Seksyen 1
(2)
Tiada apa pun dalam Akta ini boleh terpakai dalam mana-mana Negeri kepada orang-orang yang menganuti agama Islam sehingga Akta ini diterimapakai oleh undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan bagi Negeri itu, dan mana-mana undang-undang sedemikian boleh memperuntukkan bahawa—
(a)
tiada apa pun dalam Akta ini yang bertentangan dengan agama Islam atau adat orang-orang Melayu adalah terpakai kepada seseorang di bawah umur lapan belas tahun yang menganuti agama Islam dan yang bapanya menganuti atau telah menganuti pada tarikh kematiannya agama itu atau, dalam hal seseorang anak tak sah taraf, yang ibunya menganuti atau telah menganuti agama itu; dan
(b)
dalam hal mana-mana orang lain, peruntukan peruntukan Akta ini, setakat mana bertentangan dengan agama Islam, adalah terhenti terpakai kepada seseorang itu apabila dia menganuti agama Islam, jika pada tarikh penganutan itu dia telah genap umur lapan belas tahun atau, jika dia tidak genap umur itu, dia menganuti agama Islam dengan izin orang yang di bawah Akta ini adalah penjaga diri budak itu.