Skip to content

Seksyen 4

Penggunaan lambang dan perkataan

of Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975

ActIn forceProvision 4 of 5
Seksyen 4
(1)

Tanpa menjejaskan hak orang lain, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, hak untuk menggunakan lambang bulan sabit merah yang berlatar belakang warna putih, sebagaimana yang digambarkan dalam Jadual, dan perkataan “Bulan Sabit Merah” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “Red Crescent”, hendaklah terletak hak pada

Perbadanan, dan Perbadanan hendaklah menggunakan lambang itu.

(2)

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, seksyen 10 Akta

Pemerbadanan hendaklah terhenti berkuat kuasa, dan hak yang terletak hak pada Perbadanan oleh seksyen itu untuk menggunakan lambang palang merah yang berlatar belakang warna putih dan perkataan “Red Cross” dan “Geneva Cross” hendaklah terhenti terletak hak pada Perbadanan, dan Perbadanan hendaklah terhenti menggunakan lambang dan perkataan itu.