Skip to content

Seksyen 6

of Akta Badan Pencegah Rasuah 1982

ActRepealedProvision 6 of 11

Seksyen 6

(1)

Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan mana-mana undang-undang bertulis yang mengenainya peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

BADAN PENCEGAH RASUAH

(2)

Dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau dalam sesuatu perintah yang kemudiannya, Menteri boleh menyatakan bahawa seseorang pegawai Badan dari sesuatu kelas atau gred hendaklah dikira bagi maksud undang-undang itu sebagai setaraf dengan seseorang pegawai dari sesuatu kelas atau gred di bawah undang-undang yang ditetapkan itu.