Seksyen 12
Penalti am
Tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 368