Minimum Retirement Age Act 2012 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian III · Aduan dan Siasatan
11. Ketidakpatuhan kepada arahan Ketua Pengarah
Feedback & supportSeseorang majikan yang tidak mematuhi arahan Ketua
Pengarah di bawah perenggan 8(5)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Jika seseorang majikan telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah yang di hadapannya majikan itu disabitkan boleh memerintahkan majikan itu membayar pekerja itu jumlah yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dibayar di bawah perenggan 8(5)(b).
Jika majikan tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), mahkamah boleh, atas permohonan seseorang pekerja, mengeluarkan suatu waran untuk melevi harta majikan itu bagi mendapatkan amaun yang diperintahkan supaya dibayar di bawah subseksyen (2) dengan cara yang berikut:
secara distress dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara pelaksanaan yang sama di bawah *Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U.
328/1980] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai mutatis mutandis
* CATATAN – Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U.
328/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.
205/2012]
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 753
walau apa pun amaun yang diperintahkan untuk dibayar;
atau
mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].