Skip to content
In forceUpdated to 26 Dec 2012Read it in English

Bahagian IV · Pemindahan ke Malaysia

12. Waran bagi pemindahan ke Malaysia

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, jika banduan itu layak untuk dipindahkan di bawah seksyen 6 dan syarat pemindahan di bawah seksyen 7

telah dipenuhi, mengeluarkan waran bagi pemindahan dalam borang yang ditetapkan oleh Menteri yang membenarkan pemindahan banduan itu dari Negara asing yang ditetapkan itu ke Malaysia.

(2)

Waran bagi pemindahan ke Malaysia membenarkan pemindahan banduan dari Negara asing yang ditetapkan ke Malaysia untuk meneruskan penjalanan hukuman pemenjaraan atau perintah tahanan di dalam penjara mengikut triti atau perjanjian lain antara

Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan itu.

(3)

Jika banduan itu dilepaskan atas parol, waran bagi pemindahan ke Malaysia hendaklah menyatakan apa-apa tatacara bagi pemindahan itu yang telah dipersetujui dengan Negara asing yang ditetapkan dan pemberian kuasa serta arahan yang perlu.

(4)

Komisioner Jeneral Penjara hendaklah mempunyai kuasa bagi menahan banduan dalam penjara untuk tempoh yang dinyatakan dalam waran bagi pemindahan ke Malaysia.

Report

Bahagian V

Pengubahan dan Pembatalan Waran

Bahagian VI

Penguatkuasaan Hukuman

Bahagian VII