Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Pertukaran Nama) 1975.
/akn/my/act/act/1975/162
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA (PERTUKARAN NAMA) 1975 is Malaysia Act, cited as Act 162 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Pertukaran Nama) 1975.
Tafsiran
“Akta Pemerbadanan” ertinya Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 47 tahun 1965];
“Perbadanan” ertinya Persatuan Palang Merah Malaysia yang ditubuhkan sebagai suatu pertubuhan perbadanan menurut seksyen 3 Akta Pemerbadanan.
Pertukaran nama
Pertukaran nama yang diperuntukkan oleh subseksyen (1)
tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi Perbadanan atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa oleh atau terhadapnya; dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum
Akta ini mula berkuat kuasa boleh diteruskan atau dimulakan di bawah nama barunya.
Penggunaan lambang dan perkataan
Undang-Undang Malaysia
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, seksyen 10 Akta
Pemerbadanan hendaklah terhenti berkuat kuasa, dan hak yang terletak hak pada Perbadanan oleh seksyen itu untuk menggunakan lambang palang merah yang berlatar belakang warna putih dan perkataan “Red Cross” dan “Geneva Cross” hendaklah terhenti terletak hak pada Perbadanan, dan Perbadanan hendaklah terhenti menggunakan lambang dan perkataan itu.
Larangan penggunaan lambang tanpa kebenaran
Jika mana-mana orang melanggar subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit; dan apa-apa barang yang padanya atau berkaitan dengannya lambang atau perkataan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah digunakan boleh dilucuthakkan.
Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)
Jika sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau dibiarkan oleh mana-mana pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu, maka pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain itu dan juga pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh didakwa dan dihukum dengan sewajarnya.
JADUAL
Lambang
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 162
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-8-1975
(Ringgit) 1975
Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)
9
Akta 162
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 5
Akta 160 29-08-1975