Skip to content
ActIn force

Akta Penjagaan Budak 1961

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1961
Sections
23
Languages
EN · MS

Akta Penjagaan Budak 1961 is Malaysia Act, cited as Act 351 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.

Front matterCover and publication detailsOpen

AKTA PARLIMEN

No. 13 tahun 1961

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur bagi Guardianship of Infants Act 1961. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai saih di bawah seksyen 7 (1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), ia bukannya perundangan.

Akta Parlimen

No. 13 Tahun 1961

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memperuntukkan Penjagaan Budak-Budak. [23hb Mac 1961.] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam parlimen, dan kuasa daripadanya, seperti berikut:
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penjagaan Budak 1961.

(2)

Tiada apa pun dalam Akta ini boleh terpakai dalam mana-mana Negeri kepada orang-orang yang menganuti agama Islam sehingga Akta ini diterimapakai oleh undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan bagi Negeri itu, dan mana-mana undang-undang sedemikian boleh memperuntukkan bahawa—

(a)

tiada apa pun dalam Akta ini yang bertentangan dengan agama Islam atau adat orang-orang Melayu adalah terpakai kepada seseorang di bawah umur lapan belas tahun yang menganuti agama Islam dan yang bapanya menganuti atau telah menganuti pada tarikh kematiannya agama itu atau, dalam hal seseorang anak tak sah taraf, yang ibunya menganuti atau telah menganuti agama itu; dan

(b)

dalam hal mana-mana orang lain, peruntukan peruntukan Akta ini, setakat mana bertentangan dengan agama Islam, adalah terhenti terpakai kepada seseorang itu apabila dia menganuti agama Islam, jika pada tarikh penganutan itu dia telah genap umur lapan belas tahun atau, jika dia tidak genap umur itu, dia menganuti agama Islam dengan izin orang yang di bawah Akta ini adalah penjaga diri budak itu.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika ada apa-apa yang tidak bersesuaian dalam konteks:

“budak” ertinya seseorang yang belum mencapai majoriti;

“Hakim” ertinya Hakim yang bersidang dalam Kamar;

"Mahkamah"ertinya Mahkamah Tinggi atau Hakim yang bersidang di Mahkamah terbuka.

(2)

(a)

Bagi maksud-maksud Akta ini—

(i)

tiap-tiap orang yang menganuti agama Islam hendaklah disifatkan telah mencapai majoriti apabila dia genap umur lapan belas tahun dan bukan sebelumnya; dan

(ii)

tiap-tiap orang lain hendaklah disifatkan telah mencapai majoriti apabila dia genap umur dua puluh satu tahun dan bukan sebelumnya.

(b)

Pada mengira umur seseorang hari pada mana dia dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh dan jika dia termasuk dalam subperenggan (i) perenggan (a) dia hendaklah disifatkan telah mencapai majoriti pada permulaan hari ulang tahun ke lapan belas, dan jika dia termasuk dalam subperenggan (ii) perenggan (a) pada permulaan hari ulang tahun kedua puluh satu.

PENJAGAAN BUDAK

Penjaga diri seseorang budak hendaklah menjaga diri budak itu dan hendaklah bertanggungjawab bagi tanggungan, kesihatan dan pelajarannya.

Tertakluk kepada hak-hak dan kuasa-kuasa manamana pemegang amanah atau wakil diri dengan siapa harta seseorang budak diletakhak, penjaga harta seseorang budak hendaklah mempunyai kawalan dan pengurusan atas harta budak itu, dan hendaklah memperlakukan dengannya sebagaimana seseorang yang berhemat biasa memperlakukan dengan hartanya sendiri, dan boleh, tertakluk kepada Akta ini, membuat semua tindakan yang munasabah dan berpatutan bagi penghasilan atau perlindungan harta budak itu.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 10 bapa seseorang budak hendaklah menjadi penjaga diri dan harta budak itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah atau Hakim boleh membuat perintah yang difikirkan layak tentang penjagaan budak itu, dan hak akses salah seorang ibu bapa, dan boleh mengubah atau membatalkan perintah itu pada bila-bila masa atas permohonan salah seorang ibu bapa.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 10, jika seseorang budak tidak mempunyai bapa yang masih hidup, ibu budak itu hendaklah menjadi penjaga diri dan hartanya:

Dengan syarat bahawa Mahkamah atau Hakim boleh melantik orang lain untuk menjadi penjaga diri dan harta budak itu, atau salah seorang daripada mereka untuk bertindak bersama dengan ibu budak itu.

Jika kedua ibu bapa seseorang budak telah meninggal dunia, penjaga menurut wasiat (jika ada) yang dilantik oleh ibu bapa yang akhir menakat hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 10, menjadi penjaga diri dan hartanya.

Jika kedua ibu bapa budak itu telah meninggal dunia tanpa melantik seorang penjaga menurut wasiat, mana-mana Majistret, kadi, penghulu, pegawai polis yang tidak di bawah pangkat Sarjan, mana-mana orang yang menjaga budak itu atau seorang dengan kuasa

M.U. 33/1947. Pelindung di bawah Ordinan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1947, boleh menyebabkan budak itu dibawa ke hadapan Mahkamah atau Hakim dan Mahkamah atau Hakim boleh melantik seorang penjaga diri dan harta budak itu atau salah seorang daripada mereka.

Perubahan perubahan kepada kuasa penjaga harta.

Mahkamah atau Hakim boleh, dalam melantik mana-mana penjaga harta seseorang budak, melalui perintah mentakrifkan, membataskan atau meluaskan kuasa dan kewibawaan penjaga dalam hubungan itu, setakat mana yang perlu bagi kebajikan budak itu.

Pemecatan penjaga.

Mahkamah atau Hakim boleh pada bila-bila masa memecat penjagaan mana-mana penjaga, sama ada seorang ibu bapa atau sebaliknya dan sama ada terhadap diri atau harta budak itu, dan boleh melantik dari semasa ke semasa seorang lain untuk menjadi penjaga menggantikannya.

Perkara-perkara untuk dipertimbangkan.

Mahkamah atau Hakim, dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh peruntukan-peruntukan yang terdahulu dalam Akta ini, hendaklah memberi perhatian utama kepada kebajikan budak itu dan hendaklah, jika budak itu mempunyai seorang ibu bapa atau kedua ibu bapa, menimbangkan kehendak ibu bapa itu atau kedua-dua mereka, mengikut mana yang berkenaan.

Mengemukakan budak.

Hakim boleh, bagi maksud mana-mana permohonan di bawah Akta ini, mengarahkan supaya mana-mana orang yang ternyata menjaga seseorang budak hendaklah mengemukakan budak itu dalam Kamar Hakim, atau di tempat lain yang dia tetapkan, dan dia boleh membuat perintah bagi jagaan dan perlindungan sementara budak itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

PENJAGAAN BUDAK

Jika seseorang budak meninggalkan atau dipindahkan daripada jagaan penjaganya yang sah, Mahkamah atau Hakim boleh perintah supaya dia dikembalikan kepada jagaan itu, dan bagi maksudmaksud menguatkuasakan perintah sedemikian, boleh mengarahkan seorang pegawai Mahkamah untuk mengambil budak itu dan menghantarserahkannya kepada jagaan penjaganya yang sah.

(1)

Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga harta seseorang budak dia hendaklah, melainkan jika Hakim memerintah sebaliknya, memberi jaminan dalam jumlah wang yang ditetapkan bagi perlaksanaan wajar tugas-tugasnya sebagai penjaga.

(2)

Jaminan sedemikian hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa yang berkenaan dalam hal penerima yang dilantik oleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik sedemikian hendaklah meluluskan akaun-akaunnya pada tempoh-tempoh yang mungkin diperintahkan, dan hendaklah membayar dalam mana-mana baki yang diperakui kena dibayar daripadanya ke dalam Mahkamah dengan cara yang ditetapkan dalam hal penerima-penerima.

(1)

Penjaga harta seseorang budak tidaklah boleh tanpa izin Mahkamah atau Hakim—

(a)

menjual, menggadai, menggadai-janji, menukar atau dengan cara lain berpisah dengan milikan harta alih atau tak alih budak itu; atau

(b)

memajak mana-mana tanah kepunyaan budak itu bagi tempoh yang melebihi satu tahun.

(2)

Mana-mana pelupusan harta seseorang budak yang berlanggaran dengan seksyen ini boleh diisytiharkan tak sah, dan atas pengisytiharan sedemikian, Hakim boleh membuat perintah yang ternyata dikehendaki bagi memulihkan harta yang dilupuskan itu kepada estet budak itu.

(3)

Mahkamah atau Hakim tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau patut bagi kepentingan budak itu.

Penjaga harta seseorang budak tidak boleh, melainkan dalam apa jua hal Mahkamah atau Hakim memerintah sebaliknya, diberi kuasa untuk memberi pelepasan yang baik bagi apa-apa legasi atau wang modal yang kena dibayar kepada atau akan diterima oleh seseorang budak.

(1)

Penjaga harta budak boleh membuat peruntukan munasabah daripada pendapatan dari harta itu bagi nafkah dan pelajarannya, dengan memberi perhatian kepada taraf kehidupannya; tetapi jumlah wang yang melebihi tiga ratus ringgit bagi sebulan tidak boleh digunakan tanpa izin Mahkamah atau Hakim.

(2)

Jika pendapatan dari harta budak itu yang berada dalam tangan penjaga adalah tidak mencukupi bagi maksud itu, atau wang dikehendaki bagi kemajuan budak itu, Hakim boleh perintah bahawa peruntukan bagi maksud itu dibuat daripada modal harta budak itu, dan bagi maksud itu boleh memberikuasa untuk menjual, menggadai atau menggadai-janji mana-mana bahagian harta budak itu dan memberi arahan-arahan mengenainya sebagaimana yang difikirkan perlu bagi kepentingan budak itu.

(1)

Jika ternyata bahawa, dengan memberi perhatian kepada taraf kehidupan seseorang budak dan nilai hartanya dan semua hal keadaan sesuatu kes, adalah suaimanfaat yang harta modal budak itu patut diadakan untuk nafkah, pelajaran atau kemajuannya dengan cara supaya mengelakkan belanja permohonan-permohonan kepada Mahkamah, Hakim bolehlah, dan bukannya melantik penjaga harta budak itu, perintah bahawa semua harta budak itu, dalam perihal apa jua pun, hendaklah diletakkan dalam tangan seorang yang dilantik oleh Hakim, dengan kuasa penuh untuk melaksanakan dan

PENJAGAAN BUDAK menggunakannya bagi maksud seperti yang disebutkan tadi dengan budi bicaranya yang tunggal dan tidak dikawal; dan dalam kes sedemikian resit orang yang dilantik itu adalah pelepasan yang baik kepada manamana orang yang membuat pembayaran atau pemindahan apa-apa harta kepadanya bagi pihak budak itu.

(2)

Mana-mana orang yang dilantik bolehlah diperintah oleh Mahkamah atau Hakim untuk mengemukakan akaun urusan-urusannya dengan estet budak itu.

(3)

Mahkamah atau Hakim boleh bagi apa-apa sebab yang mencukupi membatalkan mana-mana perintah, atau membatalkan mana-mana perlantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1), dan boleh melantik seorang lain dengan kuasa yang sama atau kuasa yang lebih atau kurang sebagaimana yang ternyata patut, atau boleh melantik penjaga harta budak itu.

Mana-mana penjaga bolehlah memohon kepada Hakim untuk pendapat, nasihat atau budi bicaranya dalam apa-apa soal berkenaan dengan pengurusan atau pentadbiran harta budak itu.

(1)

Tiada apa pun dalam Akta ini terpakai kepada apa-apa wang yang dibayar ke dalam mahkamah rendah kepada kredit seseorang budak dalam apa-apa tindakan atau prosiding mahkamah rendah, atau kepada apa-apa wang dalam mahkamah rendah yang diperintahkan untuk dipindahkan kepada kredit seseorang budak, tetapi yang sama hendaklah mengikut kaedah-kaedah mahkamah melainkan jika dalam mana-mana hal Mahkamah atau Hakim memerintah sebaliknya.

(2)

Dalam seksyen ini "mahkamah rendah" ertinya mana-mana mahkamah di bawah Mahkamah Agung.

12

Jawatankuasa Kaedah boleh membuat kaedah kaedah untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa-kuasa itu, boleh melalui kaedah-kaedah itu memperuntukkan cara bagaimana permohonan-permohonan kepada Mahkamah atau Hakim boleh dibuat dan pada umumnya bagi semua perkara prosedur dan perkara sampingan lain yang berbangkit daripada peruntukan-peruntukan Akta ini.

Ordinan Penjagaan Budak bagi Negeri-Negeri Selat adalah dengan ini dimansuhkan.

[Telah Mendapat Persetujuan Diraja pada 9hb Mac 1961.]

Seksyen 19

The most important point is that the main goal of the study is to understand the relationship between the type of food and the health of the population.

Common questions

What is Akta Penjagaan Budak 1961?
Akta Penjagaan Budak 1961 is Malaysia Act, cited as Act 351 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.
Is Akta Penjagaan Budak 1961 still in force?
Yes — Akta Penjagaan Budak 1961 is currently in force.
When did Akta Penjagaan Budak 1961 take effect?
Akta Penjagaan Budak 1961 was first recorded in 1961.
How many sections does Akta Penjagaan Budak 1961 have?
Akta Penjagaan Budak 1961 contains 23 sections.
Where can I read the official version of Akta Penjagaan Budak 1961?
The official text of Akta Penjagaan Budak 1961 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.