Seksyen 6
Pelantikan badan pemeriksaan bebas
of Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, melantik seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas daripada mana-mana industri untuk menasihati atau membantunya dalam menjalankan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Akta ini.
(2)
Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun, fee atau bayaran ganti yang ditentukan oleh Menteri.
(3)
Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.
(4)
Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1), hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].