Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 · Updated to 26 Dec 2012 · Bahagian III · Pemindahan Dari Malaysia
9. Permohonan untuk pemindahan dari Malaysia
Feedback & supportPermohonan untuk memindahkan banduan dari Malaysia boleh dibuat—
oleh Menteri kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan; atau
oleh pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan kepada Menteri.
Permohonan untuk pemindahan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat secara bertulis.
Tiap-tiap permohonan bagi pemindahan di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan—
apa-apa dokumen yang dipersetujui oleh Malaysia dan
Negara asing yang ditetapkan bagi maksud itu; dan
apa-apa dokumen atau maklumat lain yang difikirkan berkaitan dengan permohonan itu dan yang boleh diberikan dengan sewajarnya.
Menteri boleh memberitahu banduan atau wakil banduan tentang perkiraan bagi pemindahan itu.