Seksyen 5
Notis Manuver Tentera
Apabila bilangan askar yang akan mengambil bahagian dalam sesuatu manuver tentera itu melebihi seribu orang notis dalam
Borang A hendaklah diberi kepada Kerajaan Negeri, yang kemudiannya akan memberitahu Pihak Berkuasa Negeri, sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh yang dicadangkan untuk menjalankan manuver tentera itu, dengan menyatakan tarikh permulaan manuver tentera itu dan tempoh menuver tentera itu akan dijalankan yang tidak melebihi tiga bulan, dan sempadan kasar kawasan manuver tentera tersebut.
(2)
Notis itu hendaklah juga menyatakan suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada satu bulan dari tarikh tamatnya menuver tentera itu untuk menghantar tuntutan pampasan yang berbangkit daripada penguatkuasaan mana-mana peruntukan Akta ini kepada Ketua
Setiausaha Kementerian Pertahanan.
(3)
Kerajaan Negeri hendaklah menyebabkan salinan notis itu ditampalkan di setiap kampung dan di tempat lain yang sesuai dalam
Manuver Tentera
7
kawasan yang tersebut dalam notis itu, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh yang dinyatakan bagi permulaan manuver tentera itu.