Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
4. Keanggotaan Lembaga
Feedback & supportLembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi;
Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi;
Ketua Setiausaha Perbendaharaan;
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
Ketua Pengarah daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia;
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia;
Ketua Pengarah;
seorang wakil setiap satu daripada tidak lebih daripada lima
Negeri sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
wakil daripada persatuan yang diiktiraf yang hendaklah dilantik sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 5;
dan
tidak lebih daripada dua orang yang pada pendapat Menteri boleh memberi sumbangan kepada kemajuan perindustrian kayu Malaysia.
Terma dan syarat pelantikan Pengerusi dan saraannya hendaklah ditentukan oleh Menteri.