Seksyen 4
of Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953
ActIn forceProvision 4 of 7
Seksyen 4
(1)
Apabila apa-apa kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa manusia atau kecederaan diri berlaku akibat daripada pengasapan mana-mana premis atau artikel, orang atau ejennya, yang menjalankan pengasapan itu hendaklah dengan serta-merta menghantar atau mempastikan supaya dihantar kepada Menteri notis tentang kemalangan dan kehilangan nyawa manusia atau kecederaan diri itu.
(2)
Tiap-tiap orang yang tersebut dulu yang gagal mematuhi seksyen ini, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua ratus ringgit.