PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
/akn/my/act/act/1994/514
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 is Malaysia Act, cited as Act 514 1994, currently marked in force and first recorded in 1994.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan pemakaian
Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah terpakai bagi semua tempat kerja di seluruh Malaysia termasuk dalam perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.
10
Undang-Undang Malaysia
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini terpakai bagi pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Undang-undang yang mengatasi
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan yang bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai digantikan.
Tafsiran
keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 11
ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu; dan
kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan;
“kecederaan badan yang serius” ertinya apa-apa kecederaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
“kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu Negeri atau kerajaan tempatan;
“kesatuan sekerja” ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959
[Akta 262];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);
“kontraktor” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan seorang prinsipal untuk menjalankan keseluruhan atau sebahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh prinsipal itu dalam penjalanan atau bagi maksud perdagangan, perniagaan, profesion atau pengusahaan prinsipal itu;
“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah suatu kontrak perantisan;
“loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan, disambungkan atau diperlengkapkan padanya;
12
Undang-Undang Malaysia
“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai pekerja;
“Majlis” ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“orang berlesen” ertinya seseorang yang diberikan lesen di bawah subseksyen 7A(1);
“orang kompeten” ertinya orang kompeten yang berdaftar di bawah seksyen 31C;
“orang yang bekerja sendiri” ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan atau ganjaran selain daripada di bawah kontrak perkhidmatan, sama ada atau tidak dia sendiri mengambil kerja orang lain;
“pegawai” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(1)
atau (3);
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan;
“pembekalan”, berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewa-beli, sama ada sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“penghuni”, berhubungan dengan tempat kerja, ertinya seseorang yang menguruskan atau mengawal tempat kerja;
“penyedia latihan berdaftar” ertinya penyedia latihan yang berdaftar di bawah seksyen 31C;
“perakuan kelayakan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27D;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13
“perkhidmatan kesihatan pekerjaan” termasuklah perkhidmatan bagi perlindungan kesihatan pekerja semasa bekerja, bagi penggalakan kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja, dan juga bagi pencegahan penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kemalangan;
“premis” termasuklah—
apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atas mana-mana air; dan
mana-mana khemah atau struktur boleh alih;
“prinsipal” ertinya mana-mana orang yang dalam penjalanan atau bagi maksud perdagangan, perniagaan, profesion atau pengusahaannya membuat kontrak dengan seorang kontraktor untuk pelaksanaan oleh atau di bawah kontraktor itu keseluruhan atau sebahagian daripada apa-apa kerja yang diusahakan oleh prinsipal itu;
“tempat kerja” ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan.
Bagi maksud Akta ini, risiko yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaitan dengan cara suatu pengusahaan dijalankan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana-mana bahagiannya.
Bagi maksud Akta ini—
“kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja sendiri;
14
Undang-Undang Malaysia
seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat kerjanya tetapi tidak selainnya;
dan
orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang ditumpukannya kepada kerja sebagai seorang yang bekerja sendiri.
Tujuan Akta
Tujuan Akta ini adalah—
untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 15
Bahagian II
ORANG BERLESEN
Pelantikan pegawai, dsb.
Ketua Pengarah bagi maksud menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini; dan
apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah,
Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.
Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan jawatannya, kuasa atau kewajipan itu hendaklah dijalankan atau dilaksanakan oleh
Timbalan Ketua Pengarah.
Menteri boleh melantik mana-mana pegawai awam daripada mana-mana skim perkhidmatan selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1) untuk menjadi pegawai bagi semua atau mana-mana maksud Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam instrumen pelantikan.
Tertakluk pada apa-apa batasan sebagaimana yang ditetapkan, pegawai yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan subseksyen (3)
hendaklah melaksanakan semua kewajipan yang diberikan, dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan, kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini, dan tiap-tiap kewajipan yang dilaksanakan dan kuasa yang dijalankan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dan dijalankan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini.
16
Undang-Undang Malaysia
Pegawai yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan subseksyen (3) hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.
Pelantikan badan pemeriksaan bebas
Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun, fee atau bayaran ganti yang ditentukan oleh Menteri.
Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.
Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1), hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Perakuan pemberikuasaan
Dalam hal Ketua Pengarah, perakuan pemberikuasaannya hendaklah dikeluarkan oleh Menteri.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 17
Pelantikan orang berlesen, dsb.
Menteri boleh, bagi maksud subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), membuat perintah yang disiarkan dalam Warta bagi maksud yang berikut:
untuk menetapkan kelayakan dan standard kekompetenan orang yang akan diambil kerja oleh orang berlesen;
untuk menetapkan kuasa orang yang diambil kerja oleh orang berlesen untuk menjalankan fungsi orang berlesen;
untuk menetapkan penyata yang hendaklah dikemukakan oleh orang berlesen kepada Ketua Pengarah pada lat-lat tempoh tertentu;
untuk mengawal selia pemeriksaan oleh Ketua Pengarah terhadap premis orang berlesen dan rekod yang disimpan di premis itu;
untuk menetapkan standard pemeriksaan untuk dipatuhi oleh orang berlesen; dan
untuk menetapkan fungsi atau kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh orang berlesen.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan kuasa kepada orang berlesen untuk menuntut, menetapkan, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi yang
18
Undang-Undang Malaysia berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh orang berlesen itu.
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah menyatakan—
jenis perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi boleh dituntut, dipungut dan disimpan; dan
tempoh pemberian kuasa untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu.
Orang berlesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen (3)
hendaklah—
menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;
mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah; dan
membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk mendapatkan akses kepada atau meneliti atau memeriksa apa-apa dokumen, jentera atau peralatan yang disenggarakan atau yang digunakan bagi pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi.
Pemberikuasaan orang berlesen di bawah subseksyen (3) tidak boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang berlesen itu untuk menjalankan obligasinya di bawah Akta ini yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi yang dituntut, dipungut dan disimpan.
Jika orang berlesen melanggar mana-mana syarat lesen atau mana-mana peruntukan apa-apa perintah yang dibuat di bawah
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 19
seksyen ini atau mana-mana peruntukan subseksyen (5) yang dia dikehendaki untuk mematuhinya, orang berlesen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun pelesenan seseorang di bawah seksyen ini,
Menteri boleh memberikan arahan kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan mana-mana fungsi yang di bawah terma-terma lesen itu sepatutnya dijalankan oleh orang itu.
Pembatalan lesen
Jika sehingga tempoh yang ditetapkan dalam notis itu tamat orang berlesen itu telah gagal untuk mematuhi notis itu, Ketua
Pengarah hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang kegagalan itu.
Jika, selepas mempertimbangkan laporan daripada Ketua
Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu serius dari segi sifat atau menjejaskan atau boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja atau orang awam dan bahawa orang berlesen itu telah gagal atau enggan untuk mengambil atau tidak mengambil segala langkah yang ditetapkan dalam notis itu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang telah dilanggar oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memberi orang berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk membatalkan lesen yang diberikan kepada orang itu dan notis itu juga hendaklah menyatakan—
20
Undang-Undang Malaysia
pelanggaran yang dikatakan terhadap orang berlesen itu dan tindakan atau peninggalan yang menjadikan pelanggaran itu; dan
tempoh (yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya orang berlesen itu boleh membuat representasi berhubung dengan pembatalan itu.
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan cadangan pembatalan itu atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Jika Menteri membuat keputusan untuk membatalkan lesen atau tidak mengambil tindakan selanjutnya,
Menteri hendaklah memberikan suatu notis kepada orang berlesen itu untuk memaklumkan orang berlesen itu tentang keputusan itu, dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis itu dihantar kepada orang berlesen itu.
Orang berlesen hendaklah menyerahkan lesen yang telah dibatalkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan notis di bawah subseksyen (5).
Walau apa pun pembatalan lesen itu, kesahan apa-apa perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh orang berlesen itu hendaklah terus sah sehingga habis tempoh perakuan kelayakan itu dan orang berlesen itu hendaklah terus mengambil alih apa-apa obligasi, kewajipan dan tanggungjawab yang dikenakan oleh atau berkaitan dengan pengeluaran perakuan kelayakan itu.
Pemberian lesen baharu apabila pembatalan
Orang yang lesennya dibatalkan hendaklah memberikan segala bantuan dan kerjasama yang perlu kepada orang yang dilantik oleh
Menteri di bawah subseksyen (1).
Menyatakan diri sebagai orang berlesen
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian III
KESIHATAN PEKERJAAN
Penubuhan Majlis
Maka hendaklah ditubuhkan suatu majlis yang dikenali sebagai
“Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”.
Keanggotaan Majlis
lima orang daripada organisasi yang mewakili majikan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
lima orang daripada organisasi yang mewakili pekerja yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan
wakil daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang, pada pendapat
Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
tiga orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang hendaklah wanita, daripada organisasi atau badan profesional yang aktiviti anggotanya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 23
Menteri hendaklah melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Majlis daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1), kecuali orang yang disebut dalam perenggan (1)(d).
Jadual Kedua adalah terpakai
10. Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota Majlis.
Kuasa dan fungsi Majlis
11. (1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan penjalanan tujuan-tujuan Akta ini.
Majlis boleh, dan apabila diminta oleh Menteri supaya berbuat demikian hendaklah, menjalankan penyiasatan dan membuat laporan dan syor kepadanya berkenaan dengan apa-apa perkara berhubungan dengan tujuan-tujuan Akta ini dan, terutamanya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan di atas, berkenaan dengan—
perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
penggalakan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja;
masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
24
Undang-Undang Malaysia
penganalisisan statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan dengan pekerjaan;
pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
penggalakan pembangunan dan penerima pakaian melalui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;
pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja;
prosedur, perkiraan, latihan, pendidikan atau langkah-langkah wajar yang perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;
bidang penyelidikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang akan dibangunkan oleh institusi yang relevan dan penerbitan hasil penyelidikan itu;
pembangunan dan pewujudan suatu mekanisme untuk menjana, memproses, menyimpan dan menyebar maklumat tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan.
Majlis hendaklah menyelaraskan semua perkara dan aktiviti yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan atau dijalankan oleh Kerajaan.
Pelantikan setiausaha kepada Majlis
12. (1) Ketua Pengarah, yang merupakan anggota Majlis di bawah perenggan 9(1)(d), hendaklah menjadi setiausaha kepada Majlis.
Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat perkiraan bagi penggunaan perkhidmatan mana-mana kakitangan atau kemudahan pejabat Ketua Pengarah.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 25
Jawatankuasa
13. (1) Majlis boleh—
menubuhkan jawatankuasa berkenaan dengan industri yang berbeza bagi maksud membantu Majlis melaksanakan fungsi-fungsinya yang berhubungan dengan tataamalan industri; dan
menubuhkan apa-apa jawatankuasa lain yang difikirkannya patut bagi maksud membantu Majlis melaksanakan fungsi-fungsinya yang lain.
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada sekian bilangan orang yang boleh dilantik oleh Majlis daripada kalangan anggotanya.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Majlis boleh mempelawa mana-mana orang atau wakil mana-mana organisasi untuk menasihati sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dalam menjalankan fungsi-fungsinya.
Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) atau dipelawa menjadi anggota sesuatu jawatankuasa di bawah subseksyen (3) boleh dibayar apa-apa elaun yang boleh ditentukan oleh Majlis dengan kelulusan Menteri.
Laporan tahunan
14. Majlis hendaklah, selepas 31 Disember tetapi sebelum 31 Mac tahun yang berikut, menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri laporan aktivitinya bagi tempoh dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
26
Undang-Undang Malaysia
BAHAGIAN IV
KEWAJIPAN AM MAJIKAN, ORANG YANG BEKERJA SENDIRI
DAN PRINSIPAL
Kewajipan am majikan
15. (1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya—
pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja;
setakat yang praktik, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan majikan, penyenggaraannya dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian; dan
pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya yang, setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 27
dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja;
pembangunan dan pelaksanaan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa pekerjanya sedang bekerja.
(Dipotong oleh Akta A1648).
Kewajipan majikan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan
16. Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan, adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuat kuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya.
Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain daripada pekerja mereka
17. (1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan, setakat yang praktik, bahawa dia dan orang-orang lain, yang bukan pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan mereka oleh sebab pengusahaan itu.
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri, dalam hal keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan, untuk memberi orang-orang, yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh dengan cara dia menjalankan pengusahaannya, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan mereka.
28
Undang-Undang Malaysia
Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja kepada orang-orang selain daripada pekerjanya
18. (1) Seseorang penghuni premis bukan domestik yang telah disediakan untuk orang-orang, yang bukan pekerjanya, sebagai suatu tempat kerja, atau sebagai suatu tempat mereka boleh menggunakan loji atau bahan yang diadakan bagi kegunaan mereka di sana, hendaklah mengambil apa-apa langkah yang praktik untuk memastikan bahawa premis itu, semua cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang ada bagi kegunaan orang-orang yang menggunakan premis itu, dan apa-apa loji atau bahan dalam premis itu atau yang diadakan bagi kegunaan di sana, adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
Seseorang yang mempunyai, oleh sebab suatu kontrak atau pajakan atau selainnya, suatu obligasi sehingga apa-apa takat berhubungan dengan—
penyenggaraan atau pembaikan tempat kerja atau apa-apa cara masuk ke dalamnya atau keluar darinya; atau
pencegahan risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang mungkin timbul daripada penggunaan mana-mana loji atau bahan dalam tempat kerja itu, hendaklah bagi maksud subseksyen (1) disifatkan mempunyai kawalan ke atas perkara-perkara yang diliputi oleh obligasinya.
Kewajipan prinsipal
18A. (1) Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, apa-apa langkah sebagaimana yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan—
mana-mana kontraktor yang diguna khidmat oleh prinsipal apabila sedang bekerja;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 29
mana-mana subkontraktor atau subkontraktor tidak langsung apabila sedang bekerja; dan
mana-mana pekerja yang diambil kerja oleh kontraktor atau subkontraktor apabila sedang bekerja.
Kewajipan yang dikenakan ke atas prinsipal dalam subseksyen
(1)
hendaklah hanya terpakai jika kontraktor, subkontraktor atau pekerja yang disebut dalam subseksyen itu bekerja di bawah arahan prinsipal mengenai cara kerja itu dijalankan.
Bagi maksud subseksyen (1), langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja termasuklah—
pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
pembuatan perkiraan termasuk peruntukan masa yang mencukupi, belanjawan dan sumber lain bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti kerja pembinaan, penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan atau pengangkutan loji dan bahan;
pengadaan apa-apa maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja;
setakat yang boleh dipraktikkan, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan prinsipal, penyenggaraan tempat kerja dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian;
30
Undang-Undang Malaysia
pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi orang yang sedang bekerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; dan
pembangunan dan pelaksanaan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa orang sedang bekerja.
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, yang mungkin terjejas dengan mana-mana pengusahaan yang dijalankan olehnya di tempat kerja.
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal, dalam keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan, untuk memberikan kepada orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menjejaskan keselamatan atau kesihatan mereka.
Bagi maksud seksyen ini, “subkontraktor” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan seorang kontraktor bagi pelaksanaan oleh atau di bawah subkontraktor itu keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh kontraktor itu bagi prinsipalnya, dan termasuklah mana-mana orang yang membuat kontrak dengan subkontraktor untuk menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh subkontraktor itu bagi seorang kontraktor.
Kewajipan untuk menjalankan dan melaksanakan pentaksiran risiko
18B. (1) Tiap-tiap majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal hendaklah menjalankan pentaksiran risiko berhubung dengan risiko
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 31
keselamatan dan kesihatan yang terdedah kepada mana-mana orang yang mungkin terjejas dengan pengusahaannya di tempat kerja.
Jika pentaksiran risiko menunjukkan bahawa kawalan risiko dikehendaki untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan, majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal itu hendaklah melaksanakan kawalan itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pentaksiran risiko” ertinya proses membuat penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada bahaya semasa bekerja dan menentukan langkah-langkah yang wajar bagi pengawalan risiko.
Penalti bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 16, 17, 18, 18A atau 18B
19. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen 15, 16, 17, 18, 18A atau 18B adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN V
KEWAJIPAN AM PEREKABENTUK, PENGILANG
DAN PEMBEKAL
Kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan loji bagi kegunaan semasa bekerja
20. (1) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mereka bentuk, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja—
untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji itu direka bentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan
*CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu”-lihat perenggan 17(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
32
Undang-Undang Malaysia tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya;
untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan (a);
untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan loji itu semasa bekerja maklumat memadai mengenai kegunaan yang baginya loji itu direka bentuk dan telah diuji, dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa, apabila digunakan begitu, loji itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; dan
untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, bahawa orang yang dibekalkan dengan loji itu diberikan semua kajian semula terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka di bawah perenggan (c) sebagaimana yang perlu oleh sebab telah diketahui bahawa terdapat risiko baharu yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan atau kesihatan.
Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan reka bentuk atau pengilangan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh reka bentuk atau loji itu.
Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau memasang apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa mengenai cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 33
Kewajipan am pengilang, dsb., berkenaan dengan bahan bagi kegunaan semasa bekerja
21. (1) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa bekerja—
untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko terhadap kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya;
untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan (a);
untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan bahan itu semasa bekerja maklumat yang memadai mengenai hasil apa-apa ujian yang relevan yang telah dijalankan ke atas atau berkaitan dengan bahan dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya; dan
untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, bahawa orang yang dibekalkan dengan bahan itu diberikan semua kajian semula terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka di bawah perenggan (c) sebagaimana yang perlu oleh sebab telah diketahui bahawa terdapat risiko baharu yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan atau kesihatan.
Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan perumusan atau pengilangan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko
34
Undang-Undang Malaysia kepada keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh bahan itu.
Huraian seksyen 20 dan 21
22. (1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 20 atau 21 boleh diertikan sebagai menghendaki seseorang mengulangi apa-apa ujian, pemeriksaan atau penyelidikan yang telah dijalankan selain daripada olehnya atau atas kehendaknya, setakat, yang munasabah baginya untuk bergantung pada keputusan ujian, pemeriksaan atau penyelidikan itu bagi maksud seksyen itu.
Apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atas seseorang oleh mana-mana peruntukan Bahagian ini yang terdahulu daripada ini hendaklah hanya meliputi perkara-perkara yang dilakukan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau apa-apa pengusahaan lain yang dijalankan olehnya, sama ada untuk mendapat keuntungan atau tidak, dan kepada perkara-perkara dalam kawalannya.
Jika seseorang mereka bentuk, merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi atau kepada orang lain berdasarkan aku janji bertulis oleh orang lain itu untuk mengambil langkah-langkah tertentu yang memadai untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji atau bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya, aku janji itu hendaklah mempunyai kesan membebaskan orang yang mula-mula disebut itu daripada kewajipan yang dikenakan oleh perenggan 20(1)(a) dan perenggan 21(l)(a) setakat yang munasabah memandangkan terma-terma aku janji itu.
Jika seseorang (kemudian daripada ini disebut “pembekal zahir”) membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi kegunaan semasa bekerja kepada orang lain (kemudian daripada ini disebut
“pelanggan”) di bawah perjanjian sewa-beli, perjanjian jualan bersyarat atau perjanjian jualan secara kredit, dan pembekal zahir itu—
menjalankan perniagaan pembiayaan pemerolehan barang-barang oleh orang lain melalui perjanjian-perjanjian itu; dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 35
dalam perjalanan perniagaan itu memperolehi kepentingannya dalam loji atau bahan yang dibekalkan kepada pelanggan itu sebagai cara pembiayaan pemerolehannya oleh pelanggan itu daripada pihak ketiga
(kemudian daripada ini disebut “pembekal efektif”), pembekal efektif itu dan bukan pembekal zahir itu hendaklah dikira bagi maksud Bahagian ini membekalkan loji atau bahan itu kepada pelanggan itu, dan apa-apa kewajipan yang dikenakan oleh seksyen 20 dan 21 ke atas pembekal hendaklah dengan itu terletak pada pembekal efektif dan tidak pada pembekal zahir.
Bagi maksud Bahagian ini sesuatu loji atau bahan tidaklah dikira sebagai digunakan dengan sepatutnya jika ia digunakan tanpa mengambil kira apa-apa maklumat atau nasihat yang relevan berhubungan dengan penggunaannya yang telah dijadikan tersedia oleh seseorang yang mereka bentuk, mengilang, mengimport atau membekalkannya.
Penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 20 atau 21
23. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen 20 atau 21 adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN VI
KEWAJIPAN AM DAN HAK PEKERJA
Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja
24. (1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja—
*CATATAN—Dahulunya “dua puluh ribu”-lihat seksyen 20 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pindaan) 2022 [Akta A1648].
36
Undang-Undang Malaysia
untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja;
untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya; dan
untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Kewajipan untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan benda yang diadakan menurut peruntukan tertentu
25. Seseorang yang dengan sengaja, melulu atau cuai mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan menurut
Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
*CATATAN—Dahulunya “satu ribu”-lihat perenggan 22 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pindaan) 2022 [Akta A1648].
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 37
Kewajipan untuk tidak mengenakan caj ke atas pekerja bagi benda yang dilakukan atau diadakan
26. Tiada majikan boleh melevi atau membenarkan untuk dilevi ke atas mana-mana pekerjanya apa-apa caj berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau diadakan menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Hak pekerja
26A. (1) Seseorang pekerja, selepas memberitahu majikannya atau wakilnya bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku di tempat kerjanya, hendaklah mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya itu.
Seseorang pekerja yang mengeluarkan dirinya daripada bahaya mengikut subseksyen (1) hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan.
Bagi maksud seksyen ini, “bahaya hampir pasti berlaku” ertinya suatu risiko kematian yang serius atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh mana-mana loji, bahan, keadaan, aktiviti, proses, amalan, tatacara atau bahaya tempat kerja.
Diskriminasi terhadap pekerja, dsb.
27. (1) Tiada majikan boleh memecat seseorang pekerja, mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata-mata oleh sebab pekerja itu—
membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan;
38
Undang-Undang Malaysia
adalah anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan menurut Akta ini;
menjalankan mana-mana fungsinya sebagai anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu.; atau
telah membantu pegawai atau pengapit dalam mana-mana siasatan dalam menjalankan apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan di bawah Akta ini.
Tiada kesatuan sekerja boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas mana-mana anggotanya yang, sebagai seorang pekerja di sesuatu tempat kerja—
membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan;
adalah anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan menurut Akta ini; atau
menjalankan mana-mana fungsinya sebagai anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu.
Seseorang majikan atau kesatuan sekerja yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang dikenakan ke atas pesalah, membuat salah satu atau kedua-dua perintah yang berikut:
suatu perintah supaya pesalah itu membayar dalam tempoh tertentu kepada orang yang telah didiskriminasikan oleh
*CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu”-lihat perenggan 24(b) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 39
pesalah itu apa-apa ganti rugi yang difikirkannya sesuai sebagai pampasan bagi orang itu;
suatu perintah supaya pekerja itu dikembalikan atau diambil bekerja semula pada jawatannya yang dahulu atau, jika jawatan itu tidak ada, pada jawatan yang serupa.
BAHAGIAN VIA
PEMBERITAHUAN MENDUDUKI TEMPAT KERJA, PEMASANGAN
DAN PEMERIKSAAN LOJI, DSB.
Notis menduduki tempat kerja
27A. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang menduduki atau menggunakan mana-mana premis sebagai tempat kerja atau mengusahakan apa-apa aktiviti di dalam tempat kerja hendaklah memberikan notis kepada seorang pegawai yang mengandungi apa-apa butiran, dan mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Kehendak untuk memberikan notis di bawah subseksyen (1)
hendaklah hanya terpakai bagi tempat kerja dan aktiviti sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penetapan loji yang menghendaki perakuan kelayakan
27B. Menteri boleh menetapkan mana-mana loji yang baginya suatu perakuan kelayakan dikehendaki.
40
Undang-Undang Malaysia
Pemasangan loji
27C. (1) Tiada seorang pun boleh memasang atau menyebabkan untuk dipasang mana-mana loji yang ditetapkan di bawah seksyen 27B melainkan jika orang itu memastikan bahawa loji itu telah memenuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh Menteri dan telah mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah.
Seseorang boleh memohon bagi kelulusan yang disebut dalam subseksyen (1) dengan mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa butiran mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Apabila menerima dan mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Perakuan kelayakan
27D. (1) Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan mana-mana loji yang telah dipasang di bawah seksyen 27C melainkan jika loji itu mempunyai suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai atau orang berlesen.
Apabila loji yang ditetapkan telah dipasang di bawah seksyen 27C, orang itu hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis ke atas seorang pegawai atau orang berlesen yang, selepas menerima notis itu, hendaklah membuat pemeriksaan ke atas loji itu.
Jika, apabila pemeriksaan, pegawai atau orang berlesen itu mendapati loji itu—
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 41
mematuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan loji itu, pegawai atau orang berlesen itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kelayakan selepas pembayaran apa-apa fi oleh orang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; atau
tidak mematuhi mana-mana kehendak yang ditetapkan oleh
Menteri berkenaan dengan loji itu, orang itu hendaklah membayar kepada pegawai atau orang berlesen itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri bagi perkhidmatan yang diberikan walaupun tiada perakuan kelayakan dikeluarkan.
Suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, dan hendaklah sah bagi apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal apa-apa pelanggaran subseksyen (1), seseorang pegawai hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepada orang yang mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan loji suatu notis bertulis yang melarang pengendalian loji itu atau boleh menyebabkan loji itu tidak boleh dikendalikan sehingga suatu perakuan kelayakan dikeluarkan.
Seseorang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Suatu perakuan kelayakan berkenaan dengan apa-apa loji yang sedang dibuka atau dibaiki atau rosak atas apa-apa sebab hendaklah tamat apabila loji itu dibuka, dibaiki atau rosak, tetapi Ketua Pengarah boleh mengecualikan mana-mana loji daripada pemakaian subseksyen
42
Undang-Undang Malaysia ini jika pada pendapatnya loji itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada mana-mana orang atau harta.
Bagi maksud subseksyen (8)—
“rosak” ertinya apa-apa kecacatan fizikal yang terjadi kepada mana-mana loji semasa pengendalian atau selainnya yang boleh menjejaskan kekuatan dan integriti loji itu semasa pengendalian berikutnya;
“dibuka” ertinya untuk membuka mana-mana bahagian mana-mana loji yang boleh menjejaskan kekuatan, integriti atau keupayaan fungsian loji itu;
“dibaiki” ertinya apa-apa kerja yang dilakukan untuk membaik pulih mana-mana bahagian mana-mana loji yang telah rosak.
Pemeriksaan berkala loji
27E. (1) Suatu loji yang ditetapkan di bawah seksyen 27B hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai atau orang berlesen pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri.
Suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Skim pemeriksaan khas
27F. (1) Walau apa pun seksyen 27E, seseorang penghuni boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan bagi skim pemeriksaan khas mengenai pemeriksaan bagi kelas loji tertentu dan tambahannya bersama-sama dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 43
Ketua Pengarah boleh meluluskan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa kehendak yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan loji itu telah dipenuhi.
Apabila kelulusan di bawah subseksyen (2) diberikan, pemeriksaan loji itu hendaklah dijalankan mengikut skim pemeriksaan khas.
Ketua Pengarah boleh membuat perintah dalam hal keadaan tertentu
27G. (1) Ketua Pengarah boleh membuat perintah khas bagi kelakuan dan panduan orang yang diambil kerja dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau pengendalian, atau penjagaan, atau kedekatan dengan, mana-mana loji atau proses yang dijalankan di dalam mana-mana tempat kerja yang ternyata padanya adalah perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka.
Majikan hendaklah memastikan dengan segala cara yang munasabah bahawa orang yang terdedah kepada bahaya sedar akan apa-apa perintah khas yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan orang itu hendaklah mematuhi perintah khas itu.
Bagi maksud subseksyen (2), suatu salinan perintah khas Ketua
Pengarah yang dicetak atau ditulis dalam bahasa yang sesuai dan ditampalkan di tempat yang mudah dilihat yang berhampiran dengan loji atau proses yang dimaksudkan oleh perintah khas itu, supaya semua orang yang disebut itu mempunyai akses dan peluang yang bebas untuk membaca perintah khas itu, hendaklah disifatkan menjadi cara yang munasabah.
44
Undang-Undang Malaysia
BAHAGIAN VII
ORGANISASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Perkhidmatan kesihatan pekerjaan
28. (1) Jika Menteri mendapati bahawa dalam mana-mana tempat kerja atau kelas atau jenis tempat kerja—
kes-kes penyakit telah terjadi yang dia mempunyai sebab untuk percaya mungkin disebabkan oleh jenis proses atau keadaan lain kerja;
oleh sebab perubahan dalam mana-mana proses atau dalam bahan yang digunakan dalam mana-mana proses atau, oleh sebab pengenalan apa-apa proses baru atau bahan baru bagi kegunaan dalam sesuatu proses, mungkin terdapat risiko kesan buruk kepada kesihatan orang-orang yang diambil kerja dalam proses itu; atau
(Dipotong oleh Akta A1648);
mungkin terdapat risiko kesan buruk kepada kesihatan orang-orang yang diambil kerja dalam mana-mana pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, atau daripada apa-apa bahan atau benda yang dibawa ke tempat kerja itu untuk digunakan atau dikendalikan dalamnya atau daripada apa-apa perubahan keadaan dalam tempat kerja itu, dia boleh membuat peraturan-peraturan menghendaki perkiraan bagi perkhidmatan kesihatan pekerjaan.
(Dipotong oleh Akta A1648).
(Dipotong oleh Akta A1648).
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 45
Tiada tindakan terhadap orang yang menjalankan perkhidmatan kesihatan pekerjaan
28A. Tiada majikan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan kesihatan pekerjaan kerana—
membuat suatu aduan mengenai apa-apa perkara yang dianggap sebagai suatu risiko kepada kesihatan; atau
membuat laporan kepada Ketua Pengarah mengenai mana-mana pesakit yang dipercayainya menghidapi apa-apa penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan.
Pegawai keselamatan dan kesihatan
29. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kelas atau jenis tempat kerja yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Seseorang penghuni suatu tempat kerja yang baginya seksyen ini terpakai hendaklah melantik seorang orang yang kompeten untuk bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah dilantik semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja akan peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan penggalakan penjalanan selamat kerja di tempat kerja itu.
Seseorang hendaklah dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hanya untuk satu tempat kerja pada satu-satu masa, melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Ketua Pengarah.
Seseorang penghuni yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh
46
Undang-Undang Malaysia didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan
29A. (1) Seseorang majikan yang tempat kerjanya tidak termasuk dalam mana-mana kelas atau jenis tempat kerja sebagaimana yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen 29(1) hendaklah melantik salah seorang daripada pekerjanya untuk bertindak sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika dia mengambil kerja lima atau lebih pekerja di tempat kerjanya.
Seseorang pekerja yang dilantik sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dilantik bagi maksud menyelaraskan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah melantik seorang pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja hendaklah disifatkan telah mematuhi subseksyen (1).
Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
30. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika—
terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja; atau
*CATATAN—Dahulunya “lima ribu”-lihat perenggan 28(e) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pindaan) 2022 [Akta A1648].
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 47
Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di tempat kerja.
Keanggotaan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), pemilihan atau pelantikan orang-orang ke jawatankuasa itu, kuasa anggota-anggota jawatankuasa itu dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Tiap-tiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu dengan tujuan untuk membuat dan menyenggarakan perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan dalam menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja, dan dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu.
Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi **satu tahun atau kedua-duanya.
Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
31. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di tempat kerja menurut seksyen 30—
hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja;
hendaklah menyiasat apa-apa perkara di tempat kerja—
*CATATAN—Dahulunya “lima ribu”-lihat perenggan 30(a) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pindaan) 2022 [Akta A1648].
**CATATAN—Dahulunya “enam bulan”-lihat perenggan 30(b) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
48
Undang-Undang Malaysia
yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil kerja di tempat kerja itu adalah tidak selamat atau merupakan risiko kepada kesihatan; dan
yang telah dibawa kepada perhatian majikan;
hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (b) dan, jika ia tidak berupaya berbuat demikian, hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan suatu pemeriksaan tempat kerja itu bagi maksud itu; dan
hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan.
Kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
31A. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menghendaki mana-mana kelas atau perihal orang untuk menghadiri kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu yang dijalankan oleh seorang penyedia latihan berdaftar.
Majikan mana-mana orang yang dikehendaki untuk menghadiri apa-apa kursus latihan di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan yang orang itu telah menyelesaikan kursus latihan tersebut sebelum membenarkan orang itu untuk melaksanakan apa-apa kerja yang baginya latihan itu diperlukan.
Walaupun seseorang telah menyelesaikan apa-apa kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya kursus ulangkaji adalah perlu, mengeluarkan suatu arahan bertulis yang menghendaki orang itu untuk menghadiri kursus latihan itu yang lain.
Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 49
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
BAHAGIAN VIIA
ORANG KOMPETEN DAN PENYEDIA LATIHAN BERDAFTAR
Aktiviti yang hendaklah dijalankan oleh orang kompeten dan penyedia latihan berdaftar
31B. (1) Bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun boleh—
menjalankan apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual
Kelima melainkan jika dia telah berdaftar sebagai orang kompeten di bawah Akta ini; atau
menjalankan apa-apa kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan melainkan jika dia telah berdaftar sebagai penyedia latihan berdaftar di bawah Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Permohonan bagi pendaftaran
31C. (1) Seseorang yang berniat untuk berdaftar sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pendaftaran kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
50
Undang-Undang Malaysia
Ketua
Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan itu, meluluskan permohonan itu tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, atau menolak permohonan itu.
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak, dalam keadaan sedemikian fi yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik.
Kesahan pendaftaran
31D. Tiap-tiap pendaftaran yang diluluskan di bawah seksyen 31C hendaklah sah bagi tempoh tiga tahun dari tarikh yang dinyatakan dalam kelulusan.
Pembaharuan pendaftaran
31E. (1) Seseorang orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar boleh membuat permohonan untuk membaharui pendaftaran sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Ketua
Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1)—
membaharui pendaftaran itu, dengan atau tanpa syarat; atau
menolak untuk membaharui pendaftaran itu.
Ketua Pengarah boleh menolak permohonan untuk membaharui pendaftaran jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 51
pemohon telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
pemohon telah gagal untuk mematuhi mana-mana syarat pendaftaran; atau
pemohon telah mengemukakan apa-apa pernyataan, maklumat atau dokumen yang didapati palsu, tidak kira sama ada pemohon mengetahui atau mempercayai pernyataan, maklumat atau dokumen itu palsu atau selainnya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak, dalam keadaan sedemikian fi yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik.
Pembatalan pendaftaran
31F. (1) Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa dia—
telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
telah gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pendaftaran;
telah mendapatkan atau memperoleh pendaftarannya dengan fraud atau salah nyataan; atau
tidak lagi sesuai untuk bertindak sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar.
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah tidak boleh membatalkan pendaftaran orang kompeten atau penyedia latihan
52
Undang-Undang Malaysia berdaftar melainkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa, setelah memberi orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dihasratkannya untuk dibuat, pendaftaran itu patut dibatalkan.
Jika pendaftaran orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar dibatalkan, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis pembatalan pendaftaran kepada orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar itu, dan pembatalan itu berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
BAHAGIAN VIII
PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN,
KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN
DAN PENYAKIT PEKERJAAN, DAN SIASATAN
Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan, dan siasatan
32. (1) Seseorang majikan hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja.
Tiap-tiap pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang merawat, atau dipanggil untuk melawat, seseorang pesakit yang dia percaya menghidap penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan yang dinyatakan dalam mana-mana peraturan atau perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini hendaklah melaporkan perkara itu kepada Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya siasatan diadakan
33. (1) Jika pada pendapat Ketua Pengarah, suatu siasatan patut diadakan mengenai sifat dan punca kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan, dia boleh menyebabkan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 53
siasatan sedemikian diadakan oleh seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Ketua Pengarah boleh melantik seorang atau lebih daripada seorang yang mempunyai kemahiran atau kepakaran kejuruteraan, perubatan atau kemahiran atau kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan sedemikian.
Pengapit yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah mempunyai, bagi maksud siasatan, kuasa untuk memasuki dan memeriksa mana-mana premis, yang kemasukan atau pemeriksaan itu adalah perlu bagi maksud siasatan itu.
Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmat sebagai pengapit dalam siasatan itu boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.
Kuasa pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam siasatan
34. Bagi maksud mengadakan suatu siasatan di bawah Akta ini, seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah dan ikrar dan hendaklah terletakhak dengan kuasa Majistret Kelas Pertama untuk memaksa kehadiran saksi-saksi dan memaksa pengemukaan dokumen-dokumen, memelihara keteraturan dan selainnya menjalankan siasatan dengan sewajarnya, dan semua orang yang dipanggil untuk menghadiri siasatan itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk hadir.
Kewajipan pemunya, penghuni, dsb., dalam siasatan
34A. Pemunya atau penghuni, atau mana-mana majikan di dalam, mana-mana tempat kerja dan mana-mana pekerja bagi pemunya, penghuni atau majikan itu, hendaklah memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan bagi maksud apa-apa siasatan di bawah Akta ini.
54
Undang-Undang Malaysia
BAHAGIAN IX
LARANGAN TERHADAP PENGGUNAAN
LOJI ATAU BAHAN
Kuasa untuk melarang penggunaan loji atau bahan
35. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang penggunaan apa-apa loji atau bahan yang pada pendapatnya mungkin akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang-orang semasa bekerja.
Jika Ketua Pengarah bercadang untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, sebelum membuat perintah itu, meminta pendapat mana-mana jabatan Kerajaan atau badan lain yang pada hematnya sesuai.
Seseorang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
36. (Dipotong oleh Akta A1648).
BAHAGIAN X
TATAAMALAN INDUSTRI
Kelulusan tataamalan industri
37. (1) Menteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah meluluskan tataamalan industri yang terdiri daripada arahan-arahan yang pada hematnya perlu atau patut untuk panduan orang-orang dalam mematuhi kehendak-kehendak peruntukan Akta ini.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 55
Menteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengkaji semula tataamalan industri itu dengan meminda, memotong, mengubah atau menambah peruntukan tataamalan industri itu.
Suatu tataamalan industri boleh—
terdiri daripada apa-apa tata, standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukan berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan pekerjaan yang diluluskan oleh Menteri; atau
memakai, mengandungi atau merujuk kepada mana-mana dokumen yang dirumus atau disiarkan oleh mana-mana badan atau pihak berkuasa yang berkuat kuasa pada masa tataamalan industri itu diluluskan atau sebagaimana yang dipinda, dirumus atau disiarkan dari semasa ke semasa.
Menteri hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta kelulusan sesuatu tataamalan industri dan pemindaan atau pembatalannya.
Penggunaan tataamalan industri dalam prosiding
38. Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang dalamnya dikatakan bahawa seseorang telah melanggar atau tidak mematuhi peruntukan Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang berhubungan dengannya suatu tataamalan industri yang diluluskan berkuat kuasa pada masa pelanggaran atau ketakpatuhan yang dikatakan itu—
tataamalan industri yang diluluskan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding itu; dan
jika mahkamah berpuas hati berhubungan dengan apa-apa perkara yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwa bagi membuktikan pelanggaran atau kegagalan yang dikatakan itu bahawa—
56
Undang-Undang Malaysia
peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu adalah relevan kepada perkara itu; dan
orang itu pada bila-bila masa tidak mematuhi peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu, perkara itu hendaklah dikira sebagai terbukti melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa berkenaan dengan perkara itu orang itu telah mematuhi peruntukan Akta ini selain daripada dengan cara mematuhi peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu.
BAHAGIAN XI
PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN
Kuasa untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyita, dsb.
39. (1) Seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dalam Bahagian ini disebut “Pegawai”, boleh, bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, pada bila-bila masa yang munasabah dan apabila dikemukakan perakuan pemberikuasaannya memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana tempat kerja selain daripada tempat yang digunakan semata-mata bagi maksud kediaman:
Dengan syarat bahawa dia boleh memasuki tempat kediaman itu dengan kebenaran pemunyanya atau jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa pelanggaran Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah atau mungkin akan dilakukan.
Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai boleh—
membuat pemeriksaan, penelitian dan penyiasatan mengenai apa-apa loji, bahan, artikel atau benda lain jua pun sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 57
atau tidak Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dipatuhi;
mengarahkan supaya tempat kerja itu atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa jua di dalamnya, hendaklah tidak diganggu, sama ada pada amnya atau dalam hal-hal tertentu, selama yang semunasabahnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan di bawah perenggan (a);
mengambil apa-apa ukuran atau gambar dan membuat apa-apa rekod yang dianggapnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan di bawah perenggan (a);
mengambil sampel apa-apa artikel atau bahan yang dijumpai dalam tempat kerja yang dia mempunyai kuasa untuk memasukinya, dan udara dalam atau di sekitar mana-mana tempat kerja itu;
menghendaki mana-mana orang yang diambil khidmat di sesuatu tempat kerja di mana-mana penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan yang dinyatakan dalam mana-mana peraturan atau perintah yang dibuat oleh
Menteri di bawah Akta ini telah terjadi atau mungkin akan terjadi, diperiksa secara perubatan oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar;
menghendaki pengemukaan apa-apa buku, rekod, perakuan, notis, data berkomputer atau dokumen, atau apa-apa salinannya yang diperakui, dan membuat salinannya yang difikirkannya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan;
menilai tahap bising, pencahayaan, panas atau bahan yang merosakkan atau berbahaya di mana-mana tempat kerja dan tahap pendedahan orang yang sedang bekerja di dalamnya;
58
Undang-Undang Malaysia
menghendaki mana-mana hospital, klinik perubatan atau bilik mayat untuk memberikan apa-apa maklumat
(termasuk laporan perubatan) tentang mana-mana orang yang atau telah bekerja di tempat kerja yang cedera dalam kemalangan di tempat kerja atau yang disyaki menghidapi penyakit pekerjaan yang didapati dari tempat kerja dan sedang menerima rawatan di hospital atau klinik perubatan itu.
Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa loji atau bahan telah menyebabkan atau mungkin akan menyebabkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan, dia boleh—
menyebabkannya dirombak atau dikenakan apa-apa proses atau ujian di mana-mana tempat yang sesuai dan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditetapkannya, tetapi tidak sehingga merosakkan atau memusnahkannya;
mengambil milik dan menahannya selama yang perlu bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
memeriksanya dan melakukan apa-apa jua padanya yang dia mempunyai kuasa untuk melakukannya;
memastikan bahawa ia tidak diganggu sebelum dia selesai memeriksanya;
memastikan bahawa ia tersedia untuk digunakan sebagai bukti dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya.
Jika seseorang pegawai ialah seorang pegawai perubatan, dia boleh—
menjalankan apa-apa pemeriksaan perubatan yang perlu bagi maksud kewajipannya di bawah Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya; dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 59
menjalankan apa-apa kuasa lain yang perlu atau yang diberikan di bawah subseksyen (2) dan (3).
Seseorang pegawai boleh bagi maksud seksyen ini meminta bilamasa perlu bantuan polis jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mengkhuatiri apa-apa halangan serius dalam pelaksanaan tugasnya.
Tanpa menjejaskan subseksyen
, dalam memasuki mana-mana tempat kerja atau tempat kediaman alasan yang oleh sebab subseksyen (1), seseorang pegawai boleh membawa bersamanya—
mana-mana orang lain yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah; atau
apa-apa kelengkapan atau benda yang dikehendaki bagi apa-apa maksud yang baginya kuasa untuk masuk dijalankan.
Kemasukan ke dalam premis dengan waran geledah dan kuasa untuk menyita
40. Dalam tiap-tiap hal jika maklumat diberikan dengan bersumpah kepada seseorang Majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam tempat kerja atau tempat kediaman terdapat apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya yang telah digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasanya seseorang pegawai yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan mencari dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu.
60
Undang-Undang Malaysia
Kemasukan ke dalam premis tanpa waran geledah dan kuasa untuk menyita
41. Jika seseorang pegawai berpuas hati berdasarkan maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya dalam tempat kerja atau tempat kediaman yang digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mungkin akan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu tanpa waran dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu yang dijumpai dalamnya:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jika seseorang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak sedemikian atau mengalihkan mana-mana artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagian itu atau cuba berbuat demikian.
Kuasa untuk masuk secara paksa dan penyampaian kepada penghuni salinan bertandatangan senarai benda yang disita dari premis
42. (1) Seseorang pegawai boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 40 atau 41, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja atau tempat kediaman dan memasukinya;
dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
dengan menggunakan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 61
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu digeledah.
Pegawai yang menyita apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya di bawah seksyen 40
atau 41 hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni, atau ejen atau pengkhidmatnya yang berada di premis itu, dan jika premis itu tidak dihuni, pegawai itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita di premis itu.
Peruntukan lanjut berhubungan dengan pemeriksaan
43. (1) Apabila memasuki mana-mana tempat kerja seseorang pegawai hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memberitahu majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mengenai kemasukan itu.
Apabila selesai sesuatu siasatan seseorang pegawai hendaklah memberi majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan maklumat berkenaan dengan pemerhatiannya dan apa-apa tindakan yang dia bercadang untuk mengambilnya berhubungan dengan tempat kerja.
Jika seseorang pegawai bercadang untuk mengambil dan mengalihkan suatu sampel dari tempat kerja bagi maksud penganalisisan, dia hendaklah memberitahu majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan selepas mengambil sampel itu dia hendaklah jika mungkin—
membahagi sampel yang diambil kepada seberapa banyak bahagian yang perlu dan menandakan dan mengelak atau menandakan dan menutup setiap bahagian mengikut cara yang dibenarkan oleh sifatnya;
62
Undang-Undang Malaysia
jika dikehendaki oleh majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, menyerahkan satu bahagian setiap satunya kepada majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan;
menyimpan satu bahagian bagi perbandingan masa hadapan; dan
jika penganalisisan sampel hendak dibuat, mengemukakan satu bahagian lain kepada seseorang penganalisis bagi penganalisisan.
Kuasa untuk menyiasat
44. (1) Seseorang pegawai hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Seseorang pegawai boleh, berhubungan dengan suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa-kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593]
bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan olehnya.
Apabila penyiasatannya selesai, pegawai itu hendaklah dengan segera memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kuasa untuk memeriksa saksi
45. (1) Seseorang pegawai yang membuat suatu siasatan di bawah seksyen 39 atau 44 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang pada hematnya mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes itu.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 63
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan jika pegawai itu tidak atau enggan, apabila diminta, untuk mengemukakan kepadanya perakuan pemberikuasaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah kepada pegawai itu di bawah subseksyen 7(1):
Dengan syarat selanjutnya bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau perlucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.
Seseorang pegawai yang mendapatkan maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani olehnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan yang dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Jika seseorang pegawai menggunakan bantuan jurubahasa, apa-apa siasatan atau rekuisisi kepada seseorang yang dibuat bagi pihak pegawai itu oleh jurubahasa itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat oleh pegawai itu, dan apa-apa jawapan yang dibuat kepada jurubahasa itu hendaklah disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat kepada pegawai itu.
64
Undang-Undang Malaysia
Majikan, dsb., hendaklah membantu pegawai
46. Pemunya atau penghuni, atau majikan di mana-mana tempat kerja dan ejen atau pekerja pemunya, penghuni atau majikan itu hendaklah memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh pegawai itu bagi apa-apa kemasukan, pemeriksaan atau siasatan atau bagi penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan
47. Seseorang yang—
enggan memberikan laluan masuk ke sesuatu tempat kerja kepada seseorang pegawai atau orang yang membantunya;
menghalang seseorang pegawai menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mendorong atau cuba untuk mendorong mana-mana orang lain untuk berbuat demikian;
tidak menunjukkan apa-apa dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini oleh pegawai itu;
menyembunyikan lokasi atau kewujudan mana-mana orang lain atau apa-apa loji atau bahan daripada pegawai itu;
menghalang atau cuba menghalang mana-mana orang lain daripada membantu pegawai itu;
(ea) tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh seseorang pegawai yang semunasabahnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan; atau
dengan apa-apa cara lain, menghalang, menyekat, atau menentang pegawai itu dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya,
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 65
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Notis perbaikan dan notis larangan
48. (1) Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa tempat kerja, loji, bahan atau proses mungkin akan menjadi bahaya, atau mungkin akan menyebabkan kecederaan badan atau menjadi risiko yang serius kepada kesihatan mana-mana orang, atau mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada mana-mana harta, dia hendaklah menyerahkan suatu notis perbaikan kepada orang yang di bawah kawalannya tempat kerja, loji, bahan atau proses itu terletak menghendaki orang itu mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan bahaya itu atau membetulkan apa-apa kecacatan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan olehnya dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan olehnya.
Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa kecacatan dalam subseksyen (1) adalah mungkin akan menyebabkan bahaya serta-merta kepada kehidupan atau harta, dia hendaklah menyampaikan suatu notis larangan melarang penggunaan atau pengendalian tempat kerja, loji, bahan atau proses itu sehingga masa apa-apa bahaya yang timbul dihapuskan dan kecacatan itu diperbaiki hingga pegawai itu berpuas hati.
Notis perbaikan atau notis larangan di bawah subseksyen (1)
atau (2) hendaklah—
menyatakan bahawa pegawai itu berpendapat bahawa berkenaan dengan loji, bahan atau proses di tempat kerja itu, berlaku atau mungkin berlaku aktiviti yang menjadi atau mungkin akan menjadi bahaya atau mungkin akan menyebabkan kecederaan badan atau risiko yang serius kepada kesihatan mana-mana orang atau mungkin akan menyebabkan kerosakan atau mungkin akan menyebabkan bahaya serta-merta kepada nyawa atau harta, dan menyatakan sebab-sebab bagi pendapat itu; dan 66
Undang-Undang Malaysia
jika pada pendapat pegawai itu aktiviti yang berkenaan ialah suatu pelanggaran atau mungkin menjadi suatu pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menyatakan peruntukan itu dan sebab-sebab bagi pendapat itu.
Seseorang pegawai boleh memasukkan dalam sesuatu notis perbaikan atau notis larangan arahan mengenai langkah-langkah yang hendaklah diambil untuk menghapuskan apa-apa bahaya, kemungkinan bahaya, risiko, perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang notis itu berhubungan dengannya dan arahan itu boleh merujuk kepada mana-mana tataamalan industri yang diluluskan.
Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (2) seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya perlu, terus menjadikan tempat kerja, loji, bahan atau proses itu tidak berfungsi melalui apa-apa cara yang difikirkannya sesuai bagi maksud itu.
Jika tindakan sedemikian diambil oleh pegawai itu di bawah subseksyen (5) dia boleh, jika difikirkannya patut, mendapatkan kos bagi tindakan itu daripada penghuni atau orang yang mempunyai tanggungjawab atau kawalan ke atas tempat kerja, loji, bahan atau proses itu.
Penalti kerana tidak mematuhi notis
49. (1) Seseorang yang kepadanya suatu notis perbaikan atau larangan dikeluarkan di bawah seksyen 48 mesti mematuhinya walaupun rayuan terhadap pengeluaran notis itu telah dibuat.
Seseorang yang tanpa alasan munasabah tidak mematuhi mana-mana notis perbaikan atau larangan yang dikeluarkan di bawah seksyen 48 adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan
*CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu”-lihat perenggan 41(a) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 67
selama tempoh tidak melebihi *dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya **dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Orang terkilan boleh merayu
50. (1) Seseorang yang terkilan oleh mana-mana notis yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai di bawah seksyen 48 boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu, merayu kepada Ketua
Pengarah yang boleh, selepas menimbangkan rayuan itu, melalui perintah bertulis mengesahkan, membatalkan atau mengubah notis itu.
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu, merayu kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.
Jika notis perbaikan atau larangan dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 48, rayuan itu hendaklah dibuat kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.
BAHAGIAN XII
LIABILITI BAGI KESALAHAN
Penalti am
51. Seseorang yang melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti dinyatakan secara nyata, apabila
*CATATAN—Dahulunya “lima tahun”-lihat perenggan 41(b) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pindaan) 2022 [Akta A1648].
**CATATAN—Dahulunya “lima ratus”-lihat perenggan 41(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pindaan) 2022 [Akta A1648].
68
Undang-Undang Malaysia disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi **dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb.
52. Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
*CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu”-lihat perenggan 42(b) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
**CATATAN—Dahulunya “satu ribu”-lihat perenggan 42(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pindaan) 2022 [Akta A1648].
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 69
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.
52A. Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
oleh ejen orang itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu.
Kesalahan yang dilakukan oleh kesatuan sekerja
53. (1) Jika sesuatu kesatuan sekerja melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiap-tiap pegawai, pekerja dan orang yang berupa sebagai bertindak atas arahan mana-mana pegawai kesatuan sekerja itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu dan boleh dipertuduh bersesama dalam
70
Undang-Undang Malaysia prosiding yang sama dengan kesatuan sekerja itu atau berasingan, dan tiap-tiap pegawai, pekerja atau orang itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.
Prosiding boleh dimulakan terhadap seseorang dan dia boleh disabitkan di bawah peruntukan subseksyen (1) sama ada atau tidak prosiding telah dimulakan terhadap kesatuan sekerja itu atau kesatuan sekerja itu telah disabitkan di bawah peruntukan itu.
Kesalahan yang dilakukan oleh ejen
54. Seseorang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat bawahnya bagi apa-apa jua yang dibuat atau ditinggalkan jika perkara itu telah dibuat atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dibuat atau ditinggalkan oleh ejennya.
55. (Dipotong oleh Akta A1648).
Pertubuhan perbadanan atau kesatuan sekerja boleh didenda
56. Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan atau kesatuan sekerja, ia hanya boleh dikenakan apa-apa hukuman denda yang diperuntukkan terhadapnya.
Pembantuan dan persubahatan
57. Seseorang yang membantu atau bersubahat pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 71
Perlindungan terhadap liabiliti persendirian lanjut
58. Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiada seorang pun boleh menanggung apa-apa liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan olehnya dalam menjalankan kewajipan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan dengan sengaja atau perbuatan melulu atau kecuaian melampau.
Liabiliti sivil tidak tersentuh oleh Bahagian IV, V dan VI
59. Tiada apa-apa jua dalam Bahagian IV, V dan VI dan tataamalan industri yang relevan boleh ditafsirkan sebagai—
memberikan hak tindakan dalam mana-mana prosiding sivil berkenaan dengan apa-apa pelanggaran, sama ada melalui perbuatan atau peninggalan, mana-mana peruntukan Bahagian itu;
memberikan pembelaan terhadap sesuatu tindakan dalam mana-mana prosiding sivil atau selainnya yang menyentuh hal tindakan dalam mana-mana prosiding sivil; atau
menyentuh takat, jika ada, sesuatu hak tindakan berbangkit atau prosiding sivil boleh diambil berkenaan dengan kemungkiran kewajipan-kewajipan yang dikenakan oleh perundangan lain berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
Beban membuktikan had apa yang praktik
60. Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kerana tidak mematuhi kewajipan atau kehendak supaya berbuat sesuatu setakat yang praktik, atau supaya menggunakan cara praktik yang terbaik
72
Undang-Undang Malaysia untuk membuat sesuatu, tertuduh hendaklah membuktikan bahawa tidaklah praktik untuk membuat lebih daripada yang telah sebenarnya dibuat untuk memenuhi kewajipan atau kehendak itu, atau bahawa tidak ada cara praktik yang lebih baik daripada yang telah sebenarnya digunakan untuk memenuhi kewajipan atau kehendak itu.
Keterangan
60A. Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, semua laporan, rekod atau daftar dan apa-apa cabutan daripadanya yang disimpan dan diperakui oleh seseorang pegawai hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Pendakwaan
61. Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh, dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada
Pendakwa Raya, dimulakan dan dijalankan oleh seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau oleh seseorang pegawai yang khusus diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah tertakluk pada peruntukan Kanun Prosedur Jenayah.
Pengkompaunan kesalahan
62. (1) Menteri boleh melalui perintah dalam Warta, menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sebagai kesalahan yang boleh dikompaun.
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum sabitan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan memungut daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi suatu amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu sekiranya dia disabitkan atas kesalahan itu:
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 73
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu secara bertulis mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta
Ketua Pengarah memperlakukan kesalahan itu di bawah seksyen ini.
BAHAGIAN XIII
RAYUAN
Jawatankuasa rayuan
63. (1) Menteri boleh melantik jawatankuasa-jawatankuasa rayuan bagi maksud menimbangkan apa-apa rayuan yang dibuat di bawah seksyen 50.
Sesuatu jawatankuasa rayuan hendaklah terdiri daripada
Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan anggota Majlis dan dua orang lain yang hendaklah dilantik oleh
Menteri yang, pada pendapatnya, mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan hal perkara rayuan itu.
Tiap-tiap anggota sesuatu jawatankuasa rayuan boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.
Kuasa jawatankuasa rayuan
64. (1) Sesuatu jawatankuasa rayuan boleh, selepas mendengar suatu rayuan mengesahkan, membatalkan atau mengubah sesuatu keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 50(1), atau sesuatu notis perbaikan atau larangan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 48.
Sesuatu jawatankuasa rayuan hendaklah memutuskan dan memberitahu keputusannya dengan cepat kepada orang yang membuat rayuan itu.
74
Undang-Undang Malaysia
Keputusan jawatankuasa rayuan
65. Keputusan sesuatu jawatankuasa rayuan adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
BAHAGIAN XIV
PERATURAN-PERATURAN
Peraturan-peraturan
66. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang semasa bekerja bagi mencapai tujuan-tujuan Akta ini.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
mengawalselia atau melarang—
pengilangan, pembekalan atau penggunaan apa-apa loji;
pengilangan, pembekalan, penyimpanan, pengangkutan atau penggunaan apa-apa bahan; dan
penjalanan apa-apa proses atau penjalanan apa-apa pengendalian;
menetapkan kehendak berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan, pengawalan, penempatan, pemasangan, permulaan penggunaan, penelitian, kelayakan semula, pembaikan, penyenggaraan, pengubahan, penyesuaian, pembukaan, pengujian, penandaan atau pemeriksaan mana-mana loji;
(ba) menetapkan kehendak berkenaan dengan apa-apa loji bagi maksud skim pemeriksaan khas di bawah seksyen 27F;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 75
menetapkan kehendak berkenaan dengan penelitian, pengujian penganalisisan, pelabelan atau penandaan apa-apa bahan;
menetapkan masa dan cara majikan atau orang-orang yang ditentukan lain yang dikehendaki meneliti, menguji, menganalisis, melabel menandakan atau membekalkan maklumat tentang apa-apa bahan;
menetapkan kehendak supaya menahan diri daripada makan, minum atau merokok dalam mana-mana keadaan yang melibatkan risiko penyerapan apa-apa bahan atau risiko kecederaan atau keracunan yang berbangkit daripada penggunaan apa-apa bahan;
menetapkan kehendak berkenaan dengan arahan, latihan dan penyeliaan orang-orang yang sedang bekerja;
menetapkan prosedur bagi seseorang majikan untuk memberitahu apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan;
menetapkan perkiraan yang hendaklah dibuat berkenaan dengan pengambilan apa-apa tindakan atau langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan, atau sekiranya berlaku, apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya dan untuk meminimumkan risiko dan untuk mengurangkan kesannya;
melarang atau menghendaki pengambilan apa-apa tindakan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya;
menetapkan kehendak berkenaan dengan pengadaan dan penggunaan kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan kemudahan pemantauan dan pengujian dan kelengkapan penyelamat dalam hal keadaan tertentu;
76
Undang-Undang Malaysia
menetapkan standard berhubungan dengan penggunaan bagi, termasuklah standard pendedahan kepada, apa-apa bahaya fizikal, biologi, kimia atau psikologi;
mengawalselia dan menghendaki pengawasan oleh majikan atau penghuni keadaan di tempat kerja termasuklah keperluan ergonomik, fisiologi dan psikologi dan kesihatan pekerja mereka;
memastikan pengadaan kemudahan kebajikan, keselamatan dan kesihatan yang memadai oleh majikan bagi orang-orang yang sedang bekerja;
menghendaki majikan menyimpan dan memelihara rekod-rekod dan dokumen-dokumen lain;
menetapkan komposisi, kuasa, fungsi dan prosedur jawatankuasa-jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan mengawalselia pemilihan atau pelantikan anggota jawatankuasa itu dan perkara-perkara berkaitan yang lain;
menetapkan cara menjalankan siasatan di bawah seksyen 33 dan bagi mendengar rayuan di bawah seksyen 50;
menetapkan fee yang kena dibayar atau boleh dikenakan bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah dan prosedur yang dikehendaki dipatuhi;
menetapkan kehendak bagi mengguna-khidmat pegawai perubatan dan prosedur bagi pendaftaran pengawai perubatan itu;
menetapkan kehendak bagi melantik pegawai keselamatan dan kesihatan, latihan yang diperlukan bagi pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 77
keselamatan dan kesihatan dan prosedur bagi pendaftarannya;
(ta) menetapkan kehendak dan cara bagi pemberitahuan tentang pengusahaan, perancangan dan pengurusan reka bentuk apa-apa aktiviti di tempat kerja;
(tb) menetapkan masa apabila dan cara bagaimana orang kompeten dikehendaki untuk mengambil alih atau mengawal apa-apa loji, tempat kerja, proses, bahan dan aktiviti, dan apa-apa kehendak yang berhubungan dengannya;
menetapkan apa-apa perkara lain yang pada hemat Menteri suai-manfaat atau perlu bagi menjalankan Akta ini dengan lebih baik.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
BAHAGIAN XV
PELBAGAI
Kerahsiaan maklumat
67. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa rahsia pengeluaran atau perdagangan yang boleh pada bila-bila masa sampai kepada pengetahuannya atau yang telah diperolehnya dalam penjalanan tugasnya di bawah Akta ini.
78
Undang-Undang Malaysia
Bagi maksud seksyen ini,
“rahsia pengeluaran atau perdagangan”
ertinya maklumat yang sangat sensitif yang berhubungan dengan—
apa-apa proses pengeluaran;
apa-apa keluaran, bahan mentah atau perumusan keluaran sampingan;
apa-apa idea untuk penduaan atau pengklonan keluaran; atau
apa-apa maklumat teknikal mengenai sistem pengendalian, dan bahawa maklumat itu telah diisytiharkan sebagai rahsia pengeluaran atau perdagangan secara bertulis oleh penghuni atau pemunya.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengecualikan
67A. (1) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana loji, bahan, proses, orang atau tempat kerja, atau kelas orang atau kelas tempat kerja, daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Pengecualian di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.
Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah atau membatalkan suatu pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 79
Kuasa untuk meminda Jadual
67B. Kecuali bagi Jadual Pertama, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual-Jadual kepada
Akta ini.
*CATATAN—lihat seksyen 55 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648]
m.b.p 1 Jun 2024 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
Kecualian
55. (1) Semua orang yang memegang jawatan di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini sebagai Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong
Pengarah dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain hendaklah, pada permulaan kuat kuasa
Akta ini, terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh pelantikan mereka.
Walau apa pun seksyen 9 Akta ini, anggota Majlis yang memegang jawatan di bawah subseksyen 9(1) Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh pelantikan mereka.
JADUAL-JADUAL
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 1(3)]
Ketidakpakaian
1. Pengambilan kerja domestik berhubung dengan seseorang yang mengambil kerja orang lain, atau yang diambil kerja, sebagai pembantu rumah mengikut pengertian Akta Kerja 1955 [Akta 265]
2. Angkatan tentera
3. Pekerjaan atas kapal yang ditadbir oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
[Ord. No 70 Tahun 1952], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah)
[Ord. No. 11 Tahun 1960] atau Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak)
[Ord. No. 2 Tahun 1960]
80
Undang-Undang Malaysia
JADUAL KEDUA
(Seksyen 10)
1. Anggota Majlis hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun atau, selama apa-apa tempoh yang lebih singkat yang ditentukan oleh Menteri dan adalah layak untuk dilantik semula untuk tempoh maksimum dua penggal.
2. (1) Seseorang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa—
meletakkan jawatannya daripada Majlis melalui notis bertulis kepada
Menteri; atau
diberhentikan daripada
Majlis oleh
Menteri disebabkan oleh ketakupayaan kekal atau sebab memadai yang lain, dan apabila dia meletakkan jawatan atau diberhentikan sedemikian tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah tamat.
Jika apa-apa soalan berbangkit tentang sama ada apa-apa ketakupayaan atau sebab wujud atau sama ada apa-apa ketakupayaan adalah sementara atau kekal atau apa-apa sebab adalah memadai, keputusan Menteri adalah muktamad.
3. (1) Orang-orang yang berikut tidak layak dilantik untuk menganggotai atau menjadi anggota Majlis:
seseorang yang didapati atau diisytiharkan tak sempurna akal;
seseorang yang bankrap;
seseorang yang telah, disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat di bawahnya; atau
seseorang yang selainnya tak dapat atau tak upaya melaksanakan fungsi sebagai anggota Majlis.
Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 9(1) hendaklah terhenti menjadi anggota—
jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;
jika dia hilang kelayakan di bawah subperenggan (1); atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 81
4. (1) Menteri hendaklah memanggil mesyuarat pertama Majlis dan selepas itu
Majlis hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali di tempat yang ditetapkan Pengerusi.
Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat Majlis atas permintaan mana-mana dua orang anggota Majlis dan permintaan itu hendaklah secara bertulis dengan sebabnya.
Pada mana-mana mesyuarat Majlis Pengerusi hendaklah mempengerusikan, dan jika dia tidak hadir anggota-anggota hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum Majlis hendaklah sebelas.
Jika mengenai apa-apa soalan yang dikehendaki diputuskan oleh Majlis terdapat persamaan undi, Pengerusi atau, dalam hal jika Pengerusi tidak hadir, anggota yang mempengerusikan mesyuarat, hendaklah mempunyai undi pemutus.
Tertakluk kepada subperenggan (3), (4) dan (5) Majlis hendaklah menentukan prosedurnya sendiri.
Majlis hendaklah memastikan supaya rekod yang sepatutnya mengenai prosidingnya disimpan.
4A. Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati Majlis terhadap apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu hendaklah tidak layak untuk membuat undian dalam mesyuarat itu.
5. Maka hendaklah dibayar kepada anggota Majlis kerana menghadiri mesyuarat
Majlis apa-apa elaun ditentukan oleh Menteri.
6. Anggota Majlis yang mempunyai kepentingan wang sama ada secara langsung atau tak langsung dalam apa-apa perkara yang dikehendaki dipertimbangkan oleh
Majlis hendaklah mengisytiharkan sifat kepentingan itu pada tiap-tiap mesyuarat yang menimbangkan perkara itu.
7. Tiada anggota Majlis boleh menanggung apa-apa liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal-ehwal Majlis melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan dengan sengaja atau melalui perbuatan melulu atau kecuaian lampau.
82
Undang-Undang Malaysia
JADUAL KETIGA
(Perenggan 28(1)(d))
Pekerjaan yang Melibatkan Risiko Khusus kepada Kesihatan
1. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pengendalian, atau pendedahan kepada, wasap, habuk atau wap silika, asbestos, habuk kapas mentah, plumbum, merkuri, arsenik, fosforus, karbon bisulphida, benzena, fosfat organik, wasap nitrus, kadmium, berilium atau racun makhluk perosak.
2. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pengendalian, atau pendedahan kepada, tar, gegala, bitumen, minyak mineral termasuklah parafin, asid kromat, kromat atau bikromat ammonia, kalium, zink atau natrium.
3. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada sinar-x, partikel mengion, radium atau bahan radioaktif lain atau bentuk-bentuk lain tenaga sinaran.
4. Apa-apa pekerjaan atau proses yang dijalankan dalam udara termampat.
JADUAL KEEMPAT
[Subseksyen 3(1)]
Kecederaan badan yang serius
1. Emaskulasi
2. Kehilangan penglihatan yang kekal salah satu mata
3. Kehilangan pendengaran yang kekal salah satu telinga
4. Kehilangan mana-mana anggota atau sendi
5. Kemusnahan atau kerosakan kekal kekuatan mana-mana anggota atau sendi
6. Kecacatan yang kekal pada kepala atau muka
7. Patah atau terkehel tulang
8. Amputasi lengan, tangan, jari, ibu jari, kaki, tapak kaki atau ibu jari kaki
9. Apa-apa kecederaan yang menghancurkan kepala atau torso yang menyebabkan kerosakan kepada otak atau organ dalaman di dada atau abdomen
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 83
10. Apa-apa kecederaan luka terbakar (termasuk kulit melecur/apa-apa kecederaan di kulit kepala) yang—
meliputi lebih 10% daripada jumlah keseluruhan kawasan permukaan badan; atau
menyebabkan kerosakan yang ketara pada mata, sistem pernafasan atau organ penting lain
11. Apa-apa tahap melecur yang memerlukan rawatan daripada pengamal perubatan yang berdaftar
12. Apa-apa kecederaan lain yang timbul daripada bekerja dalam ruang tertutup yang menyebabkan hipotermia atau penyakit yang disebabkan haba
13. Hilang kesedaran yang disebabkan oleh kecederaan kepala atau asphyxia
(kekurangan oksigen)
14. Kecederaan elektrik
15. Hilang kesedaran atau sakit akut daripada penyerapan, penyedutan atau pengingesan apa-apa bahan yang memerlukan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar
16. Apa-apa hal tentang keadaan tidak sihat akut jika terdapat sebab untuk mempercayai bahawa hal ini ialah akibat daripada pendedahan kepada patogen terasing atau bahan yang dijangkiti
17. Apa-apa kecederaan atau luka terbakar lain yang berhubungan dengan kerja yang mengakibatkan orang yang tercedera dimasukkan ke dalam hospital dengan serta-merta selama lebih daripada 24 jam
JADUAL KELIMA
[Perenggan 31B(1)(a)]
Aktiviti
1. Untuk memasang siap, memasang, mendirikan, membuka, menguji, memeriksa, menyenggara, membaiki atau menservis apa-apa loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan
2. Untuk mengendalikan, menangani atau menjaga mana-mana loji
84
Undang-Undang Malaysia
3. Untuk menjalankan pengawasan perubatan dan pemeriksaan kesihatan
4. Untuk menjalankan pentaksiran risiko kesihatan bagi apa-apa bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan
5. Untuk menjalankan pentaksiran kualiti udara dalaman
6. Untuk memantau atau menguji persekitaran kerja, loji atau tempat kerja termasuk pemantauan pendedahan kimia, pemantauan bunyi dan ujian audio metrik
7. Untuk menjalankan apa-apa latihan, pentaksiran atau penelitian bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan
85
Akta 514
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1648
Akta
Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
2022
01-06-2024
86
Akta 514
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
1
Akta A1648 01-06-2024
3
Akta A1648 01-06-2024
Bahagian II
Akta A1648 01-06-2024
5
Akta A1648 01-06-2024
6
Akta A1648 01-06-2024
7
Akta A1648 01-06-2024
7A
Akta A1648 01-06-2024
7B
Akta A1648 01-06-2024
7C
Akta A1648 01-06-2024
7D
Akta A1648 01-06-2024
9
Akta A1648 01-06-2024
11
Akta A1648 01-06-2024
12
Akta A1648 01-06-2024
14
Akta A1648 01-06-2024
Bahagian IV
Akta A1648 01-06-2024
15
Akta A1648 01-06-2024
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 87
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
16
Akta A1648 01-06-2024
18A
Akta A1648 01-06-2024
18B
Akta A1648 01-06-2024
19
Akta A1648 01-06-2024
20
Akta A1648 01-06-2024
21
Akta A1648 01-06-2024
23
Akta A1648 01-06-2024
Bahagian VI
Akta A1648 01-06-2024
24
Akta A1648 01-06-2024
26A
Akta A1648 01-06-2024
27
Akta A1648 01-06-2024
Bahagian VIA
Akta A1648 01-06-2024
27A
Akta A1648 01-06-2024
27B
Akta A1648 01-06-2024
27C
Akta A1648 01-06-2024
27D
Akta A1648 01-06-2024
27E
Akta A1648 01-06-2024
27F
Akta A1648 01-06-2024
27G
Akta A1648 01-06-2024
28
Akta A1648 01-06-2024
28A
Akta A1648 01-06-2024
29
Akta A1648 01-06-2024
88
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
29A
Akta A1648 01-06-2024
30
Akta A1648 01-06-2024
31A
Akta A1648 01-06-2024
Bahagian VIIA
Akta A1648 01-06-2024
31B
Akta A1648 01-06-2024
31C
Akta A1648 01-06-2024
31D
Akta A1648 01-06-2024
31E
Akta A1648 01-06-2024
31F
Akta A1648 01-06-2024
32
Akta A1648 01-06-2024
33
Akta A1648 01-06-2024
34A
Akta A1648 01-06-2024
35
Akta A1648 01-06-2024
36
Akta A1648 01-06-2024
39
Akta A1648 01-06-2024
47
Akta A1648 01-06-2024
48
Akta A1648 01-06-2024
49
Akta A1648 01-06-2024
51
Akta A1648 01-06-2024
52
Akta A1648 01-06-2024
52A
Akta A1648 01-06-2024
55
Akta A1648 01-06-2024
60A
Akta A1648 01-06-2024
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 89
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
63
Akta A1648 01-06-2024
64
Akta A1648 01-06-2024
66
Akta A1648 01-06-2024
67
Akta A1648 01-06-2024
67A
Akta A1648 01-06-2024
67B
Akta A1648 01-06-2024
Jadual Pertama
Akta A1648 01-06-2024
Jadual Kedua
Akta A1648 01-06-2024
Jadual Keempat
Akta A1648 01-06-2024
Jadual Kelima
Akta A1648 01-06-2024