabila apa-apa dadah dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan, hendaklah, melainkan jika dibuktikan
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
sebaliknya, disifatkan dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan bagi pengambilan atau kegunaan manusia atau haiwan.
Pembelian dan penjualan sesuatu sampel bagi mana-mana dadah di bawah Akta ini bagi maksud analisis hendaklah disifatkan sebagai pembelian dan penjualan dadah itu bagi pengambilan atau kegunaan manusia atau haiwan melainkan jika penjual itu membuktikan bahawa sebahagian besar daripada sampel yang telah diambil tidak ditawarkan, didedahkan atau dimaksudkan untuk jualan bagi pengambilan atau kegunaan manusia atau haiwan.
Bagi maksud Akta ini tiap-tiap orang hendaklah disifatkan menjual atau berniat untuk menjual apa-apa dadah, jika dia menjual atau berniat untuk menjual bagi pengambilan atau kegunaan manusia atau haiwan atau menggunakan apa-apa barang yang terkandung dalam dadah itu.
PROSIDING UNDANG-UNDANG DAN KETERANGAN
Prosiding bagi kesalahan
Semua prosiding berkenaan dengan kesalahan terhadap Akta ini hendaklah dijalankan secara terus di hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Pertama.
Saman dalam mana-mana prosiding itu tidak boleh dikembalikan kurang daripada empat belas hari dari hari saman itu diserahkan.
Hendaklah diserahkan bersama dengan saman itu suatu salinan perakuan juruanalisis, jika ada, yang berdasarkannya pendakwaan itu dibuat.
Apabila apa-apa barang dadah telah dibeli atau diambil daripada mana-mana orang bagi maksud ujian, tiada apa-apa prosiding berkenaan dengan jualannya atau mana-mana kesalahan terhadap Akta ini boleh dimulakan selepas tamat enam puluh hari dari tarikh pembelian atau pengambilannya.
Jualan Dadah 17
Tiada pembelaan bahawa kesalahan tidak sengaja dilakukan
Dalam pendakwaan bagi penjualan apa-apa dadah yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, tidaklah boleh menjadi pembelaan bahawa defendan tidak bertindak dengan sengaja melainkan jika dia juga membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah munasabah untuk menentukan bahawa penjualan barang itu tidak akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Pergantungan pada waranti bertulis menjadi pembelaan yang baik
Tertakluk kepada seksyen ini menjadi suatu pembelaan yang baik dalam mana-mana pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen 10 jika defendan membuktikan bahawa—
dia membeli barang yang dijual olehnya atas pergantungan pada waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain tentang jenis barang yang dibeli itu ditandatangani oleh atau bagi pihak orang yang daripadanya defendan itu membelinya; dan
dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa barang yang dijual itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu; dan
jika barang itu telah sebenarnya menepati waranti atau pernyataan itu, penjualan barang itu oleh defendan tidak akan menjadi suatu kesalahan yang dipertuduh terhadapnya.
Tiada waranti atau pernyataan bertulis lain yang diberikan atau dibuat oleh seseorang yang bermastautin di luar Malaysia boleh menjadi apa-apa pembelaan di bawah seksyen ini melainkan jika defendan itu membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk menentukan dan telah pada hakikatnya
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
mempercayai kebenaran perkara yang dinyatakan dalam waranti atau pernyataan itu.
Tiada waranti atau pernyataan bertulis lain boleh menjadi apa-apa pembelaan dalam apa-apa pendakwaan melainkan jika defendan telah dalam masa tujuh hari selepas penyampaian saman itu menyerahkan kepada pendakwa suatu salinan waranti atau pernyataan itu berserta dengan notis bertulis yang menyatakan bahawa dia berniat untuk bergantung padanya dan menyebut nama dan alamat orang yang daripadanya dia menerimanya dan juga dalam masa yang sama menghantar melalui pos berdaftar suatu notis yang serupa tentang niatnya kepada orang itu.
Apabila defendan merupakan seorang pekhidmat atau ejen bagi orang yang membeli barang itu di bawah suatu waranti atau pernyataan bertulis sedemikian dia berhak kepada faedah seksyen ini mengikut cara yang sama dan takat yang sama seperti keadaan prinsipal atau majikannya, sekiranya dia menjadi defendan; dengan syarat bahawa ejen atau pekhidmat itu membuktikan selanjutnya bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa barang itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu.
Penalti bagi waranti palsu
Mana-mana orang yang berkenaan dengan suatu barang dadah yang dijual olehnya sebagai prinsipal atau ejen memberikan kepada pembeli suatu waranti palsu secara bertulis boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau bagi mana-mana kesalahan seterusnya didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, melainkan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa semasa dia memberikan waranti itu dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pernyataan atau perihal yang terkandung dalamnya adalah benar.
Perakuan penganalisis menjadi keterangan prima facie
Perakuan analisis yang berupa sebagai ditandatangani oleh seorang penganalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh pendakwa,
Jualan Dadah 19
menjadi keterangan yang mencukupi bagi fakta yang dinyatakan dalamnya, melainkan jika defendan menghendaki penganalisis itu dipanggil sebagai saksi, yang dalam hal itu dia hendaklah memberikan notis mengenainya kepada pendakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran saman itu.
Dengan cara yang sama, perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh penganalisis hendaklah, apabila dikemukakan perakuan itu oleh defendan, menjadi keterangan yang mencukupi bagi fakta yang dinyatakan dalamnya, melainkan jika pendakwa menghendaki penganalisis itu dipanggil sebagai saksi.
Suatu salinan perakuan yang akhir disebut itu hendaklah dihantar kepada pendakwa sekurang-kurangnya tiga hari genap sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran saman itu, dan jika ia tidak dihantar sedemikian, mahkamah boleh menangguhkan pendengaran itu atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Mahkamah boleh memerintahkan juruanalisis bebas
Apabila sesuatu sampel telah diuruskan mengikut seksyen 7, mahkamah yang di hadapannya apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini didengar hendaklah atas permintaan salah satu pihak dalam prosiding itu, dan boleh jika difikirkannya patut tanpa permintaan itu, memerintahkan supaya bahagian sampel yang disimpan oleh pegawai itu dikemukakan kepada seorang juruanalisis lain untuk dianalisis.
Ketidakzahiran
Tiada pendakwa atau saksi dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini boleh dipaksa menzahirkan fakta yang dia menerima apa-apa maklumat atau jenis maklumat yang sedemikian atau nama mana-mana orang yang memberikan maklumat itu.
Tiada seorang pun pegawai yang hadir sebagai pendakwa atau saksi boleh dipaksa untuk mengemukakan apa-apa laporan atau
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
dokumen sulit yang dibuat atau yang diterima olehnya atas sifat rasminya atau membuat apa-apa pernyataan berhubung dengannya.
Mendapatkan fi dan perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pendakwaan
Jika mana-mana orang disabitkan dengan atas kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh memerintahkan bahawa semua fi dan belanja lain yang bersampingan dengan analisis mana-mana dadah yang berkenaan dengannya sabitan didapati (termasuk apa-apa analisis yang dibuat di bawah seksyen 22 Akta ini) hendaklah dibayar oleh orang yang disabitkan itu.
Semua fi dan belanja boleh didapatkan mengikut cara yang sama sebagaimana suatu denda boleh didapatkan.
Rayuan
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa hukuman atau perintah di bawah Akta ini, yang diberikan atau yang dibuat oleh
Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret boleh membuat rayuan daripadanya ke Mahkamah Tinggi:
Dengan syarat bahawa jika tertuduh telah mengaku salah dan telah disabitkan atas pengakuannya itu, tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau kesahan hukuman itu.
PERATURAN-PERATURAN DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(1)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mana-mana maksud yang berikut:
untuk menetapkan standard kekuatan, berat, kualiti, atau kuantiti apa-apa dadah atau apa-apa ramuan atau bahagian komponennya;
Jualan Dadah 21
untuk melarang penambahan apa-apa benda tertentu atau lebih daripada kuantiti atau kadar yang ditentukan baginya kepada apa-apa dadah;
untuk memastikan kebersihan dan bebas daripada pencemaran apa-apa dadah semasa pembuatan, penyediaan, penyimpanan, pembungkusan, penghantaran pengangkutan atau penzahiran untuk jualan atau jualan dan kebersihan tempat, bekas, peranti dan kenderaan yang digunakan dalam pembuatan, penyediaan, penyimpanan, pembungkusan, pengangkutan atau penghantaran, penzahiran untuk jualan atau jualan dan untuk memastikan perjalanan sepatutnya tempat yang penyediaan atau jualan dadah dijalankan dan bagi maksud itu menghendaki mana-mana orang menjalankan pemeriksaan kesihatan;
untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan atau pendaftaran premis yang digunakan, atau orang-orang yang bekerja atau terlibat dalam pembuatan, penyediaan, penyimpanan, pembungkusan, pengangkutan, penghantaran, penzahiran untuk jualan atau jualan apa-apa dadah dan bagi maksud itu untuk menghendaki fotograf orang yang didaftarkan atau dilesenkan;
untuk menetapkan cara pelabelan dadah yang dijual di dalam bungkusan atau selainnya dan perkara yang hendaklah terkandung atau tidak terkandung dalam label itu;
untuk menetapkan fi yang kena dibayar berkenaan dengan analisis itu bagi apa-apa dadah oleh seorang juruanalisis dan bagi apa-apa salinan keputusan
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
apa-apa analisis dan bagi apa-apa lesen atau pendaftaran yang dikeluarkan atau dikuatkuasakan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
untuk melarang atau mengawal selia pembuatan, penjualan, pengiklanan untuk jualan, pembekalan, pengimportan atau pengeksportan apa-apa barang dadah dan bagi maksud ini menubuhkan apa-apa badan atau pihak berkuasa;
untuk menghendaki semua ramuan yang terkandung dalam mana-mana ubat, kepentingan, rahsia atau selainnya, dizahirkan mengikut cara dan beserta dengan butir-butir bentuk yang ditetapkan dan pada atau sebelum jualan itu;
untuk menetapkan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peraturan; dan
Mana-mana peraturan sedemikian boleh dijadikan terpakai sama ada bagi dadah secara amnya atau bagi dadah yang tertentu sahaja.
Walau apapun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, sah bagi mana-mana orang pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan selepas tarikh penyiaran dalam Warta bagi peraturan itu untuk menjual apa-apa dadah, yang jualan yang selainnya sah jika dia membuktikan yang pada tarikh tersebut, dadah itu merupakan sebahagian daripada stok niaga di Malaysia bagi mana-mana orang yang menjalankan perniagaan di situ dan bahawa semenjak tarikh tersebut tiada apa-apa tindakan diambil yang menurutnya dadah tersebut gagal untuk mematuhi kehendak peraturan tersebut; dan bagi maksud subseksyen ini, apa-apa barangan yang dibeli sebelum tarikh tersebut bagi
Jualan Dadah 23
pengimportan ke dalam Malaysia hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada stok niaga pembeli di Malaysia.
Peluasan pemakaian Akta
Peruntukan Akta ini setakat yang ia terpakai boleh diperluas melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk terpakai bagi tembakau, curut, rokok, tembakau sedut, sabun, kosmetik dan penyediaan pembersihan mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan tersebut terpakai bagi dadah.
Fi juruanalisis
Semua fi yang diterima di bawah Akta ini oleh mana-mana juruanalisis Kerajaan hendaklah dibayar secara kredit kepada hasil am, atau oleh mana-mana Juruanalisis Perbandaran kepada hasil
Perbandaran yang berkenaan.
24
Akta 368
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.T.M. 22/1949
Ordinan Nama Jawatan 1949
30-08-1949
Perintah Perlembagaan Persekutuan
(Pengubahsuaian
Undang-Undang)
(Ordinan dan Pengisytiharan) 1958
13-11-1958
Akta A139
Akta Jualan Makanan dan Dadah
(Pindaan) 1972
07-07-1972
Akta A304
Akta Jualan Makanan dan Dadah
(Pindaan) 1975
30-05-1975
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
1975
29-08-1975
Akta A479
Akta Jualan Makanan dan Dadah
(Pindaan) 1980
01-02-1980
Akta 281
Akta Makanan 1983
01-10-1985
P.U. (A) 468/1990
Perintah
Semakan
Undang-Undang
(Akta Jualan Dadah 1952) 1990
01-07-1989
P.U. (A) 380/1992
Perintah
Pengubahsuaian
Undang-Undang (Akta Jualan Dadah) (Perluasan ke Negeri Sabah dan Sarawak) 1992
01-09-1989
P.U. (A) 381/1992
Perintah
Pengubahsuaian
Undang-Undang (Akta Jualan Dadah) (Perluasan ke Wilayah Persekutuan Labuan) 1992
01-09-1989
Akta A1084
Akta Jualan Dadah (Pindaan) 2000
01-01-2001
25
Akta 368
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A304
Akta A1084
13-11-1958 30-05-1972 01-01-2001 3
13-11-1958 4
13-11-1958 9
Akta A1084
01-01-2001 10
Akta A1084
01-01-2001 11
Akta 160
29-08-1975 12
Akta 160
Akta A1084
29-08-1975 01-01-2001 14
13-11-1958 17
Akta A1084
01-01-2001 20
Akta A139 07-07-1972
23
Akta A1084 01-01-2001
26
Akta A1084 01-01-2001
28
Akta A479 13-11-1958 01-02-1980
Keseluruhan Akta
Akta 281 01-10-1985
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.