Skip to content

Seksyen 7

of Akta Badan Pencegah Rasuah 1982

ActRepealedProvision 7 of 11

Seksyen 7

(1)

Tiap-tiap pegawai Badan apabila bertindak di bawah Akta Pencegah Rasuah 1961 atau mana-mana undang-undang yang ditetapkan hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya ia bertindak itu atau yang daripadanya ia meminta apa-apa maklumat apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Badan supaya dibawa oleh pegawai itu.

(2)

Maka tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh seseorang pegawai Badan yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah mana-mana undang-undang seperti tersebut di atas jika pegawai itu enggan menyatakan jawatannya dan enggan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu.