Minimum Retirement Age Act 2012 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian II · Umur Persaraan Minimum
4. Umur persaraan minimum
Feedback & support(1)
Walau apa-apa pun undang-undang bertulis lain, umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur enam puluh tahun.
(2)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, menetapkan umur persaraan minimum yang lebih tinggi daripada umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Apabila Menteri menetapkan umur persaraan minimum yang lebih tinggi di bawah subseksyen (2), umur persaraan minimum yang ditetapkan itu hendaklah menggantikan umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).