Skip to content

Seksyen 4

of Akta Badan Pencegah Rasuah 1982

ActRepealedProvision 3 of 11

Seksyen 4

(1)

Maka hendaklah dilantik beberapa orang pegawai Badan dan dari sesuatu kelas atau gred, sebagaimana yang difikirkan perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(2)

Semua pegawai Bacan adalah anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

(2)

Bagi maksud-maksud Akta ini, Akta Pencegah Rasuah 1961 dan mana-mana undang-undang yang ditetapkan, seseorang pegawai Badan hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai polis dan hendaklah mempunyai segala kuasa dan imuniti pegawai tersebut yang dilantik di bawah Akta Polis 1967, dan Kanun Prosedur Jenayah dan mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(2)

Ketua Pengarah Badan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam suratcara perlantikannya.