/akn/my/act/act/1953/260

AKTA HIDROGEN SIANIDA (PEWASAPAN) 1953

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1953
Sections
7
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA HIDROGEN SIANIDA (PEWASAPAN) 1953 is Malaysia Act, cited as Act 260 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengawal pengasapan premis dan artikel dengan hidrogen sianid; dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengan perkara-perkara yang tersebut dahulu. [30hb April 1953.]

Seksyen 2

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya meng-Tafsiran. hendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan 23/67. meliputi Wilayah Persekutuan;

"Pendaftar" ertinya mana-mana Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengawal cara bagaimana hidrogen sianid akan dijanakan dan menghendaki percampuran apa-apa bahan dengannya;

Suggest a correction

(b)

melarang menjalankan apa-apa pengasapan itu kecuali dengan atau di bawah penyeliaan orang-orang yang mempunyai latihan atau pengalaman seumpamanya sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan dan oleh seberapa orang itu sebagaimana dinyatakan sedemikian;

Suggest a correction

(c)

melarang menjalankan apa-apa pengasapan itu kecuali oleh orang-orang yang dilesen untuk menjalankannya;

Suggest a correction

(d)

mengawal pengeluaran, penggantungan atau pembatalan lesen bagi menjalankan apa-apa pengasapan itu dan terma dan syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu boleh dikeluarkan dan fee yang akan dikenakan bagi maksud itu;

Suggest a correction

(e)

mengawal pelupusan residu apa-apa bahan yang digunakan dalam pengasapan;

Suggest a correction

(f)

bagi maksud mencegah kesan yang memudaratkan akibat daripada pengasapan itu, mengenakan sekatan sementara ke atas penggunaan mana-mana premis atau artikel, dan menghendaki apa-apa ujian sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang akan dijalankan selepas pengasapan itu.

Suggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa pengasapan sedemikian yang dijalankan di kawasan terbuka.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dia apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu kesalahan.

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang tersebut dulu yang gagal mematuhi seksyen ini, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua ratus ringgit.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh mengarahkan supaya siasatan dibuat oleh orang yang dilantiknya mengenai sebab sesuatu kemalangan yang mana notis dikehendaki oleh Akta ini supaya diberi kepada Menteri, dan jika didapati oleh Menteri sama ada sebelum atau selepas bermulanya apa-apa siasatan sedemikian, bahawa suatu penyiasatan lebih rasmi tentang kemalangan dan sebab-sebab dan hal-keadaan kemalangan itu, adalah bermanfaat, dia boleh dengan perintah, mengarahkan supaya suatu penyiasatan rasmi diadakan, dan berkenaan dengan siasatan-siasatan dan penyiasatan-penyiasatan yang dibuat atau diadakan di bawah Akta ini peruntukan-peruntukan berikut hendaklah berkuatkuasa:

(a)

Menteri boleh, dengan perintah yang sama atau mana-mana perintah selanjutnya, melantik seorang atau beberapa orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang atau khas untuk membantu dalam menjalankan sesuatu penyiasatan rasmi, atau boleh mengarahkan Majistret atau orang atau orang-orang lain yang dinamakan dalam perintah itu supaya menjalankan sesuatu penyiasatan sedemikian dengan bantuan mana-mana pengapit atau pengapit-pengapit yang dinamakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(b)

orang-orang yang menjalankan apa-apa penyiasatan (dalam seksyen ini disebut sebagai mahkamah) hendaklah menjalankannya dalam mahkamah terbuka mengikut apa-apa cara dan di bawah apa-apa keadaan yang mereka fikirkan paling berkesan bagi menentukan sebab-sebab dan hal-hal keadaan kemalangan itu, dan bagi membolehkan mereka membuat laporan yang disebut dalam seksyen ini;

Suggest a correction

(c)

mahkamah itu hendaklah bagi maksud penyiasatan mempunyai semua kuasa Mahkamah Majistret apabila bertindak sebagai mahkamah semasa mendengar maklumat tentang kesalahan-kesalahan terhadap Akta ini, dan sebagai tambahan mempunyai kuasa-kuasa berikut, iaitu—

Suggest a correction

(i)

mereka boleh memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau bangunan di mana kemasukan atau pemeriksaannya didapati perlu oleh mereka bagi maksud tersebut;

(ii)

mereka boleh dengan saman yang ditandatangani oleh mereka menghendaki kehadiran semua orang yang mereka fikirkan patut untuk dipanggil supaya hadir di hadapan mereka dan diperiksa bagi maksud tersebut, dan boleh bagi maksud tersebut menghendaki supaya diberi kepada mereka jawapan atau penyata kepada siasatan itu sebagaimana mereka fikirkan patut dibuat;

Suggest a correction

(iii)

mereka boleh menghendaki supaya dikemukakan segala buku, kertas dan dokument yang mereka anggap mustahak bagi maksud tersebut;

Suggest a correction

(iv)

mereka boleh mengendalikan sumpah, dan menghendaki mana-mana orang yang diperiksa untuk membuat dan menandatangani suatu akuan tentang kebenaran pernyataan yang dibuat olehnya dalam pemeriksaannya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

orang-orang yang hadir sebagai saksi di hadapan mahkamah hendaklah dibenarkan apa-apa perbelanjaan yang sepatutnya dibenarkan kepada saksi-saksi yang hadir di hadapan Mahkamah Tinggi, dan sekiranya ada pertikaian tentang amaun yang akan dibenarkan, pertikaian itu hendaklah dirujuk oleh mahkamah kepada Pendaftar yang, atas permintaan dengan ditandatangani oleh anggota-anggota mahkamah itu, hendaklah menentukan dan memperakui amaun yang sesuai bagi perbelanjaan itu;

Suggest a correction

(e)

jika mana-mana orang tanpa alasan yang munasabah (di mana buktinya adalah terletak di atasnya) selepas dibayar perbelanjaan kepadanya, jika ada, yang dia berhak, gagal mematuhi apa-apa saman atau rekuisisi mahkamah yang menjalankan sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini, atau mencegah atau menghalang mahkamah daripada melaksanakan tugasnya, dia hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan denda sebanyak satu ratus ringgit,

HIDROGEN SIANID (PENGASAPAN)

atau, dalam hal kegagalan untuk mematuhi sesuatu rekuisisi bagi memberi apa-apa penyata atau mengemukakan apa-apa dokumen, denda sebanyak satu ratus ringgit, bagi tiap-tiap hari di mana kegagalan itu berlaku atau berterusan;

Suggest a correction

(f)

orang yang dilantik untuk menyiasat sesuatu kemalangan dan mahkamah yang menjalankan sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kemalangan di bawah seksyen ini hendaklah membuat laporan kepada Menteri dengan menyatakan sebab-sebab kemalangan itu dan semua halkeadaan besertanya, dan mengandungi apa-apa pandangan ke atasnya atau ke atas keterangan atau ke atas apa-apa perkara yang berbangkit daripada siasatan atau penyiasatan yang dia atau mereka fikirkan patut dimasukkan ke dalam laporan itu, dan Menteri hendaklah menyebabkan tiap-tiap laporan yang dibuat kepadanya itu supaya diberitahu umum mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majistret boleh sebelum penangguhan, mengambil keterangan bagi mengenali mayat itu dan boleh memerintahkan pengkebumiannya.

Suggest a correction

(3)

Majistret hendaklah menghantar kepada Menteri notis bertulis tentang masa dan tempat mengadakan siasatan atau inkues yang ditangguhkan itu, sekurangkurangnya empat hari sebelum siasatan atau inkues yang ditangguhkan itu diadakan.

Suggest a correction

(5)

Jika di mana-mana siasatan atau inkues keterangan telah diberi tentang apa-apa pengabaian yang menyebabkan atau turut menyebabkan sesuatu kemalangan, Majistret hendaklah, jika tiada seorang pun yang berkhidmat bagi pihak Menteri hadir ketika siasatan atau inkues itu, menghantar notis bertulis tentang pengabaian itu kepada Menteri.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang hadir bagi pihak Menteri adalah bebas untuk memeriksa mana-mana saksi di manamana siasatan atau inkues yang tersebut dulu, tertakluk walau bagaimanapun kepada perintah Majistret atas perkara undang-undang.

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh dengan perintah memakai peruntukan-peruntukan Akta ini atau apa-apa peruntukan sebagaimana dinyatakan dalam perintah bagi pengasapan dengan apa-apa bahan selain daripada hidrogen sianid dengan cara yang sama seperti yang dipakai terhadap pengasapan dengan hidrogen sianid tertakluk kepada apa-apa penyesuaian, jika ada, sebagaimana perlu dengan memberi pertimbangan terhadap jenis bahan tersebut.

11

Akta 260

(Disemak—1981)

Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuatkuasa meminda dari

P.U.371/55 ... Perintah Anggota-Anggota 4-8-1955 Kerajaan Persekutuan (Pertukaran Gelaran dan Jawatan) 1955

P.U. 332/58 ... Perintah Perlembagaan Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinandan Perisytiharan) 1958 13-11-1958

Akta 91 ... Akta Mahkamah Kehakiman 16-9-1963;

1964 16-3-1964

Akta 23/67 ... Akta Tafsiran 1967 ... 18-5-1967

Akta A324 ... Akta Kanun Acara Jenayah 10-1-1976 (Pindaan dan Perluasan) 1976

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

No.

Ordinan P.T.M. 22 Tahun 1953

Tajuk

Ordinan Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953.

Common questions

What is HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953?
AKTA HIDROGEN SIANIDA (PEWASAPAN) 1953 is Malaysia Act, cited as Act 260 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
Is HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953 still in force?
Yes — HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953 is currently in force.
When did HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953 take effect?
HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953 was first recorded in 1953.
How many sections does HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953 have?
HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953 contains 7 sections.
Where can I read the official version of HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953?
The official text of HYDROGEN CYANIDE (FUMIGATION) ACT 1953 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA HIDROGEN SIANIDA (PEWASAPAN) 1953 (No. 260) | mylaw.my