Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Pertukaran Nama) 1975.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 is Malaysia Act, cited as Act 162 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 162
AKTA PERSATUAN PALANG
MERAH MALAYSIA
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006
2
Undang-Undang Malaysia
AKTA PERSATUAN PALANG MERAH
MALAYSIA (PERTUKARAN NAMA) 1975
Tarikh Perkenan Diraja
…
…
…
…
21 Ogos 1975
Tarikh penyiaran dalam Warta
…
…
…
4 September 1975
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1998
Cetakan Semula Yang Kedua
… … … … 2001
Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)
3
Akta 162
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Pertukaran Nama) 1975.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta Pemerbadanan” ertinya Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 47 tahun 1965];
“Perbadanan” ertinya Persatuan Palang Merah Malaysia yang ditubuhkan sebagai suatu pertubuhan perbadanan menurut seksyen 3 Akta Pemerbadanan.
Pertukaran nama
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, Perbadanan hendaklah dikenali sebagai “Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “the Malaysian Red Crescent Society”;
dan semua sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Perbadanan hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
6
Undang-Undang Malaysia
Pertukaran nama yang diperuntukkan oleh subseksyen (1)
tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi Perbadanan atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa oleh atau terhadapnya; dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum
Akta ini mula berkuat kuasa boleh diteruskan atau dimulakan di bawah nama barunya.
Penggunaan lambang dan perkataan
Tanpa menjejaskan hak orang lain, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, hak untuk menggunakan lambang bulan sabit merah yang berlatar belakang warna putih, sebagaimana yang digambarkan dalam Jadual, dan perkataan “Bulan Sabit Merah” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “Red Crescent”, hendaklah terletak hak pada
Perbadanan, dan Perbadanan hendaklah menggunakan lambang itu.
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, seksyen 10 Akta
Pemerbadanan hendaklah terhenti berkuat kuasa, dan hak yang terletak hak pada Perbadanan oleh seksyen itu untuk menggunakan lambang palang merah yang berlatar belakang warna putih dan perkataan “Red Cross” dan “Geneva Cross” hendaklah terhenti terletak hak pada Perbadanan, dan Perbadanan hendaklah terhenti menggunakan lambang dan perkataan itu.
Larangan penggunaan lambang tanpa kebenaran
Tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang, selain daripada Perbadanan dan kakitangannya, pegawai dan ahlinya, untuk menggunakan bagi maksud perdagangan atau perniagaannya, atau bagi apa-apa jua maksud lain, dalam
Persekutuan tanpa kebenaran Menteri, lambang bulan sabit merah yang berlatar belakang warna putih, sebagaimana yang digambarkan dalam Jadual, dan perkataan “Bulan Sabit Merah” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “Red Crescent”.
Jika mana-mana orang melanggar subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit; dan apa-apa barang yang padanya atau berkaitan dengannya lambang atau perkataan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah digunakan boleh dilucuthakkan.
Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)
Jika sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau dibiarkan oleh mana-mana pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu, maka pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain itu dan juga pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh didakwa dan dihukum dengan sewajarnya.
JADUAL
Lambang
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 162
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-8-1975
(Ringgit) 1975
Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)
9
Akta 162
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 5
Akta 160 29-08-1975
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.