Skip to content

Seksyen 7C

Pemberian lesen baharu apabila pembatalan

of Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

ActIn forceProvision 10 of 13
Seksyen 7C
(1)

Apabila suatu lesen dibatalkan di bawah seksyen 7B, Menteri boleh, selepas berunding dengan Ketua Pengarah, melantik orang lain untuk menjalankan, menunaikan, mengambil alih atau melaksanakan apa-apa fungsi, obligasi, kewajipan, tanggungjawab dan syarat yang

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 21

diberikan atau yang dikenakan oleh lesen yang dibatalkan itu, dan untuk menerima apa-apa pembayaran, faedah atau keistimewaan yang orang yang lesennya dibatalkan itu berhak untuk menerima atau menikmati di bawah terma-terma dan syarat-syarat lesen itu.

(2)

Orang yang lesennya dibatalkan hendaklah memberikan segala bantuan dan kerjasama yang perlu kepada orang yang dilantik oleh

Menteri di bawah subseksyen (1).