Seksyen 7D
Menyatakan diri sebagai orang berlesen
of Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
ActIn forceProvision 11 of 13
Seksyen 7D
(1)
Seseorang tidak boleh menyatakan dirinya sebagai orang berlesen jika dia tidak pernah diberikan lesen di bawah seksyen 7A atau lesen yang diberikan kepadanya telah dibatalkan di bawah seksyen 7B.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.