Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 · Updated to 26 Dec 2012 · Bahagian IV · Pemindahan ke Malaysia
13. Pendaftaran waran atau perintah yang dikeluarkan di Negara asing yang ditetapkan
Feedback & supportJika, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negara asing yang ditetapkan, suatu mahkamah atau suatu tribunal telah mengeluarkan waran bagi pelaksanaan suatu hukuman pemenjaraan atau suatu perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan, ke atas seseorang banduan, Hakim Mahkamah Sesyen di Malaysia hendaklah mendaftarkan waran atau perintah itu, dan waran atau perintah itu bolehlah selepas itu dilaksanakan terhadap banduan itu seolah-olah waran atau perintah itu dikeluarkan secara sah di bawah undang-undang Malaysia.
Pemindahan Antarabangsa Banduan 13