Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Maklumat Pekerjaan 1953.
/akn/my/act/act/1953/159
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA MAKLUMAT PEKERJAAN 1953 is Malaysia Act, cited as Act 159 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Maklumat Pekerjaan 1953.
Tafsiran
“majikan” ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan bagi mengambil bekerja mana-mana orang lain dalam apa-apa sifat jua dan termasuklah ejen, pengurus atau faktor orang yang mula-mula disebut itu, dan perkataan “mengambil bekerja” dengan variasi tatabahasa dan ungkapan seasalnya, hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya; dan
“pegawai diberi kuasa” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian
Sumber Manusia dan termasuklah seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya bagi maksud Akta ini.
Pegawai diberi kuasa boleh menghendaki majikan memberikan maklumat tertentu
bilangan orang yang diambil bekerja olehnya pada masa itu dan umur dan jantina setiap orang itu;
6
Undang-Undang Malaysia
waktu yang setiap orang itu dikehendaki bekerja dan waktu sebenarnya dia bekerja, dan cuti, hari kelepasan dan waktu rehat yang dibenarkan bagi setiap orang itu;
jumlah pendapatan termasuk upah, elaun, lebih masa, bonus dan faedah kewangan lain; bayaran bukan dalam bentuk wang bagi setiap orang yang diambil bekerja; dan
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini.
Pernyataan bertulis yang dikehendaki oleh subseksyen (1)—
hendaklah dalam apa-apa bentuk dan, tertakluk kepada subseksyen (1), hendaklah mengandungi apa-apa butir yang dinyatakan oleh pegawai diberi kuasa;
hendaklah ditandatangani oleh majikan yang dikehendaki membuatnya, yang hendaklah memperaku bahawa pernyataan bertulis itu, sepanjang pengetahuannya, tepat dalam tiap-tiap butir; dan
hendaklah diserahkan melalui pos atau selainnya kepada pegawai diberi kuasa dalam masa empat puluh dua hari dari tarikh notis yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen (1):
Dengan syarat bahawa, jika majikan meminta sedemikian, pegawai diberi kuasa boleh memberi apa-apa tempoh yang lebih daripada
Maklumat Pekerjaan 7
empat puluh dua hari bagi penyerahan pernyataan bertulis itu sebagaimana yang didapati munasabah oleh pegawai diberi kuasa itu.
Pegawai diberi kuasa boleh memasuki premis untuk membuat siasatan
Pegawai diberi kuasa boleh mengemukakan soalan mengenai—
bilangan orang yang pada masa ini bekerja di tempat atau premis itu dan umur dan jantina setiap orang itu;
waktu setiap orang itu dikehendaki bekerja dan waktu sebenarnya dia bekerja dan cuti, hari kelepasan dan waktu rehat yang dibenarkan bagi setiap orang itu;
apa-apa perkara lain berhubungan dengan terma dan syarat perkhidmatan orang itu, kepada majikan orang itu, atau kepada mana-mana orang yang mungkin menjaga orang itu atau kepada orang itu, atau kepada mana-mana orang lain yang dipercayainya mempunyai apa-apa maklumat yang relevan; dan tiap-tiap orang yang disoal sedemikian adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar setakat yang termampu olehnya.
Pegawai diberi kuasa boleh menghendaki majikan itu mengemukakan di hadapannya di tempat pekerjaan itu semua atau mana-mana orang yang pada masa itu bekerja untuknya bersama
8
Undang-Undang Malaysia dengan apa-apa kontrak bertulis atau dokumen lain berhubungan dengan syarat perkhidmatan orang itu dan menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengannya yang difikirkannya wajar untuk ditanya.
(Dipotong oleh Akta A211).
Kesalahan
Mana-mana majikan yang tidak menyerahkan suatu pernyataan bertulis kepada pegawai diberi kuasa mengikut perenggan 3(2)(c)
boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda dua ribu ringgit dan sebagai tambahan didenda seratus ringgit berkenaan dengan tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Maklumat yang terkumpul dihadkan untuk kegunaan rasmi
Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa maklumat yang terkumpul bagi maksud Akta ini bertentangan dengan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan.
Maklumat Pekerjaan 9
Akta 159
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
L.N. 332/1958
Perintah Perlembagaan 13-11-1958
Persekutuan (Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Perisytiharan) 1958
P.U. 96/1967
Perintah Pengubahsuaian 02-03-1967
Undang-Undang (Maklumat
Pekerjaan) (Perluasan ke
Negeri-Negeri Borneo) 1967
Akta A211
Akta Maklumat Pekerjaan 31-08-1973
(Pindaan) 1973
Akta 160
Akta Matawang Malaysia 29-08-1975
(Ringgit) 1975
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 159
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
L.N. 332/1958 13-11-1958
Akta A211 31-08-1973 3
Akta A211 31-08-1973 4
Akta A211 31-08-1973 5
L.N. 332/1958 13-11-1958
Akta A211 31-08-1973 6
Akta A211 31-08-1973 7
Akta A211 31-08-1973
Jadual
Akta A211 31-08-1973