/akn/my/act/act/1961/60

AKTA KESAHTARAFAN 1961

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1961
Sections
17
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA KESAHTARAFAN 1961 is Malaysia Act, cited as Act 60 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.

Seksyen 060B

Open as pageSuggest a correction

fm Page 1 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH

MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

CAWANGAN KUALA LUMPUR

2006 2

Pertama kali diperbuat …

1961 (Akta No. 11

Tahun 1961)

Disemak …

1971 (Akta 60 m.b.p.

1 Januari 1972)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama …

1993

Cetakan Semula Yang Kedua

2001 060B.fm Page 2 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

3

Akta 60

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengesahtarafan anak yang lahir luar nikah. [Semenanjung Malaysia—23 Mac 1961; Sabah dan Sarawak—1 Januari 1972, P.U.(A)435/1971] Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“orang disahtarafkan” ertinya seseorang yang disahtarafkan oleh

Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini, iaitu—

(a)

Enakmen

Kesahtarafan

Negeri-Negeri

Melayu

Bersekutu [Bab 69];

Suggest a correction

(b)

Enakmen Kesahtarafan Negeri Johor [En. 19 tahun 1936]; dan

Suggest a correction

(c)

Ordinan Kesahtarafan Negeri-Negeri Selat [Bab 85];

“pemberian” ertinya jaminan bagi apa-apa kepentingan mengenai harta dengan apa-apa surat cara, sama ada inter vivos atau melalui wasiat;

“si mati tidak berwasiat” termasuklah seseorang yang meninggalkan wasiat tetapi mati tidak berwasiat tentang sebahagian daripada kepentingan benefisial mengenai harta pusakanya;

“tarikh pengesahtarafan” ertinya tarikh perkahwinan yang membawa kepada pengesahtarafan itu atau, jika perkahwinan itu 060B.fm Page 5 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

6

Undang-Undang Malaysia berlaku sebelum tarikh yang ditetapkan, ertinya tarikh yang ditetapkan;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya—

Suggest a correction

(a)

dalam hal Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, 1 Januari 1933;

Suggest a correction

(b)

dalam hal Negeri Johor, Melaka dan Pulau Pinang, 1

Julai 1936;

Suggest a correction

(c)

dalam hal Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan

Perlis, 23 Mac 1961; dan

Suggest a correction

(d)

dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak, 1 Januari 1972;

“wasiat” termasuklah kodisil.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Sebutan dalam Akta ini tentang Malaysia hendaklah ditafsirkan, berhubung dengan bila-bila masa sebelum Hari

Malaysia, sebagai sebutan tentang wilayah yang sekarang ini termasuk dalam Malaysia.

Syarat pemakaian Akta

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuat kuasa untuk mengesahtarafkan seseorang melainkan jika perkahwinan yang membawa kepada pengesahtarafan itu telah diupacarakan dan didaftarkan mengikut—

(a)

Ordinan Perkahwinan Sivil 1952 [Ord. 44 tahun 1952]*, atau Ordinan Perkahwinan Kristian 1956

[Ord. 33 tahun 1956]*;

Suggest a correction

(b)

Ordinan Perkahwinan Kristian [Bab 24]* atau

Ordinan Perkahwinan 1959 [Ord. 14 tahun 1959]*,

Sabah; atau

Suggest a correction

(c)

Ordinan Perkahwinan Gereja dan Sivil Sarawak [Bab 92]*, atau mana-mana Enakmen atau Ordinan yang dimansuhkan oleh mana-mana Ordinan yang tersebut itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta 164).

*CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh seksyen 109 Akta Membaharui

Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] melalui Akta A498

berkuat kuasa pada 15-08-1980 – lihat seksyen 23 Akta A498.

Suggest a correction

Seksyen 060B

Suggest a correction

fm Page 6 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

Kesahtarafan 7

(3)

Pengesahtarafan seseorang di bawah Akta ini tidak membolehkan orang itu atau suami atau isterinya, anaknya atau zuriat jauhnya mengambil apa-apa kepentingan mengenai harta kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata kemudian daripada ini dalam Akta ini.

Pengesahtarafan melalui perkahwinan kemudian ibu bapa

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada seksyen 3, jika ibu bapa orang tidak sah taraf mengahwini atau telah mengahwini satu sama lain, sama ada sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, perkahwinan itu hendaklah, jika bapa orang tidak sah taraf itu telah atau sedang berdomisil di Malaysia pada tarikh perkahwinan itu, menjadikan orang itu, jika hidup, sah taraf dari tarikh yang ditetapkan atau dari tarikh perkahwinan itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.

Seksyen 5

Perisytiharan kesahtarafan orang disahtarafkan

Open as pageSuggest a correction

(1)

Seseorang yang mendakwa bahawa dia atau ibu atau bapanya atau mana-mana leluhur jauhnya menjadi atau telah menjadi orang disahtarafkan boleh, sama ada dia berdomisil di

Malaysia atau di tempat lain, memohon melalui petisyen kepada

Mahkamah Tinggi meminta Mahkamah itu membuat suatu dekri yang mengisytiharkan bahawa pempetisyen itu anak sah taraf ibu bapanya, atau bahawa ibu atau bapanya atau leluhur jauhnya sah taraf; dan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan itu dan untuk membuat suatu dekri yang mengisytiharkan kesahtarafan atau ketidaksahtarafan orang itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh

Mahkamah itu; dan dekri itu hendaklah, bagi segala tujuan dan maksud, mengikat semua orang, tidak kira siapa jua.

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan afidavit yang menentusahkan fakta yang dikatakan dalamnya, dan dengan apa-apa bukti tentang ketiadaan fraud atau pakatan sulit, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah melalui apa-apa kaedah am.

Suggest a correction

(3)

Dalam segala prosiding di bawah seksyen ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa penuh untuk mengaward dan menguatkuasakan pembayaran kos kepada mana-mana orang yang dipanggil, sama ada orang itu menentang atau tidak 060B.fm Page 7 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

8

Undang-Undang Malaysia menentang perisytiharan yang dipohon itu, sekiranya Mahkamah tersebut mendapati munasabah kos itu dibayar.

Suggest a correction

(4)

Satu salinan bagi tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini, dan bagi afidavit yang disertakan bersamanya, hendaklah, tidak kurang daripada satu bulan sebelum pemfailannya, diserahkan kepada Peguam Negara yang hendaklah menjadi responden dalam pendengaran petisyen itu dan dalam tiap-tiap prosiding kemudiannya berhubungan dengannya.

Suggest a correction

(5)

Jika apa-apa permohonan dibuat kepada Mahkamah di bawah seksyen ini, orang itu (jika ada) selain Peguam Negara, yang difikirkan patut oleh Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, dipanggil untuk menghadiri prosiding atau selainnya disaman mengikut cara yang diarahkan oleh Mahkamah, dan boleh dibenarkan menjadi pihak kepada prosiding itu, dan menentang permohonan itu.

Suggest a correction

(6)

Dekri Mahkamah tidak boleh, bagaimanapun, memudaratkan mana-mana orang—

(a)

jika dibuktikan kemudiannya bahawa dekri itu telah didapati melalui fraud atau pakatan sulit; atau

Suggest a correction

(b)

melainkan jika orang itu telah dipanggil atau dijadikan pihak kepada prosiding itu atau waris di sisi undang-undang, waris kadim atau wakil harta tanah atau wakil diri yang lain kepada, atau mendapat hakmilik di bawah atau melalui, seseorang yang dipanggil atau dijadikan pihak sedemikian.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Tiada prosiding yang diadakan di bawah seksyen ini boleh menyentuh mana-mana penghakiman atau dekri muktamad yang telah diumumkan atau dibuat oleh mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa kompeten.

Suggest a correction

(8)

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh membuat kaedah-kaedah untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.

Hak orang disahtarafkan untuk mengambil kepentingan mengenai harta

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, orang disahtarafkan dan suami atau isterinya, anaknya atau zuriat lebih jauhnya berhak mengambil apa-apa kepentingan—

Suggest a correction

Seksyen 060B

Suggest a correction

fm Page 8 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

Kesahtarafan 9

(a)

mengenai harta pusaka seseorang yang mati tidak berwasiat y a n g m a t i s e l e p a s t a r i k h pengesahtarafannya;

Suggest a correction

(b)

di bawah apa-apa pemberian yang mula berkuat kuasa selepas tarikh pengesahtarafannya, mengikut cara yang sama seolah-olah orang disahtarafkan itu telah dilahirkan sah taraf.

Suggest a correction

(2)

Jika hak mengenai apa-apa harta bergantung kepada yang mana yang lebih tua antara anak mana-mana orang, dan anak ini termasuk seorang yang disahtarafkan atau lebih, orang disahtarafkan itu hendaklah diberi kedudukan seolah-olah dia atau mereka telah dilahirkan pada hari dia atau mereka menjadi sah taraf menurut kuasa Akta ini, dan jika lebih daripada seorang yang disahtarafkan sedemikian menjadi sah taraf pada masa yang sama mereka hendaklah diberi kedudukan, sesama mereka sendiri, mengikut siapa yang lebih tua.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini terpakai hanya jika dan setakat maksud yang bertentangan tidak dinyatakan dalam pemberian itu, dan hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada terma pemberian itu dan kepada peruntukan yang terkandung dalamnya.

Pewarisan apabila orang disahtarafkan dan zuriatnya mati tidak berwasiat

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Jika orang disahtarafkan atau anak atau zuriat jauh orang disahtarafkan mati tidak berwasiat berkenaan dengan mana-mana hartanya orang yang sama berhak mengambil kepentingan yang sama mengenai harta itu sebagaimana yang mereka akan berhak mengambilnya jika orang disahtarafkan itu telah dilahirkan sah taraf.

Seksyen 8

Pemakaian bagi orang tidak sah taraf yang mati sebelum perkahwinan ibu bapa

Open as pageSuggest a correction

Jika selepas tarikh yang ditetapkan dan sebelum perkahwinan ibu bapanya seseorang yang tidak sah taraf mati dengan meninggalkan suami atau isteri, anak atau zuriat jauh yang hidup pada tarikh perkahwinan itu, maka jika orang itu akan menjadi orang disahtarafkan sekiranya dia hidup pada masa perkahwinan ibu bapanya, peruntukan Akta ini berkenaan dengan pengambilan 060B.fm Page 9 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

10

Undang-Undang Malaysia kepentingan mengenai harta oleh, atau sebagai waris, suami atau isteri, anak dan zuriat jauh orang disahtarafkan hendaklah terpakai seolah-olah orang yang disebut terdahulu itu ialah orang disahtarafkan dan tarikh perkahwinan ibu bapanya ialah tarikh pengesahtarafannya.

Seksyen 9

Hak dan obligasi diri orang disahtarafkan

Open as pageSuggest a correction

Orang disahtarafkan hendaklah mempunyai hak yang sama dan obligasi yang sama berkenaan dengan nafkah dan sara hidup bagi dirinya atau mana-mana orang lain seolah-olah dia telah dilahirkan sah taraf, dan tertakluk kepada Akta ini, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi, pampasan, elaun, faedah atau selainnya oleh atau berkenaan dengan anak sah taraf hendaklah terpakai mengikut cara yang sama dalam hal orang disahtarafkan.

Seksyen 10

Peruntukan mengenai orang yang disahtarafkan oleh undang-undang luar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala peruntukan Akta ini berhubungan dengan orang disahtarafkan dan pengambilan kepentingan mengenai harta oleh atau sebagai waris kepada orang disahtarafkan dan suami atau isteri, anak dan zuriat jauh orang disahtarafkan hendaklah terpakai dalam hal seseorang yang diiktiraf telah disahtarafkan di bawah seksyen ini, atau yang akan, jika dia masih hidup selepas perkahwinan ibu bapanya, diiktiraf sedemikian; dan oleh itu Akta ini hendaklah berkuatkuasa seolah-olah sebutan dalamnya mengenai orang disahtarafkan termasuk seseorang yang diiktiraf sedemikian sebagai telah disahtarafkan.

Suggest a correction

Seksyen 060B

Suggest a correction

fm Page 10 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

Kesahtarafan 11 11

Hak anak tidak sah taraf dan ibu anak tidak sah taraf untuk mewarisi apabila salah seorang daripada mereka mati tidak berwasiat

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, seseorang anak tidak sah taraf, yang bukan orang disahtarafkan, mati tidak berwasiat berkenaan dengan kesemua atau mana-mana hartanya, ibunya, jika masih hidup, berhak mengambil apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang dia akan berhak mengambilnya jika anak itu dilahirkan sah taraf dan dia sahaja ibu atau bapa yang masih hidup.

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh penjalanan kuat kuasa atau pentafsiran mana-mana pemberian yang mula berkuat kuasa sebelum tarikh yang ditetapkan, atau menyentuh apa-apa hak di bawah keadaan kematian tidak berwasiat seseorang yang mati sebelum tarikh itu.

Seksyen 060B

Suggest a correction

fm Page 11 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

12

Akta 60

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U.(A)435/1971

Perintah Akta Kesahtarafan (Peluasan)

1971 01-01-1972

Akta 164

Akta

Membaharui

Undang-Undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 01-03-1982 060B.fm Page 12 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

13 13

Akta 60

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 3

Akta 164 01-03-1982 060B.fm Page 13 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

Common questions

What is AKTA KESAHTARAFAN 1961?
AKTA KESAHTARAFAN 1961 is Malaysia Act, cited as Act 60 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.
Is AKTA KESAHTARAFAN 1961 still in force?
Yes — AKTA KESAHTARAFAN 1961 is currently in force.
When did AKTA KESAHTARAFAN 1961 take effect?
AKTA KESAHTARAFAN 1961 was first recorded in 1961.
How many sections does AKTA KESAHTARAFAN 1961 have?
AKTA KESAHTARAFAN 1961 contains 17 sections.
Where can I read the official version of AKTA KESAHTARAFAN 1961?
The official text of AKTA KESAHTARAFAN 1961 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KESAHTARAFAN 1961 (No. 60) | mylaw.my