Minimum Retirement Age Act 2012 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian IV · Penyiasatan dan Penguatkuasaan
14. Kuasa untuk menghendaki pengemukaan dokumen
Feedback & supportKetua Pengarah dalam membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh—
menghendaki mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu untuk mengemukakan apa-apa kontrak perkhidmatan atau dokumen lain yang berhubungan dengan pekerjaan seseorang pekerja yang membuat aduan di bawah subseksyen 8(1);
membuat salinan mana-mana kontrak perkhidmatan atau dokumen lain yang berhubungan dengan pekerjaan yang dikemukakan di bawah perenggan (a);
dan
mengambil atau mengeluarkan apa-apa dokumen yang berkaitan.
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa mana-mana dokumen tidak lagi perlu dipegang simpan, Ketua Pengarah boleh
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 753
mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.