/akn/my/act/act/1974/145

AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1974
Sections
17
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974 is Malaysia Act, cited as Act 145 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan berkenaan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran Politeknik Ungku Omar, dan bagi perkara lain berhubungan dengannya. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Politeknik Ungku Omar 1974 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengelola Politeknik Ungku Omar yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“Lembaga Pengajian” ertinya Lembaga Pengajian Politeknik yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;

“Pengetua” ertinya Pengetua Politeknik yang dilantik di bawah seksyen 16.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 145 6

Seksyen 3

Penubuhan Politeknik

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada kelulusan Menteri, Politeknik boleh mengadakan pengajian dan latihan dalam bidang teknologi dan perdagangan dan apa-apa pengajian dan latihan lain sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga.

Arahan oleh Menteri

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh mengeluarkan arahan kepada Lembaga yang selaras dengan peruntukan Akta ini berkenaan dengan dasar yang hendaklah diikuti oleh Politeknik dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu.

Seksyen 5

Penubuhan Lembaga Pengelola

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada lima belas orang ahli lain yang dilantik oleh

Menteri dan hendaklah termasuk wakil daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi dan ahli lain yang dilantik mengikut nama hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan itu.

Suggest a correction

(4)

Seseorang ahli Lembaga boleh meletakkan jawatan daripada

Lembaga melalui notis bertulis yang bermaksud sedemikian yang dialamatkan kepada Pengerusi, dan dari tarikh notis itu diterima oleh Pengerusi ahli itu terhenti daripada menjadi ahli.

Politeknik Ungku Omar 7

Suggest a correction

(5)

Jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat

Lembaga, ahli yang hadir hendaklah melantik di antara mereka seorang Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.

Suggest a correction

(6)

Lembaga boleh memberikan kebenaran untuk tidak hadir kepada mana-mana ahli Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Seseorang ahli yang tidak menghadiri mesyuarat Lembaga empat kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran untuk tidak hadir daripada Lembaga hendaklah dianggap telah meletakkan jawatan daripada Lembaga.

Suggest a correction

(8)

Jika sesuatu kekosongan berlaku disebabkan oleh kematian, peletakan jawatan, pembatalan pelantikan atau selainnya, kekosongan itu hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri dan orang itu hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh jawatan ahli yang dia dilantik bagi menggantikannya itu.

Fungsi Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Fungsi Lembaga hendaklah termasuk menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan wajar bagi pengelolaan, pengawalan dan pentadbiran Politeknik dan aset Politeknik dan, khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu, hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

tertakluk kepada seksyen 11, membenarkan perbelanjaan yang sesuai dan perlu dalam takat kumpulan wang yang ada bagi Politeknik;

Suggest a correction

(b)

menyediakan laporan tahunan mengenai perjalanan

Politeknik dan pernyataan tahunan yang dikehendaki oleh

Akta ini atau oleh apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;

Suggest a correction

(c)

melantik kakitangan akademik dan bukan akademik dan selain daripada itu melantik penasihat yang difikirkan perlu atau dikehendaki oleh Lembaga, tertakluk kepada

Undang-Undang Malaysia

AKTA 145 8

apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Menteri;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peraturan-peraturan mengenai perkara yang berhubungan dengan pengurusan akademik Politeknik dan khususnya yang berhubungan dengan kelayakan yang perlu bagi kemasukan ke Politeknik, kursus pengajaran, tempoh kursus dan mengawardkan sijil;

Suggest a correction

(e)

mengadakan peraturan mengenai perkara yang berhubungan dengan—

Suggest a correction

(i)

tatacara mengenai mesyuarat Lembaga dan Lembaga

Pengajian;

(ii)

penubuhan, keanggotaan, kuasa dan fungsi

Jawatankuasa Penasihat dan apa-apa Jawatankuasa lain yang dilantik dengan sepatutnya di bawah peruntukan Akta ini dan tatacara mengenai mesyuarat Jawatankuasa itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(f)

mengadakan skim pencen, persaraan atau kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjanya atau mana-mana bahagian daripada pekerja itu dan membuat perkiraan bagi mengadakan apa-apa skim yang diluluskan oleh Menteri;

Suggest a correction

(g)

mengadakan peraturan dan peruntukan mengenai kebajikan dan tatatertib kakitangan akademik dan bukan akademik dan penuntut;

Suggest a correction

(h)

menetapkan apa-apa bayaran yang boleh dari semasa ke semasa ditetapkan melalui peraturan.

Setiausaha Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 8

Kuorum

Open as pageSuggest a correction

(2)

Setengah daripada ahli yang dilantik hendaklah menjadi suatu kuorum.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah mempunyai undi asal dan, jika terdapat bilangan undi sama banyak, dia boleh memberikan undi kedua atau undi pemutus.

Kuasa Lembaga untuk membuat kontrak dan memegang harta

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh memperoleh dan memegang apa-apa harta alih atau harta tak alih yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini, dan bagi maksud yang sama boleh menjual, memajak, menggadaijanjikan, atau dengan cara lain melupuskan apa-apa harta yang diperoleh sedemikian.

Penubuhan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dari semasa ke semasa dipinjamkan kepada Lembaga oleh Kerajaan;

Suggest a correction

(c)

wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang itu;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 145 10

Suggest a correction

(d)

semua jumlah wang atau harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada Lembaga atau diletakhakkan pada Lembaga mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan kuasa dan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

apa-apa pemberian sukarela kepada Lembaga atau kepada

Politeknik.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Semua wang yang dibayar kepada Lembaga atau Politeknik hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Politeknik bagi segala atau mana-mana daripada maksud Politeknik mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri.

Suggest a correction

(4)

Menjadi kewajipan Lembaga untuk menyenggara Kumpulan

Wang itu dengan menjalankan dan melaksanakan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya dapat memastikan jumlah hasil Lembaga mencukupi untuk menampung semua jumlah wang yang kena dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya.

Suggest a correction

(5)

Kumpulan Wang itu boleh diletakkan sebagai deposit dengan suatu bank dalam Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989

[Akta 372] atau dilaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh

Menteri Kewangan.

Anggaran Tahunan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap

Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu hendak dibentangkan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan itu dan hendaklah mengizinkannya sama ada tanpa perubahan atau tertakluk kepada apa-apa perubahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Politeknik Ungku Omar 11

Suggest a correction

(4)

Anggaran itu sebagaimana yang diizinkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri dan Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam tempoh satu bulan selepas anggaran itu diterima, tidak membenarkan anggaran itu, atau mana-mana bahagian daripadanya, dan mengembalikannya untuk dipinda.

Suggest a correction

(5)

Jika anggaran itu dikembalikan sedemikian oleh Menteri,

Lembaga hendaklah bertindak segera untuk meminda anggaran itu dan hendaklah mengemukakan semula anggaran yang dipinda sedemikian itu kepada Menteri.

Suggest a correction

(6)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa dalam tahun yang baginya anggaran itu telah diizinkan, mengarahkan supaya anggaran tambahan disediakan dan dikemukakan kepadanya.

Suggest a correction

(7)

Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah ditimbang dan diizinkan oleh Lembaga dan hendaklah dikemukakan kepada Menteri, dan, jika perlu, dipinda dan dikemukakan semula seolah-olah anggaran itu adalah suatu anggaran yang asal.

Suggest a correction

(8)

Lembaga tidak boleh melakukan perbelanjaan melainkan dengan mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh Menteri.

Audit

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akaun yang telah diaudit, bersama dengan apa-apa pandangan yang dibuat ke atasnya oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1), hendaklah dikemukakan kepada Lembaga pada mesyuaratnya yang akan datang.

Laporan tahunan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 April pada setiap tahun mengarahkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti Politeknik dalam masa tahun kewangan yang terdahulu dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Politeknik sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 145 12

Seksyen 14

Penggunaan meterai perbadanan

Open as pageSuggest a correction

Pengetua dan tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat cara kecuali di hadapan Pengerusi atau di hadapan seseorang anggota Lembaga dan Pengetua yang akan menandatangani nama mereka pada surat cara itu sebagai tanda kehadiran mereka.

Seksyen 15

Penubuhan Lembaga Pengajian

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pengajian Politeknik dan menjadi kewajipannya untuk menasihati Lembaga mengenai perkara akademik mengikut peruntukan Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.

Seksyen 16

Pelantikan, kuasa dan kewajipan Pengetua

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengetua hendaklah menjadi ahli ex-officio bagi Lembaga dan juga menjadi Pengerusi bagi Lembaga Pengajian.

Suggest a correction

(3)

Pengetua hendaklah menjadi ketua pegawai pentadbir dan akademik Politeknik dan hendaklah bertanggungjawab kepada

Lembaga—

(a)

bagi pentadbiran Politeknik yang sempurna mengikut dasar

Lembaga;

Suggest a correction

(b)

bagi pengurusan akademik Politeknik mengikut dasar

Lembaga;

Suggest a correction

(c)

bagi penguatkuasaan yang sempurna akan peraturan-peraturan dan undang-undang kecil;

Suggest a correction

(d)

bagi kebajikan dan tatatertib kakitangan akademik dan bukan akademik dan juga penuntut Politeknik, dan bagi maksud itu Pengetua, hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mempunyai segala kuasa yang perlu atau suai manfaat.

Politeknik Ungku Omar 13

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut:

(b)

perkara yang berhubungan dengannya undang-undang kecil boleh dibuat oleh Lembaga; dan

Suggest a correction

(c)

penyediaan, pengauditan dan pengemukaan kepada Menteri akan anggaran, belanjawan, pernyataan dan penyata.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 145 14

Akta 145

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

—TIADA—

Politeknik Ungku Omar 15

Akta 145

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Suggest a correction
Suggest a correction

Common questions

What is POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974?
AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974 is Malaysia Act, cited as Act 145 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.
Is POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 still in force?
Yes — POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 is currently in force.
When did POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 take effect?
POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 was first recorded in 1974.
How many sections does POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 have?
POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 contains 17 sections.
Where can I read the official version of POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974?
The official text of POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974 (No. 145) | mylaw.my