Seksyen 6
of Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953
Seksyen 6
Jika seseorang Majistret menjalankan sesuatu siasatan atau inkues ke atas mayat seseorang yang kematiannya mungkin telah disebabkan oleh apa-apa kemalangan di mana notis dikehendaki oleh Akta ini supaya diberi kepada Menteri, Majistret itu hendaklah menangguhkan siasatan atau inkues itu melainkan mana-mana orang bagi pihak Menteri hadir untuk menyaksikan prosiding itu:
Dengan syarat bahawa, jika kemalangan itu tidak menyebabkan kematian lebih daripada seorang, dan Majistret telah menghantar kepada Menteri notis tentang masa dan tempat mengadakan siasatan atau inkues itu tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum masa siasatan atau inkues itu diadakan, adalah tidak perlu baginya menangguhkan siasatan atau inkues itu menurut seksyen ini jika Majistret fikirkan tidak perlu baginya untuk berbuat demikian.
(2)
Majistret boleh sebelum penangguhan, mengambil keterangan bagi mengenali mayat itu dan boleh memerintahkan pengkebumiannya.
(3)
Majistret hendaklah menghantar kepada Menteri notis bertulis tentang masa dan tempat mengadakan siasatan atau inkues yang ditangguhkan itu, sekurangkurangnya empat hari sebelum siasatan atau inkues yang ditangguhkan itu diadakan.
(5)
Jika di mana-mana siasatan atau inkues keterangan telah diberi tentang apa-apa pengabaian yang menyebabkan atau turut menyebabkan sesuatu kemalangan, Majistret hendaklah, jika tiada seorang pun yang berkhidmat bagi pihak Menteri hadir ketika siasatan atau inkues itu, menghantar notis bertulis tentang pengabaian itu kepada Menteri.
(4)
Seseorang yang hadir bagi pihak Menteri adalah bebas untuk memeriksa mana-mana saksi di manamana siasatan atau inkues yang tersebut dulu, tertakluk walau bagaimanapun kepada perintah Majistret atas perkara undang-undang.