Seksyen 5
Kuasa untuk meminta, memilih, dan mengambil sampel
Apabila dibayar atau diserahkan kepada mana-mana orang yang menjual atau membuat apa-apa dadah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, nilai pasaran semasa bagi sampel yang disebut dalam seksyen ini, mana-mana pegawai atau inspektor boleh di mana-mana tempat meminta dan memilih dan mengambil atau memperoleh sampel dadah tersebut bagi maksud analisis.
(2)
Mana-mana pegawai atau inspektor boleh menghendaki orang tersebut atau ejen atau pekhidmatnya menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan bungkusan yang dalamnya dadah itu disimpan pada masa itu dan mengambil daripadanya sampel yang diminta.
(3)
Jika apa-apa dadah disimpan untuk jualan runcit dalam suatu bungkusan yang tidak dibuka, tiada seorang pun boleh dikehendaki oleh mana-mana pegawai atau inspektor untuk menjual kurang daripada keseluruhan kandungan bungkusan itu.
(4)
Mana-mana orang yang enggan atau abai untuk mematuhi apa-apa permintaan atau rekuisisi yang dibuat oleh pegawai atau inspektor menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan.