Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 is Malaysia Act, cited as Act 393 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE
Jil. 33
No. 23
9hb November 1989
TAMBAHAN No.24 AKTA
Undang-undang semakan yang berikut adalah dengan ini diterbitkan menurut seksyen 10 (1) Akta Penyemakan Undang-undang 1986 (Akta 1):
The following revised laws are hereby published pursuant to section 10 (1) of the Revision of Laws Act 1968 (Act 1):
Act 393 Service Commissions Act 1957
Act 394 ... Parliamentary Service Act 1963
Act 395 Assignment of Revenue (Export Duty On Iron Ore) Act 1962
Act 396 Assignment of Export Duty (Mineral Ores) Act 1964
Act 397 Malaysian Industrial Development Authority (Incorporation) Act 1965
Act 398 National Land Rehabilitation And Consolidation Authority (Incorporation) Act 1966
REPUBSTAKAAN
JABATAN PSQUAM
27 NOV 1990
MALAYSIA
Warta Kerajaan
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA
水 $ \because 8 \vert 3 \vert 9 1 $
Jil.34
No.238hb November 1990TAMBAHAN No.43
AKTA
Naskah bahasa kebangsaan bagi undang-undang semakan yang berikut adalah dengan ini diterbitkan untuk makluman umum:
The national language text of the following revised law is hereby published for general information:
No.
Tajuk ringkas
Akta 393 ... Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
Akta 393
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957
(Disemak—1989)
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi Service Commissions Act 1957 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai saih di bawah seksyen 7 (1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), ia bukannya perundangan.
Disemak sehingga31hb Oktober 1988Tarikh versi semakan ini di-siarkan dalam Warta9hb November 1988Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuatkuasa versi semakan ini menurut seksyen 6 (1) (xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)16hb November 1988
Akta 393
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957 (Disemak—1989)
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"Suruhanjaya" ertinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis, atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Dalam Bahagian II dan III sebutan-sebutan mengenai Suruhanjaya hendaklah diertikan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai mana-mana Suruhanjaya sesuatu Negeri, yang bersamaan taraf dan bidang kuasanya dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang bidang kuasanya diperluaskan kepada orang-orang di dalam perkhidmatan awam Negeri itu; dan dalam konteks sedemikian sebutan-sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan mengenai Kerajaan hendaklah diertikan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai Raja dan mengenai Kerajaan Negeri itu, mengikut kehendak hal keadaan.
Tiada seorang pun boleh dalam mana-mana prosiding undang-undang dibenar atau dipaksa mengeluarkan atau mendedahkan apa-apa perhubungan bertulis atau lisan yang berlaku di antara Suruhanjaya atau mana-mana ahli Suruhanjaya dan Kerajaan atau mana-mana Menteri atau pegawai awam atau apa-apa perhubungan di antara ahli-ahli Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya atau yang berkaitan dengan penjalanan fungsi-fungsi Suruhanjaya melainkan jika Yang di-Pertuan Agong memberi izin dengan cara bertulis untuk pengeluaran atau pendedahan yang sedemikian
Tiap-tiap ahli Suruhanjaya hendaklah mendapa perlindungan dan keistimewaan yang sedemikian dan yang sama dalam hal apa-apa tindakan atau guaman yang diambil terhadapnya bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya semasa bertindak dalam menyempurnakan tugasjawatannya sepertimana mengikut undang undang yang diberi kepada Majistret dalam menyempurnakan tugasjawatannya.
Mana-mana orang yang, berkaitan dengan sesuatu permohonan oleh mana-mana orang untuk men dapatkan pekerjaan atau perlantikan ke dalan perkhidmatan awam atau berkaitan dengan penjalana fungsi-fungsi oleh Suruhanjaya, dengan sengaj memberi apa-apa maklumat yang palsu ata
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN mengelirukan dalam mana-mana butiran yang material kepada Suruhanjaya atau mana-mana ahlinya atau kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik oleh Suruhanjaya bagi membantu menjalankan fungsi-fungsinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun atau denda dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
Tiada ahli Suruhanjaya mahu pun mana-mana orang lain boleh, tanpa kebenaran bertulis Yang di-Pertuan Agong, menerbitkan atau mendedahkan kepada mana-mana orang yang tak diberikuasa atau selainnya melainkan dalam menjalankan tugas, akan kandungan atau mana-mana bahagian kandungan mana-mana dokumen, perhubungan atau maklumat apa jua pun yang sampai pada pengetahuannya dalam menjalankan tugasnya sebagai ahli sedemikian berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penjalanan oleh Suruhanjaya akan mana-mana fungsinya, dan mana-mana orang yang diketahuinya bertindak dengan melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum penjara selama tempoh satu tahun atau denda satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang ada dalam milikannya apa-apa maklumat yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar seksyen ini menerbitkan atau memberitahu maklumat itu kepada mana-mana orang selain daripada untuk tujuan pendakwaan di bawah Akta ini, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum penjara selama tempoh satu tahun atau denda satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Tiap-tiap orang yang, selain daripada dalam menjalankan tugasnya, secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain dengan apa-apa cara mempengaruhi atau cuba mempengaruhi apa-apa keputusan Suruhanjaya atau mana-mana ahlinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjara selama tempoh dua tahun atau denda dua ribu ringgit atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana orang memberi perakuan atau surat perakuan kepada mana-mana pemohon atau calon untuk mana-mana jawatan awam atau menghalang mana-mana orang membekal apa-apa maklumat atau bantuan atas permintaan formal yang dibuat oleh Suruhanjaya.
Tiap-tiap ahli, pegawai dan pengkhidmat Suruhanjaya hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan.
Sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.
Saraan ahli-ahli Suruhanjaya yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah mengandungi gaji atau elaun tetap, elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan yang ditetapkan di dalamnya.
Gaji atau elaun tetap setiap ahli Suruhanjaya hendaklah—
dibayar secara bulanan pada hari terakhir setiap bulan, atau pada apa-apa hari lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
Seseorang yang boleh dibayar kepadanya apa-apa gaji di bawah Akta ini atau baginya gaji sebagai pemegang mana-mana jawatan lain peruntukan dibuat oleh mana-mana undang-undang bertulis lain, hendaklah berhak menerima hanya satu gaji sahaja, tetapi jika dia pemegang bagi dua jawatan atau lebih yang berkenaan dengannya gaji boleh dibayar sedemikian dan ada perbezaan dalam gaji-gaji yang boleh dibayar berkenaan dengan jawatan-jawatan itu, jawatan yang berkenaan dengannya gaji boleh dibayar kepadanya hendaklah dalam hal tersebut gaji tertinggi yang boleh dibayar .
Jumlah wang yang diperlukan untuk saraan yang boleh dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
Sehingga berkuatkuasanya Bahagian VII Perlembagaan Persekutuan jumlah wang yang dipertanggungkan oleh subseksyen (1) kepada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dipertanggungkan kepada dan dibayar daripada hasil Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui peraturan peraturan meminda Jadual.
JADUAL (Seksyen 10)
GAJI DAN ELAUN TETAP
Pengerusi:
Gaji ..
Sebulan
RM 8,603.10
$4,660
RM 7,284.20
$3,910
P. 4. (A) $ 1 6 2 / 0 2 $
P. U. (A) 162 / 02
Elaun Memangku:
Dalam keadaan Timbalan Pengerusi atau mana-mana ahli menjalankan fungsi-fungsi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi selama suatu tempoh melebihi dua puluh lapan hari, dia adalah berhak mendapat elaun memangku, setara dengan perbezaan antara gajinya atau elaun tetapnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan gaji jawatan yang dipangkunya.
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN
Ahli-ahli (tidak termasuk ahli-ahli ex-officio dan ahli-ahli yang dilantik dari kalangan Hakim berkhidmat):
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN POLIS
Ahli-ahli (tidak termasuk ahli-ahli ex-officio dan ahli-ahli yang dilantik dari kalangan Hakim berkhidmat): RM4,888.
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKANP.U.
162/021. Pengerusi: RM7,816.60Gaji .. .. .. ..
Elaun Memangku:
Dalam keadaan Timbalan Pengerusi atau mana-mana ahli menjalankan fungsi-fungsi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi selama suatu tempoh melebihi dua puluh lapan hari, dia adalah berhak mendapat elaun memangku, setara dengan perbèzaan antara gajinya atau elaun tetapnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan gaji jawatan yang dipangkunya.
ELAUN-ELAUN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN YANG TERPAKAI BAGI SEMUA SURUHANJAYA
ELAUN SARA HIDUP:
bagi tugas luar untuk suatu tempoh dua puluh empat jam dan lebih—
Malaysia Barat, Thailand (dari Phuket hingga ke arah selatannya) dan KalimantanSabah, Sarawak, Singapura dan BruneiPengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam$80 untuk setiap24 jam$100 untuk setiap24 jamPengerusi dan Timbalan Pengerusi semua Suruhanjaya Perkhidmatan kecuali Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam$60 untuk setiap24 jam$70 untuk setiap24 jamAhli-ahli semua Suruhanjaya Perkhidmatan$40 untuk setiap24 jam$50 untuk setiap24 jam
bagi tugas luar untuk suatu tempoh melebihi lapan jam tetapi kurang daripada dua puluh empat jam kadar-kadar bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli semua Suruhanjaya Perkhidmatan hendaklah separuh daripada kadar dalam subperenggan (a).
[Jadual]
12AKTA 393
PERBELANJAAN PENGINAPAN HOTEL:
MalaysiaSingapuraSabahBarat, Thailand (dari)dan Bruneidan SarawakPhukethingga ke-arah selatanya) danKalimantan
Pengerusi
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Awam dengan resit, perbelanjaan penginapan hotel sebenar dalam standard suite hendaklah dibayar ganti
$80 elaun$90 elaun$85 elaunpemalamanpemalamanpemalamansebagaisebagaisebagaigantigantigantitanpatanpatanparesitresitresit dengan resit, perbelanjaan penginapan hotel sebenar dalam bilik bujang hendaklah dibayar ganti
$70 elaun$80 elaun$75 elaunpemalamanpemalamanpemalamansebagaisebagaisebagaigantigantigantitanpatanpatanparesitresitresit
Ahli-ahli semua Suru-hanjaya Perkhid-matandengan resit, perbelan-jaan penginapan hotel sebenar tidak melebihi $100 hendaklah dibayar ganti atau $60 elaun pemalaman sebagai ganti tanpa resitdengan resit, perbelan-jaan penginapan hotel sebenar tidak melebihi $120 hendaklah dibayar ganti atau $72 elaun pemalaman sebagai ganti tanpa resitdengan resit, perbelan-jaan penginapan hotel sebenar tidak melebihi $110 hendaklah dibayar ganti atau $66 elaun pemalaman sebagai ganti tanpa resit
ELAUN PERJALANAN DENGAN KERETA/MOTOSIKAL:
(perjalanan dari rumah ke pejabat dikecualikan)
Kelas A1400 c.cdan keatasKelas B1000 c.cke1399 c.c.Kelas Cdi bawah1000 c.c(sen sekilometer)Untuk 500 kmpertama554135Atas 500 kmtetapi tidakmelebihi650 km513731Atas 650 kmtetapi tidakmelebihi800 km483529Atas 800 kmtetapi tidakmelebihi950 km393329Atas 950 kmtetapi tidakmelebihi1100 km383227Atas 1100 kmtetapi tidakmelebihi1250 km363227Atas 1250 kmtetapi tidakmelebihi1400 km353227Atas 1400 kmtetapi tidakmelebihi1550 km333126Atas 1550 kmtetapi tidakmelebihi1700 km333126Atas 1700km323024
KEMUDAHAN PERUBATAN:
Rawatan percuma sebagai pesakit luar untuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, ahli-ahli, suami atau isteri dan anak-anak mereka tetapi dalam hal dimasukkan ke hospital caj wad ikut hari boleh dibayar mengikut kadar yang boleh dicajkan bagi pegawai Divisyen 1 kecuali jika kemasukan ke hospital itu adalah disebabkan oleh kecederaan yang diperolehi dalam masa menjalankan tugas. Jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau ahli ialah seorang pesara dia bolehlah memilih untuk mendapatkan kemudahan perubatan yang disediakan untuk pesara.
"Kanak-Kanak" ertinya mana-mana kanak-kanak di bawah umur 21 tahun, dalam tanggungan Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau ahli atau mana-mana kanak-kanak dalam tanggungan yang sedang mengikuti ijazah pertama di sesuatu institusi pengajian tinggi dan termasuklah kanak-kanak terencat akal atau cacat anggota yang dalam halnya had umur tidaklah terpakai. Ia hendaklah juga termasuk anak tiri atau anak angkat yang diambil di bawah mana-mana undang-undang atau adat yang diiktiraf.
CUTI:
Tiga puluh hari cuti rehat berkenaan dengan setiap satu tahun genap perkhidmatan dengan Suruhanjaya hendaklah diberi.
ELAUN BULANAN PERUMAHAN:
Kuarters yang dilengkapkan bagi Kelas "B" atau "C" hendaklah diperuntukkan percuma atau jika tidak tinggal di kuarters elaun perumahan pada kadar berikut hendaklah dibayar—
Suruhanjaya Perkhidmatan AwamSuruhanjaya Perkhidmatan lainPengerusi$1,500$1,250Timbalan Pengerusi$1,000$750Ahli-Ahli$600$450
GANJARAN:
Ganjaran pada kadar satu bulan gaji atau satu bulan elaun tetap bagi setiap satu tahun genap perkhidmatan dan dengan perkadaran mana-mana bahagian daripadanya bagi tiap-tiap bulan genap perkhidmatan hendaklah dibayar—
pada ketika tamatnya tempoh perlantikan ahli tetapi jika seseorang ahli itu dilantik untuk lebih daripada satu penggal dia boleh memilih untuk sama ada dibayar pada
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN penghujung setiap penggal atau sehingga dia telah menghabiskan semua penggal (dalam keadaan mana pun dia hanya berhak kepada pengecualian daripada cukai pendapatan sekali sahaja); atau
kepada mana-mana tanggungannya sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong atau jika tiada tanggungan, dibayar kepada wakil peribadinya jika mati semasa masih memegang jawatan.
PENDAHULUAN UNTUK MEMBELI KENDERAAN BERMOTOR:
(kelayakan sekali tiap-tiap 4 tahun dan boleh dibayar dalam penggal ahli itu memegang jawatan, yang dalam masa mana pendahuluan itu diberi tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa).
Pengerusi Suruhanjaya $30,000
Perkhidmatan Awam
Pengerusi, Timbalan Pengerusi $28,000 dan ahli-ahli semua Suruhanjaya Perkhidmatan kecuali Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
ELAUN MESYUARAT:
(terpakai hanya kepada ahli-ahli ex-officio dan ahli-ahli yang dilantik dari kalangan Hakim berkhidmat)—
Hendaklah dibayar elaun sebanyak $75 sehari akan sebahagian daripadanya bagi menghadiri mesyuarat atau mesyuarat-mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana Jawatankuasa atau Lembaganya tertakluk kepada maksimum $1,000 dalam mana-mana satu bulan.
ELAUN PEMANDU:
(hanya jika pemandu bukan dalam perkhidmatan awam diambil kerja untuk sepenuh masa)—
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
elaun kerja lebih masa pada kadar yang sama seperti pemandu-pemandu dalam perkhidmatan awam
elaun sara hidup pemandu sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa
elaun pakaian seragam untuk 3 pasang pakaian seragam dan 2 pasang kasut setahun sebagaimana yang ditentukan kadarnya oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa
bayaran ex-gratia bagi penamatan perkhidmatan untuk selain daripada sebab-sebab tatatertib pada kadar 17 1/2% gaji bulan terakhirnya bagi setiap satu bulan genap perkhidmatan yang memuaskan selepas ditolak caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan faedah atasnya
Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi semua
Suruhanjaya Perkhid-matan kecuali Pengerusi
Suruhanjaya Perkhid-matan Awam
$250 sebulan
Ahli-ahli semua
Suruhanjaya Perkhidmatan
20 sen sekilometer ketika dalam tugas rasmi setakat maksimum $200 sebulan
PERJALANAN UDARA:
("dalam negeri" ertinya penerbangan dalam dan ke dan dari Brunei, Kalimantan, Malaysia, Singapura dan Thailand (dari Phuket hingga ke arah selatannya))—
Pengerusi semua Suruhanjaya Perkhidmatan dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Kelas Satu (bukan dalam negeri)
Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli semua Suruhanjaya Perkhidmatan kecuali Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Ekonomi (bukan dalam negeri)
Pengerusi dan Timbalan Kelas Satu
Pengerusi semua Suruhan-jaya Perkhidmatan (dalam negeri)
Ahli-ahli semua Ekonomi
Suruhanjaya Perkhidmatan (dalam negeri)
ELAUN BULANAN KERAIAN:
Suruhanjaya Perkhidmatan AwamSuruhanjaya Perkhidmatan lainPengerusi$1,600$1,200Timbalan Pengerusi$1,000$800Ahli-ahli$600$550
KERETA RASMI:
Pengerusi semua Suruhanjaya Perkhidmatan dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah diperuntukkan sebuah kereta rasmi sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
ELAUN PENYENGGARAAN RUMAH:
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah dibayar $1,000 setahun untuk penyenggaraan rumah.
BAYARAN AIR DAN ELEKTRIK:
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah berhak mendapat air dan elektrik secara percuma.
ELAUN ORANG GAJI:
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah berhak mendapat elaun orang gaji pada kadar $250×10-290×15-365, Elaun Khidmat Awam sebanyak $35 sebulan, caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan bayaran ex-gratia kepada orang gaji untuk penamatan perkhidmatan selain daripada sebab-sebab tatatertib pada kadar 17½% gaji bulan terakhirnya bagi setiap bulan genap perkhidmatan selepas dipotong caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan faedah atasnya.
Jika sebelum tamat tempoh perlantikan ahli Suruhanjaya ahli yang demikian terhenti menjadi ahli menurut kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, ahli itu hendaklah—
sebagai tambahan kepada ganjaran yang boleh dibayar di bawah butiran 7, dibayar ganjaran yang dikira mengikut butiran itu berkenaan dengan tempoh perlantikannya yang belum tamat itu seolah-olah dia telah berkhidmat sebagai ahli untuk tempoh yang belum tamat itu dan dibayar gaji atau elaun tetap, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengannya; dan dari tarikh dia terhenti menjadi ahli Suruhanjaya itu ke tarikh tamat perlantikannya, atau ke tarikh perlantikannya ke Suruhanjaya yang lain, mengikut mana-mana yang terdahulu.
Akta 393
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957 (Disemak—1989)
Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuatkuasa dari
Akta No. 9/ Akta Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) 1960 30-5-1957
1960
Akta A149 ... Akta Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) 1972 6-10-1972
Akta A166 ... Akta Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) 1973 1-1-1972
Akta A215 ... Akta Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) (No.2) 1973 30-8-1973 1-1-1974
Akta A468 ... Akta Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) 1979 1-1-1974 21-1-1975 1-7-1977
Akta A509 ... Akta Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) 1981 1-7-1980
P.U. (A) 98/ Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan Jadual Kedua) 1981 1-7-1980 1981
Akta A543 ... Akta Suruhanjaya Perkhidmatan (Pindaan) 1982 15-5-1981
P.U. (A) 180/ Peraturan-Peraturan Suru- 15-5-1981 82 hanjaya Perkhidmatan (Pindaan Jadual) 1982
20
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTIKAN
No. Tajuk
74 tahun 1957 Ordinan Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
---
p19
5
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.