Seksyen 7
Bagaimana sampel diambil
(1)
Jika dimaksudkan untuk mengemukakan apa-apa sampel untuk analisis, pegawai atau inspektor yang membeli atau selainnya memperoleh sampel itu hendaklah, sebelum atau dengan serta-merta selepas memperolehnya, memberitahu penjual itu atau ejennya yang menjual barang itu bahawa dia bermaksud untuk mendapatkan barang itu dianalisis oleh seorang juruanalisis.
(2)
Pegawai dan inspektor itu hendaklah sesudah itu membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian dan hendaklah menandakan dan mengelak atau mengikat, mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh sifatnya, setiap bahagian itu dan hendaklah menawarkan satu daripada bahagian itu kepada penjual itu atau ejennya atau orang yang bertanggungjawab bagi barang itu.
(3)
Pegawai dan inspektor itu hendaklah kemudiannya menghantar, sama ada dengan sendiri atau melalui surat berdaftar, suatu bahagian lain kepada juruanalisis, dan hendaklah menyimpan bahagian ketiga daripada bahagian itu.