Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
6. Pindaan Jadual Ketiga
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Lembaga, meminda
Jadual Ketiga.
Tiada persatuan, badan atau pertubuhan boleh ditambah kepada, atau dibenarkan terus berada dalam, Jadual Ketiga melainkan jika kaedah-kaedahnya—
telah diluluskan oleh Menteri;
tidak mengandungi apa-apa perkara yang mudarat kepada kepentingan am perindustrian kayu; dan
membenarkan masuk sebagai anggotanya tiap-tiap orang yang dicadangkan untuk diwakili olehnya dan yang memohon masuk dan mengaku janji untuk mematuhi kaedah-kaedahnya.
Jika sesuatu persatuan yang diiktiraf meminda kaedah-kaedahnya sehingga menjejaskan keanggotaannya, ia hendaklah menyerahkan suatu salinan pindaan itu kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh pindaan itu dibuat.