Skip to content
In forceUpdated to 26 Dec 2012Read it in English

Bahagian VII

18. Pengampunan, peringanan, dsb. hukuman

Feedback & support
(1)

Berhubung dengan pemindahan banduan ke Malaysia,

Akta ini tidak menyekat kuasa Negara asing yang ditetapkan untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman itu, kepada banduan itu, mengikut undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu.

(2)

Jika Negara asing yang ditetapkan itu telah memberitahu

Menteri mengenai keputusan untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman itu, kepada seseorang banduan, Menteri hendaklah menguatkuasakan keputusan itu.

(3)

Berhubung dengan sesuatu pemindahan banduan dari Malaysia,

Akta ini hendaklah tidak menyekat kuasa untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman itu, kepada banduan itu, mengikut undang-undang Malaysia.

Report