Seksyen 3
of Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953
Seksyen 3
Dengan maksud melindungi orang-orang daripada bahaya yang berkaitan dengan pengasapan premis dan artikel (meliputi mana-mana kapal atau kenderaan) dengan hidrogen sianid, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan pengasapan itu dan, tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan-peruntukan yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
mengawal cara bagaimana hidrogen sianid akan dijanakan dan menghendaki percampuran apa-apa bahan dengannya;
(b)
melarang menjalankan apa-apa pengasapan itu kecuali dengan atau di bawah penyeliaan orang-orang yang mempunyai latihan atau pengalaman seumpamanya sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan dan oleh seberapa orang itu sebagaimana dinyatakan sedemikian;
(c)
melarang menjalankan apa-apa pengasapan itu kecuali oleh orang-orang yang dilesen untuk menjalankannya;
(d)
mengawal pengeluaran, penggantungan atau pembatalan lesen bagi menjalankan apa-apa pengasapan itu dan terma dan syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu boleh dikeluarkan dan fee yang akan dikenakan bagi maksud itu;
(e)
mengawal pelupusan residu apa-apa bahan yang digunakan dalam pengasapan;
(f)
bagi maksud mencegah kesan yang memudaratkan akibat daripada pengasapan itu, mengenakan sekatan sementara ke atas penggunaan mana-mana premis atau artikel, dan menghendaki apa-apa ujian sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang akan dijalankan selepas pengasapan itu.
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa pengasapan sedemikian yang dijalankan di kawasan terbuka.
(3)
Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dia apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu kesalahan.