Seksyen 11
Had masa bagi tuntutan pampasan
ActIn forceProvision 11 of 14
Seksyen 11
(1)
Tiap-tiap tuntutan bagi pampasan di bawah subseksyen 10(3) hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan, dalam tempoh enam bulan selepas tanah, laut, perairan pasang surut atau pantai, mengikut mana yang berkenaan, yang dibuat tuntutan telah digunakan sebagai kawasan tembak bagi maksud manuver tentera menurut kuasa suatu pengisytiharan di bawah Akta ini.
(2)
Tiada apa-apa pampasan boleh diberi bagi apa-apa bangunan yang didirikan atau mula didirikan selepas kaedah-kaedah di bawah seksyen 12 ditampalkan.