Minimum Retirement Age Act 2012 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian V
15. Penjalanan kuasa Ketua Pengarah oleh pegawai tenaga kerja
Feedback & support(1)
Tertaluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, seorang pegawai tenaga kerja boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua
Pengarah di bawah Akta ini, dan setiap kuasa yang dijalankan hendaklah disifatkan telah dijalankan bagi maksud Akta ini.
(2)
Seorang pegawai tenaga kerja tidak boleh menjalankan mana-mana kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini melainkan jika dia memiliki kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang memberi kuasa kepadanya untuk menjalankan kuasa tersebut.