Minimum Retirement Age Act 2012 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian V
17. Section 17
Feedback & supportKetua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana majikan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada majikan yang disyaki melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh masa yang
Umur Persaraan Minimum 15
dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap majikan yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap majikan yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.