Skip to content

Seksyen 10

Pampasan bagi kerosakan

of Akta Manuver Tentera 1983

ActIn forceProvision 10 of 14
Seksyen 10
(1)

Pampasan sepenuhnya handaklah dibayar bagi apa-apa kerosakan kepada orang atau harta atau gangguan kepada hak atau keistimewaan yang berbangkit dari penguatkuasaan mana-mana peruntukan Akta ini sama ada atau tidak disebabkan oleh perbuatan atau kemungkiran angkatan yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu, termasuk juga dalam pampasan itu semua perbelanjaan yang dilakukan secara berpatutan bagi melindungi orang, harta, hak dan keistimewaan, dan apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh berat yang berlebihan atau trafik luar biasa ke atas mana-mana lebuh raya bagi membaikinya, suatu badan awam atau orang perseorangan adalah bertanggungjawab.

(2)

Pampasan hendaklah dibayar kepada semua orang yang menghantar tuntutan mereka kepada Ketua Setiausaha Kementerian

Pertahanan di bawah subseksyen 5(2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau, jika tiada notis tersebut, dalam tempoh enam bulan dari tarikh tamatnya manuver tentera itu.

(3)

Sebagai tambahan kepada apa-apa pampasan dengan kerosakan yang boleh diawardkan pampasan di bawah subseksyen

(2)

, pampasan hendaklah juga dibayar kepada pemunya atau penduduk tanah atau kedua-duanya mengenai tanah dalam sesuatu kawasan tembak ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang berbangkit dari tanah yang dipunyai atau diduduki oleh mereka yang diisytiharkan dan digunakan sebagai kawasan tembak di bawah Akta ini.

10

Undang-Undang Malaysia

(4)

Pampasan itu hendaklah, melainkan jika dipersetujui selainnya, dibayar sebagai sewa tahunan yang kena dibayar kepada setiap orang yang berhak mendapat pampasan itu selagi tanah yang dibayar pampasan itu terus menjadi kawasan tembak.

(5)

Amaun pampasan adalah sebagaimana yang dipersetujui antara ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan pihak menuntut, dan jika amaun pampasan tidak dapat diputuskan melalui perjanjian, tuntutan itu hendaklah dikemukakan kepada Pemungut bagi daerah itu dan Pemungut hendaklah selepas menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya patut, menetapkan amaun pampasan yang kena dibayar.

(6)

Mana-mana pihak menuntut yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pemungut boleh, tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh keputusan itu, merujukkan perkara itu kepada timbang tara mengikut peruntukan undang-undang timbang tara yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.