Skip to content

Seksyen 5

Larangan penggunaan lambang tanpa kebenaran

of Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975

ActIn forceProvision 5 of 5
Seksyen 5
(1)

Tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang, selain daripada Perbadanan dan kakitangannya, pegawai dan ahlinya, untuk menggunakan bagi maksud perdagangan atau perniagaannya, atau bagi apa-apa jua maksud lain, dalam

Persekutuan tanpa kebenaran Menteri, lambang bulan sabit merah yang berlatar belakang warna putih, sebagaimana yang digambarkan dalam Jadual, dan perkataan “Bulan Sabit Merah” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “Red Crescent”.

(2)

Jika mana-mana orang melanggar subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit; dan apa-apa barang yang padanya atau berkaitan dengannya lambang atau perkataan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah digunakan boleh dilucuthakkan.

Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)

(3)

Jika sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau dibiarkan oleh mana-mana pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu, maka pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain itu dan juga pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh didakwa dan dihukum dengan sewajarnya.